Nuffnang Ads

Monday, January 17, 2011

Minyak Rambut Poken

Sejenis minyak rambut yang tidaklah begitu terkenal atau diiklankan secara meluas. Namun jenama Poken ini yang berbentuk krim padat berwarna hijau mempunyai peminatnya yang tersendiri walaupun ada yang tidak menggemarinya kerana bau wangiannya yang terlalu kuat sekiranya dipakai terlalu banyak. Didatangkan dalam bekas "besi" tidak seperti jenama-jenama lain yang lebih terkenal. Minyak rambut ini banyak dijual di kedai runcit, pasar malam, mahu pun supermarket. Kini minyak rambut ini tidak lagi ramai yang menggayakan rambut mereka dengan "minyak" sebegini yang telah pun dianggap ketinggalan zaman.
Dibuat oleh: Chin Paris,4,Lorong Jelawat(2),Taman Sungai Abong,84000,Muar,Johor,W.Malaysia.
Teman suka membaca ayat di belakang minyak rambut ini:-
'Poken' Membuatkan anda segak sepanjang hari.(Keeps you smart the whole day long).

7 comments:

  1. ayah paling suka ni..aku pun tumpang sekali..rambut jadi keras ..

    ReplyDelete
  2. minyak rambut tancho ada ke En,tahir? Yang tu pn oldskool juga tu.

    ReplyDelete
  3. poken...sungguh klasik. last saya tengok minyak ni tahun 1996 masa tu saya di tingkatan 5. tapi poken dah tak glamer sebab masa tu kita orang guna bond. any way blog yg bagus old skool mengibas kembali zaman budak nakal saya dulu

    ReplyDelete
  4. Saya peminta tegar Poken semasa zaman sekolah dulu. Saya guna minyak rambut Poken setiap hari, buat rambut pacak-pacak, daripada tingkatan 1 hingga 5 (1986 hingga 1990).

    ReplyDelete
  5. Kat supermarket jarang sudah dijual klau mau cari kat kedai India ada tu masih jual saya baru cuba2 guna hari ini haha

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Saya ade 6 poken kat rumah . Kalau nak wasap sy.1 tin amik lah rm30

      Delete