Nuffnang Ads

Sunday, February 26, 2012

Bag Freedom...

Koleksi bag'FREEDOM' old skool,teman miliki sejak tahun 1985.



Thursday, February 16, 2012

Labu sayong

Koleksi labu sayong teman perolehi ketika berkunjung ke bandar Kuala Kangsar sekitar tahun 1998.

Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labu berwarna hitam yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam Mukim Sayong, iaitu sebuah desa yang terletak 1 kilometer dari Kuala Kangsar, Negeri Perak. Dari kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung tersebut.

Lanjutan daripada ini, perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di kalangan waris asal pembuat tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar.

Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti. Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjung, padi,senduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung

Friday, February 10, 2012

Jurnal Pemuda Bil 6/95.

Koleksi Jurnal Pemuda bil 6 tahun 1995 bagaikan isi dengan kuku PM dan TPM pada ketika itu..dengan sama2 bergelak ketawa...
tetera tertulis MANDAT 25 TAHUN LAGI namun tak kesampaian cuma tinggal di kulit majalah saja..
PM Dr.Mahathir Mohamad dan Timbalannya,Anwar Ibrahim dengan bangganya menunjukkan Piagam BN di Konvensyen BN ...
TPM Anwar Ibrahim...

Monday, February 6, 2012

Sijil Kematian Old Skool.

Sijil kematian tahun 1972 masih menggunakan pen mata bulat untuk mengisi ruangan catatan,...
SIJIL KEMATIAN BORANG N,NEGERI-NEGERI TANAH MELAYU.

Selamat Tinggal 46

Koleksi buku Selamat Tinggal Semangat 46 tulisan Ruhanie Haji Ahmad tahun 1995.
kulit depan..

kulit belakang..
Hilang haluan..Februari 1994:Krisis kepemimpinan yang serius dalam Semangat 46 jadi semakin nyata.Inilah bukti bahawa parti tersebut memang sudah tidak berpengaruh.Ia hanya wujud untuk memenuhi kepentingan Tengku Razaleigh Hamzah.

Sunday, February 5, 2012

Resit lama...

resit dari peguam siap dengan setem 10sen...