Nuffnang Ads

Saturday, May 28, 2011

Penebuk lubang kertas atau ' puncher 'old skool

N3 teman cuma satu Penebuk lubang kertas atau ' puncher 'old skool.
Di perbuat daripada logam besi dan ianya boleh menebuk dua lubang pada kertas.
A hole punch (known also as a hole puncher, paper puncher, holing pincer hole maker , or rarely perforator) is a common office tool that is used to create holes in sheets of paper, often for the purpose of collecting the sheets in a binder or folder.

bekas semburan minyak hitam lama..

N3 teman nostalgia sebuah bekas semburan pelbagai minyak (hitam & lain2) buatan Italy.
Alat ini kebiasaan banyak digunakan di bengkel kereta,motor,basikal dan sebagainya.
Di perbuat daripada logam besi dan digunakan sekitar tahun 1960-an++.

kukur kelapa lama.

N3 teman hari ini hanya sebuah kukur kelapa lama yang semakin di pinggirkan oleh masyarakat masa kini.
kayunya berat dan keras.
Kukuran ialah sejenis alat yang bergerigi digunakan untuk mengukur, mengeruk (mengikis) isi kelapa. Ia merupakan salah satu alat terpenting dalam kehidupan masyarakat Melayu terutamanya di kawasan kampung. Kukuran merupakan alat yang tidak mungkin dapat dipisahkan dengan masyarakat Melayu tradisional kerana sebahagian besar resepi masakan masyarakat Melayu menggunakan santan kelapa. Meskipun penggunaan kukuran semakin dilupakan oleh penduduk kota yang lebih cenderung menggunakan peralatan moden, namun penggunaannya masih lagi diteruskan di kampung-kampung.

Friday, May 27, 2011

LESEN TELEVISYEN TAHUN 1989

N3 teman pada kali ini adalah satu nostalgia Lesen Televisyen bernilai $24.00 yang dikeluarkan pada 7.9.1989.
Kerajaan Malaysia telah memansuhkan lesen televisyen pada tahun 1999
Lesen televisyen (atau lesen penerima penyiaran) ialah lesen rasmi yang wajib dipegang oleh sesiapa yang menerima siaran televisyen (dan adakalanyan juga radio) di sesetengah negara, sebagai satu bentuk cukai sandaran bagi membiayai penyiaran awam, sekaligus membolehkan penyiar awam menyiarkan rancangan tanpa atau dengan sedikit dana dari iklan.

Wednesday, May 25, 2011

SAMPUL SURAT HARI PERTAMA,JABATAN PERKHIDMATAN POS.

Sampul Surat Hari Pertama ini masih lagi Jabatan Perkhidmatan Pos sebuah Jabatan Kerajaan yang masih belum di swastakan.
Sampul Surat Hari Pertama ini merupakan kenang-kenangan Pertabalan D.Y.M.M. Yang Di Pertuan Agung ke-VII.1980,KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG. SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'AIN. BILLAH IBNI AL-MARHUM SULTAN ABU BAKAR. RI'AYATUDDIN AL-MU'ADZAM SHAH. Di keluarkan pada tarikh 10.7.1980.
Sampul Surat Hari Pertama ini merupakan kenang-kenangan Pertabalan D.Y.M.M.Sultan Azlan Shah Perak Darul Ridzuan 1985 .Di keluarkan pada tarikh 9.12. 1985.

Tuesday, May 24, 2011

HONG KONG WANG KERTAS LAMA.

The Chartered Bank,Hong Kong telah mengeluarkan wang kertas bernilai Ten Dollars bertarikh 1st January 1981.
wang kertas bersiri No.CA526449

Saturday, May 21, 2011

SA-PULOH RINGGIT.

Akhirnya teman dapat juga wang kertas lama dengan ejaan lama 'sa-puloh'.

Dikeluarkan pada tahun 1967, mengandungi potret DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang pertama dan ditandatangani oleh GABENUR Bank Negara Malaysia yang pertama, Tun Ismail Bin Mohamed Ali

Friday, May 20, 2011

aiskrim Wall's Viennetta

N3 teman pada hari ini cuma sebuah dulang/talam aiskrim Wall's Viennetta.
Wall's Viennetta.....
Jadikan saat-saat istimewa,lebih istimewa dengan aiskrim Wall's Viennetta.
Oh..! sedapnya aiskrim Wall's Viennetta,tetapi yang ini tak boleh di makan kerana ianya sebuah talam.

Viennetta is an ice cream product made in Unilever factories and sold under the various Heartbrand logos around the world. It was launched first by Wall's in 1982 using a technique devised by Kevin Hillman, development manager at Wall's' Gloucester factory.

The original Viennetta was a multi-layered product comprising layers of vanilla ice cream with sprayed on 'chocolate' layers. The layers of ice cream were extruded, one after another, onto trays sitting on a moving belt. The rate of extrusion was greater than the speed of the belt which caused a deliberate 'bunching' of the ice cream; each layer was extruded at a different speed to the previous layer. The final effect was akin to a series of waves rippling through the product. This visual aspect combined with the in-the-mouth contrast of the smooth ice cream covered in crisp 'chocolate' to give the product an instant appeal.

Launched originally as a multi-portion dessert product, it has been so successful that Unilever, owners of Wall's, has produced many flavour and size variants, turning Viennetta into a worldwide multi million euro brand. Viennetta is sparsely available in the United States. However, Unilever no longer produces the brand in Canada.

The Viennetta was previously known as Comtessa in Spain due to a legal problem. It became Viennetta in the 1990s

Tuesday, May 17, 2011

tin biskut julie's lama..

Tin Celebrity biskut beraneka Julie's lama merupakan sebahagian daripada koleksi teman.

Diperbuat oleh,PERFECT FOOD INDUSTRIES BHD,AG 6876 Alor Gajah Industrial Estate,78000 Alor Gajah,Melaka,Malaysia.
tetera pada tin ini bertulis 'baik sebelum 18/11/1995' ini bermakna ianya dikeluarkan sekitar tahun 1990-an

Friday, May 13, 2011

Nostalgia Dunhill 10 batang.

Nostalgia ataupun rasa rindu perokok2 kepada kotak rokok kecil, maka teman paparkan kotok rokok dunhill 10 batang yang telah dilarang pengeluaran dan penjualan di Malaysia.

Rokok kotak kecil dilarang mulai 1 Jun 2010

Penjualan paket rokok yang mengandungi kurang daripada 20 batang adalah dilarang mulai 1 Jun 2010.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sejajar dengan keputusan itu, syarikat rokok diberi masa tujuh bulan mulai sekarang hingga 31 Mei ini untuk menghabiskan stok paket rokok yang kurang daripada 20 batang rokok di pasaran.

"Kerajaan tidak akan melayan sebarang rayuan ke atas perkara ini dan Kementerian Kesihatan Malaysia akan menguatkuasakan sepenuhnya larangan pengilangan dan penjualan paket rokok kurang dari 20 batang rokok mulai 1 Jun 2010," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata keputusan itu telah dipersetujui oleh semua syarikat rokok dan kerajaan berterima kasih atas sokongan dan kerjasama syarikat-syarikat tersebut.

"Larangan pengilangan dan penjualan rokok paket rokok yang mengandungi kurang dari 20 batang sebenarnya telah diwartakan pada 23 Sept 2004 melalui peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, bagaimanapun penguatkuasaan terhadap larangan tersebut telah ditangguhkan selepas kerajaan mempertimbangkan rayuan daripada syarikat-syarikat rokok," katanya.

Liow berkata sehubungan dengan penguatkuasaan itu, sesiapa yang didapati melanggar peraturan tersebut boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun.

Menurut beliau lagi, larangan itu juga selaras dengan saranan Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

"Larangan penjualan paket rokok bungkusan kecil ini bertujuan mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan golongan kanak-kanak dan remaja untuk membeli dan memulakan tabiat merokok yang tidak sihat dan merugikan," katanya. BERNAMA.

Wednesday, May 11, 2011

1st ASEAN PARA GAMES KL 2001

Nostalgia lencana 1st ASEAN ParaGames ini pada teman kerana telah dilantik sebagai Pegawai Teknik Olahraga KOAM pada 25-30 October 2001 di KL.

The ASEAN ParaGames is a biannual multi-sport event held after every Southeast Asian Games for athletes with physical disabilities. The games are participated by the 11 countries located in Southeast Asia. The Para Games, patterned after the Paralympic Games, are played by physically challenged athletes with mobility disabilities, visual disabilities, who are amputees and those with cerebral palsy.

The ASEAN ParaGames is under the regulation of the ASEAN Para Sports Federation (APSF). The games are hosted by the same country where the SEA Games took place.

Tuesday, May 10, 2011

ahli kelab colgate.

N3 teman cuma sebuah lencana ahli kelab Colgate,kepunyaan anak sulung teman Nurul Farah Diyana.
gambar atas pandangan sebelah hadapan lencana ahli kelab Colgate dan bawah pandangan sebelah belakang lencana ahli kelab Colgate.
Kelab Colgate telah ditubuhkan pada tahun 1988 di Malaysia oleh pihak pengeluaran ubat gigi Colgate di bawah Syarikat Colgate-Palmolive.Tujuan penubuhan kelab Colgate ini adalah untuk menjayakan kempen penjagaan kesihatan gigi di kalangan kanak2.Tetapi malangnya kelab Colgate ini telah dibubarkan sekitar tahun 1992.

Friday, May 6, 2011

Lampu basikal era 1960-an.

N3 teman kali ini merupakan lampu basikal lama yang biasa digunakan sekitar tahun 1960-an ke 1970-an.
menerima bungkusan 'pos laju' daripada seorang kenalan di Jalan Kapar,Klang,Selangor
lampu basikal lama menggunakan kuasa bateri....
pandangan sebelah belakang lampu basikal...
pandangan sebelah dalam dan tempat letak bateri...
dua buah lampu basikal teman paparkan untuk tatapan kita semua dan anak cucu yang tidak pernah melihatnya..

Thursday, May 5, 2011

biskut julie's

N3 teman cuma koleksi tong bekas biskut julie's berbentuk cylinder yang pernah dikeluarkan pada satu ketika dahulu.
tongnya diperbuat daripada kertas dan penutupnya daripada plastik..
dengan gambar beranika biskut yang begitu ceria...
Pengeluar biskut jenama Julie's, Perfect Food Manufacturing Sdn. Bhd.

Sunday, May 1, 2011

Jam Loceng Kunci.

Sebelum wujudnya jam yang menggunakan kuasa bateri"akulah yang dipuja dan disayangi"mungkin itulah luahan hati kedua2 buah jam loceng kunci ini.



'Jam loceng begitu banyak jasanya pada bulan puasa waktu bersahur'