Nuffnang Ads

Saturday, January 25, 2014

Hasil merayau di sekitar Puchong.

Hasil merayau di petang Sabtu 25.01.2014 dapat sepasang kasut All Amerrica,Slam America,Robbin,FK(Fung Keong),Bata 'SPARX' ,4 buah lampu suloh(JOHNLITE) dan Super Tumbling Truck....keluaran sekitar tahun 1980-an.
Kasut All Amerrica
Kasut Slam America
Kasut Robbin
Kasut FK(Fung Keong)
Lampu suloh(JOHNLITE)
 Super Tumbling Truck

Kasut Bata SPARX....

Tuesday, January 21, 2014

Koleksi Lencana Sekolah Seiras

Sekolah Wawasan di USJ 15,Subang Jaya,mempunyai lencana seiras antara satu sama lain.
SK Dato Onn Jaafar
SJK (Cina) Tun Tan Cheng Lock
SJK (Tamil) Tun Sambanthan
Sekolah Wawasan USJ 15 merupakan salah satu daripada enam sekolah wawasan yang dibina oleh kerajaan yang menempatkan Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil dalam satu premis...

Kompleks USJ 15 - Tiga sekolah satu wawasan

Terdapat 3 sekolah rendah yang ditempatkan di sini iaitu:
SK Dato Onn Jaafar
SJK (Cina) Tun Tan Cheng Lock
SJK (Tamil) Tun Sambanthan

Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (link-way).