Nuffnang Ads

Sunday, November 28, 2010

koleksi piring hitam

Piring hitam

Piring hitam (juga dikenali sebagai rekod gramofon, rekod fonograf atau hanya rekod) merujuk kepada kepingan peranti storan bahan audio berekod. Sekiranya dibuat daripada PVC, piring hitam juga dikenali sebagai rekod vinil.

Ia terdapat dalam pelbagai versi antaranya adalah :-

  • Yang memuatkan hanya satu atau dua lagu saja, ia dipanggil SP (Single Play)
  • Yang memuatkan empat lagu tu ialah dikenalai sebagai EP (Extended Play).
  • Yang memuatkan lebih dari itu dikenali sebagai LP (Long Play).

Bagi rekod piring hitam keluaran EMI, Malaysia sahaja:

  • Initial CHK pada nombor siri bermakna "Columbia Hong Kong", yakni di-press oleh Columbia

Records di Hong Kong sana.

  • Kebanyakan Lagu-lagu Melayu EMI dirakam di bawah label Perlophone Records. Kalau EP,

nombor sirinya bermula dengan EGEP (Mulai awal 1970an, dimulai dengan S-EGEP). Kalau SP sahaja, mesti dimula dengan DPE.

  • Kalau untuk LP, ia dirakam di bawah label Regal dengan nombor siri bermula dengan initial

S-REG.


Tuesday, November 23, 2010

cawan ku airnya diminum pahit....

N3 teman pada kali ini 'cawan ku airnya diminum pahit' yang diperbuat daripada 100 peratus batang pokok tongkat ali.Cawan ini diperolihi dari seorang penjaja jalanan warga siam dalam tahun 2000 di hadapan kompleks puchong perdana,puchong....

koleksi lampu kaca bingkai besi lama...




Sunday, November 21, 2010

kamera zaman filem gulong

N3 kali ini cuma nak mengimbau semasa zaman kamera menggunakan filem gulong....sekarang dah guna kad memori....
kamera YASHICA ini dibeli dalam tahun 1980 di pasaraya fajar k.kangsar(pasaraya pun dah tutup)

koleksi bingkai cermin mata...


N3 kali ini cuma koleksi bingkai cermin mata yang masih tersimpan dalam peti kayu buruk dirumah.....



Saturday, November 20, 2010

koleksi kotak kosong rokok & tak nak rokok






FATWA: ISLAM HARAMKANÂ ROKOK

Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah:-* Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur.

* Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz

* Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad ‘Umar Hashim’ (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain.

10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK

1. Rokok menjejaskan akal (mental)

2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal

3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.

4. Rokok membahayakan keturunan

5. Rokok mengganggu manusia lain.

6. Rokok menimbulkan akhlak buruk

7. Rokok mensia-siakan waktu hidup

8. Rokok bercanggah dengan maruah keislamana

9. Rokok membazirkan harta (wang)

10. Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)


1967 kuala kangsar bah besar

N3 kali ini kesah bah besar di kampung teman di kuala kangsar,bertarikh + - 06.01.1967.Masih teringat masa itu teman baru nak melangkah masuk ke darjah satu,habis semua persiapan persekolah yang telah dibeli dan juga buku2 habis terendam dalam air bah.

Hotel Double Lion K.Kangsar
Pekan Kuala Kangsar
Pangung Wayang Cathay K .Kangsar telah tiada.
Sekolah China Pekan Kuala Kangsar
Pasar Besar Kuala Kangsar tinggal bumbung saja yang tak tengelam.