Nuffnang Ads

Saturday, April 30, 2011

wooden clothes pegs...

N3 teman hanya sekotak 'kayu penyepit pakaian' buatan "PEOPLE'S REPUBLIC OF CHINA"yang semakin kurang digunakan sekarang.


Friday, April 29, 2011

Telefon Simens..

Telefon 'dail putar' seperti ini kini sudah tidak digunakan lagi sejak kehadiran 'telefon tekan butang'.
penggunaan telefon simens ini di sekitar tahun 1970-an
Kini telefon talian tetap sebegini sudah semakin jarang dijumpai di rumah-rumah semenjak 'revolusi wayarles' telah merobah dunia

Thursday, April 28, 2011

Dinamo Basikal

N3 teman cuma Dinamo Basikal, dipaparkan kerana kebanyakan basikal2 keluaran kini sudah tiada berlampu.Dinamo ini teman terima daripada seorang kenalan di Sungai Kantan,Kajang,Selangor.
Kebiasaan diwaktu malam ,sekiranya kayuhan basikal itu laju maka dinamo akan berputar laju dan lampu akan menjadi lebih terang..

Dinamo Basikal

  1. Dinamo basikal menghasilkan voltan 6 volt - 12 volt
  2. Arus elektrik yang dihasilkan oleh dinamo ialah arus ulang alik (AU/AC)
  3. Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh dinamo ialah hasil daripada aruhan kemagnetan

Wednesday, April 27, 2011

Tray sign minyak cap kapak

Tray besi sign minyak cap kapak ini teman perolehi daripada seorang kenalan di Sungai Kantan,Kajang,Selangor.


Tuesday, April 26, 2011

koleksi kotak rokok lama...

Nostalgia sebahagian daripada koleksi kotak2 rokok lama....
rokok tembak/rough rider cigarettes..
gold leaf cigarettes..
labour cigarettes..
virginia cigarettes..
virginia gold cigarettes..
torchlight cigarettes..
Amaran' merokok merbahayakan kesihatan'...

Thursday, April 21, 2011

permainan kuda kayu



Nostalgia permainan kuda kayu bagi kanak2 pada masa dahulu.Dipaparkan bertujuan untuk dikongsi bersama kenangan semasa kita ketika kanak2 menunggang kuda kayu ini dan untuk dilihat oleh mereka yang tidak merasa menggunakan permainan ini.

Adik Nurul Putri Balqis sedang asyik menunggang kuda kayu...

permainan kuda kayu ini telah di baiki dan di cat baru...

Wednesday, April 20, 2011

Kepuasan dengan setiap MAMEE Sllrrrp!

Paparan teman kali ini adalah"Kepuasan dengan setiap MAMEE Sllrrrp!"merupakan salah satu daripada koleksi beg kertas.
Asmawi Ani atau Mawi merupakan salah seorang penyanyi yang semakin popular dengan lagu Aduh Saliha itu dipilih menjadi duta mee segera baru Mamee Sllrrrp keluaran Mamee-Double Decker (m) Berhad.
Namun kali ini Mawi berkongsi tuah bersama dua lagi rakan seperjuangannya iaitu naib juara AF3, Felix Agus dan pemenang tempat ketiga Amylea.
Mamee Sllrrrp mempunyai tiga perisa iaitu Kari Berapi, Ayam Sensasi dan Asam Laksa Wow. Produk lain yang pernah dikeluarkan syarikat itu adalah Mister Potato Crisps and Chips, snek Double Decker, Nutrigen dan snek Mamee Monster.

Saturday, April 16, 2011

mouse trap/perangkap tikus

Paparan teman cuma sebuah perangkap tikus atau mouse trap"MADE IN THE PEOPLE'S REPUBLIC OF CHINA'.
kebiasaan perangkap jenis ini tikus akan mati tersepit..

Jangka hayat tikus ini puratanya 2-3 tahun..

Friday, April 15, 2011

mangkuk cina & teko 1960-an

N3 teman hari ini cuma mangkuk cina lama dan sebiji teko lama,diperolehi daripada seorang pekedai pekakas dapur di Bandar Kajang.Menurutnya kedua2 barang ini telah berada dikedainya semenjak daripada bapanya lagi iaitu sekitar tahun 1960-an.
tetera tulisan dibelakang mangkuk"Made in China"...
mangkuk makan cina lama....era tahun 1960-an
dibawah teko bunga kangkung....

liquid paper atau correction fluid(Pelikan)

Paparan teman kini adalah liquid paper keluaran Pelikan .Teman rasa pasti ramai generasi era 1990-an tidak sempat menggunakan liquid paper jenis berus ini kerana masa itu liquid paper jenis goncang dulu ( bebola besi ) sudah mula masuk pasaran.

Bagi jenis ini mesti mempunyai thinner untuk mencairkan liquid paper yang sudah keras di dalam botol berberus tersebut sebelum kita menyapu pada tempat yang salah tulis atau taip.

Kita harus berhati2 ketika menuangkan beberapa titis thinner ke dalam botol berberus tersebut kerana sekiranya terkena kulit atau mata ianya akan terasa gatal2 dan pedih.
Disimpan untuk kenangan dan tatapan kepada mereka2 yang tidak sempat menggunakan dan melihatnya..

Wednesday, April 13, 2011

rokok camel

Teman terpikat dan terpaut dengan kotak rokok camel berwajah hitam & putih serta berbingkal berwarna putih,kuning dan hitam untuk dijadikan koleksi.
Amaran Rokok Penyebab Penyakit Gangren..

Saturday, April 9, 2011

talam ayan..

Paparan teman cuma satu talam ayan atau enamel food tray berukuran 50cm...
bunganya yang terserlah cantik...
talam ayan begitu berkurangan digunakan pada masa kini...

Friday, April 8, 2011

BISKUT OSBORNE

Biskut Osborne mengingat kembali kenangan semasa era tahun 1960-an hingga tahun 1970-an semasa teman bebudak tinggal dikampung.Kebiasaan ketika dikampung pada ketika itu biskut inilah menjadi makanan waktu sarapan pagi dan minum petang dikebanyakan rumah.Biskut ini juga ada yang mengelarkan sebagai 'biskut mayat'kerana kebiasan jika ada kematian biskut ini merupakan sajian utama.
biskut ini mudah disajikan cuma direndam didalam air teh atau kopi dan ada juga ibu2 yang membuatnya sebagai bubur atau pengat...
biskut ini di kilang oleh "KHIAN GUAN BISCUIT MANUFACTURING CO.,SDN.BHD. 3738 Jalan Siram,12100 Butterworth,Pulau Pinang.
deposit tin sebanyak RM 8.00 dikenakan sekiranya kita membeli biskut dengan tin sekali...
Ramuan biskut:Tepung Gandum,Tepung Ubi/Jagung,Minyak Sayuran(Minyak Kelapa Sawit),Garam,Serbuk Penaik dan Ragi...
Osborne oh osborne....

Tuesday, April 5, 2011

timbang OHAUS,...

N3 teman kali ini hanya sebuah timbang lama oleh OHAUS SCALE CORPORATION,FLORHAM PARK,N.J.,USA.
timbang ini teman perolehi daripada seorang kenalan di Cheras,..
Manufactured by,Ohaus Scale Corporation,Florham Park,N.J.,USA..
kapasiti timbang ini adalah 1600 Grams...
inilah bentuk sepenuh timbang lama buatan USA.....

Sunday, April 3, 2011

alat penimbang lama...

N3 teman kali ini merupakan sebuah alat penimbang lama.Alat penimbang ini teman perolehi daripada seorang kenalan di Batu 10,Cheras.Tetapi malangnya piring penimbangnya telah hilang dan teman gantikan dengan piring ayan...

Friday, April 1, 2011

sabun cap kapak....

kotak sabun cap kapak 12 buku x 100 G
tertera tulisan pada kotaknya'LEMBUT DAN SESUAI UNTUK TANGAN DIPERBUAT DARIPADA MINYAK SAYUR-SAYURAN'...
Buatan Malaysia oleh Syrikat Lam Soon....
inilah ketulan2 buku sabun cap kapak.....
SABUN KAPAK LEMBUT DAN SESUAI UNTUK TANGAN DIPERBUAT DARIPADA MINYAK SAYUR-SAYURAN itulah ayat yang tetera dikotak sabun 12 buku X 100G. N3 sabun ini adalah untuk mengimbau kenangan diera tahun 1960an ke 1970an,sabun inilah yang digunakan oleh kebanyakaan kami dikampung.Sabun Kapak inilah merupakan sabun cuci pingan-mangkuk,cuci pakaian dan juga sabun mandi kami.Bekas sabun pula diperbuat dari tin susu yang ditebuk lubang dibawah tin serta bertangkaikan dawai.