Nuffnang Ads

Tuesday, October 25, 2011

souvenir edisi terhad


Kini terbaru dari KitKat, souvenir edisi terhad fridge magnet frame gambar berbentuk gitar siap dengan gambar Dato' M. Nasir dan bertanda tangan.

Monday, October 24, 2011

seronok naik beca

Nurul Putri Balqis 1 tahun 9 bulan begitu seronok naik beca keliling Bandar Kota Bharu,Kelantan semasa ke sana pada 22 Oktober 2011.
tersenyum naik beca ...

Pemukul Telur Nostalgia.

Sabtu dan Ahad 22-23 Oktober 2011 teman dan keluarga ke Kota Bharu untuk menjenguk anak sulung di UMK.Barang2 yang teman bawa balik cuma ini saja.
Pemukul telur kebiasaan diguna untuk membuat kuih bahulu dan seangkatan nya...
Begitu nostalgia pemukul telur ini...

Koleksi daripada bahan buangan(tin minuman)

Monday, October 17, 2011

Seniman Kuswadinata & Seniwati Mariani.

Koleksi gambar poster Seniman Kuswadinata dan Seniwati Mariani semasa muda remaja.Poster ini telah di tandatangan oleh mereka berdua ketika teman berkunjung ke Pameran 50 tahun Filem Melayu bertempat di Ipoh Station Antique Cafe ,Puchong bertarikh 15.10.2011.
Gambar wajah seniman dan seniwati ini begitu berbeza dengan wajah mereka sebenar ketika teman berjumpa pada 15.10.2011.

Saturday, October 15, 2011

Engsel Pintu Old Skool.

N3 teman kali ini cuma sebuah 'Engsel Pintu Old Skool'.Engsel ini biasanya kita boleh lihat pada pintu2 bangunan lama rumah2 kerajaan,sekolah,pejabat2,hospital dan sebagainya sekitar tahun 1960-an.


Ukuran panjang 'engsel'ini 63.5sm.

Thursday, October 13, 2011

Cars of the 50's

Koleksi buku berkaitan motokar dari tahun 1950 hingga 1959 setebal 416 muka surat.Buku ini daripada JAMES M.FLAMMANG AND THE AUTO EDITORS OF CONSUMER GUID,begitu sesuai untuk mengatahui sejarah motokar tahun 1950-an.



Tuesday, October 11, 2011

Telefon Dial Pusing

Telefon Dial Pusing daripada Jabatan Telekom(JT) ,dikeluarkan dalam tahun 1980-an.


Saturday, October 8, 2011

Ini je yang teman dapat..

Ini sahaja barangan yang teman perolehi di Pasar Karat Shah Alam ketika teman kesana pada pagi ahad 09-10-11.
Acu Putu dibuat daripada kayu.
Seruling buloh.(13.10.11 seruling ini telah berpindah milik kepada Puan Wan Rohani,IPD Gua Musang)
Tin bekas isi rokok DUNHILL....

Friday, October 7, 2011

Nostalgia Penceduk Minyak Lama.

Koleksi nostalgia penceduk minyak lama ini,yang mana ianya lebih awal wujud sebelum pengeluaran gumba.



Koleksi penceduk ini teman perolehi dari Batu Gajah,Perak.