Nuffnang Ads

Thursday, June 30, 2011

Lesen Derebar kereta pengangkutan barang lama..

Koleksi lesen derebar kereta2 pengangkut barang2 ini teman perolehi daripada seorang kenalan di Kampar,Perak.
Satu ketika dahulu setiap pemandu kenderaan pengangkutan barang wajib memakai lencana ini dan disangkut pada hadapan poket baju.Lesen ini di tulis dengan ejaan lama serta tetera perkataan 'NEGERI2 TANAH MELAYU'.

Parti Perikatan

Koleksi lencana/logo besi Parti Perikatan ini teman perolehi daripada seorang kenalan di Kampar.Perak.
Lencana daripada besi.
Parti Perikatan ialah sebuah parti politik Malaysia yang dimulakan oleh orang Melayu yang bersatu di bawah presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman Putra, untuk satu tujuan, iaitu berjuang bagi mendapat kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah Melayu. Kaum Cina dan India, bergabung dengan orang Melayu untuk tujuan yang sama. Gabungan parti itu menggunakan lambang "Kapal Layar". Parti ini berjaya untuk memperoleh pemerintahan sendiri daripada pihak British dan menjalankan pemerintahan demokrasi sehingga hari ini. Parti ini juga berjaya memperoleh kemerdekaan daripada pihak British untuk Sabah dan Sarawak. Parti Perikatan inilah kemudian bertukar kepada Barisan Nasional yang merupakan sebuah parti politik yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya yang kuat, berjaya, dan mempunyai matlamat yang kukuh dan tersendiri.

Setelah menyedari kesusahan yang harus dilalui untuk mendapatkan kebebasan, pemimpin Melayu kemudian membawa masuk masyarakat bukan Melayu untuk berjuang bersama-sama. Ini adalah bertujuan agar semua kaum dapat mengetahui kepentingan kebebasan dan kesusahan yang perlu dilalui untuk mendapatkannya. Dengan kebijaksanaan dan matlamat yang menekankan objektif jarak jauh, arena politik tempatan harus ditubuhkan dengan segera.

Kaum Melayu menyedari bahawa mereka memerlukan sebuah parti politik sebagai jentera untuk mengatasi sengsara mereka dan dengan ini tertubuhlah UMNO pada 11 Mei 1946. Kaum lain juga berpendapat sedemikian. Hasilnya, sebuah parti perikatan gabungan UMNO dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) yang diterajui oleh Tunku and Tun Tan Cheng Lock ditubuhkan. Pertubuhan memulakan ujian pertama pada tahun 1952 ketika Pilihanraya Majlis Bandaraya Kuala Lumpur di mana Parti Perikatan ini mencapai kemenangan yang menyakinkan.

Konsep penggabungan ini menghasilkan kejayaan yang menakjubkan dan ini menarik Kongres India Se-Malaysia (MIC) untuk memasuki perikatan ini. Perikatan ini kemudiannya bertanding dalam Pilihanraya Pertama pada 27 Julai 1955 dan memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Perikatan tersebut diberikan keutamaan untuk menubuhkan kerajaan pertama di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri pertama. Beliau kemudian menubuhkan Kabinet Menteri yang dilantik daripada pelbagai kaum di Malaysia. Perikatan ini merupakan percubaan yang berani yang diilhami oleh Tunku, Tun Tan Cheng Lock and Tun Sambanthan.


Sunday, June 19, 2011

koleksi pita dan pemain video.

Pita dan pemain video ini teman paparkan kerana ianya semakin lenyap dan hilang kepentingannya bahkan telah diganti dengan sistem digital yang lebih canggih.


Pita video ialah kaedah merakam imej dan bunyi dalam pita magnet, berbeza dengan filem wayang. Pita video juga digunakan untuk menyimpan data saintifik atau perubatan, seperti data yang dihasilkan oleh electrokardiogram. Biasanya, kepala video berimbas helikal berputar pada pita yang bergerak untuk merakam data dalam dua dimensi, kerana isyarat video sangat tinggi lebar jalurnya, dan kepala statik pula memerlukan kelajuan pita yang amat tinggi. Pita video digunakan dalam perakam kaset video (VCR) dan kamera video. Pita video ialah kaedah menyimpan maklumat scara linear, dan memandangkan kebanyakan rakaman video berbentuk digital, maka pita video beransur-ansur pudar kepentingannya dan semakin diganti kaedah menyimpan data video digital yang bukan linear atau capaian rawak.

Saturday, June 18, 2011

Majlis Hari Prihatin 2011.

Tahniah teman ucapkan kepada anakda Ahmad Akmal Hakim yang telah menerima lencana 'LULUS SEMPURNA'di Majlis Hari Prihatin Sekolah Menengah Teknik Kajang,Selangor.

Lencana ini untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 5 bagi 'pelajar lulus sempurna'pada 18.06.2011



Monday, June 13, 2011

koleksi wang kertas lama Taiwan..

N3 teman cuma sekeping wang kertas lama Taiwan yang sudah tidak dikeluarkan lagi.Teman paparkan untuk tatapan kita bersama.

Friday, June 10, 2011

kaki lilin..

N3 teman kali ini cuma sebatang kaki lilin diperbuat dariapada logam besi.



Tuesday, June 7, 2011

mentol dan penutup lampu gantung lama.

Mentol dan penutup lampu jenis gantung ini telah ketinggalan zaman dan hampir lenyap di pasaran teman paparkan untuk kenangan kita bersama.

Mentol lampu ialah sebuah sumber cahaya buatan. Ia merupakan lampu elektrik yang dibuat daripada kaca lut cahaya atau lut sinar sebagai balangnya dan terdapat dawai filamen di dalamnya yang akan mengeluarkan cahaya apabila dialiri arus elektrik. Filamen biasanya diperbuat daripada bahan tungsten.

Saturday, June 4, 2011

Bahrain Monetary Agency.

Wang kertas lama keluaran 'Bahrain Monetary Agency' pada tahun 1973
muka hadapan.
muka belakang. FIVE DINARS.

Central Bank Of Oman.

Wang kertas lama yang dikeluaran oleh' Central Bank Of Oman' pada tahun 1989.
muka hadapan.
muka belakang. ONE RIAL

Friday, June 3, 2011

wang kertas lama 'BANK INDONESIA'

Koleksi wang kertas lama'Bank Indonesia' teman paparkan untuk tatapan kita bersama..
SEPULUH RIBU RUPIAH-Gambar SRI SULTAN HAMENGKU BUWONO IX -muka depan.
wang kertas ini dikeluarkan pada tahun 1992-Gambar CANDI BOROBUDUR-muka belakang.


LIMA RIBU RUPIAH- Gambar SASANDO ROTE - muka depan.
wang kertas ini dikeluarkan pada tahun 1992- Gambar DANAU KELIMUTU - muka belakang.


DUA PULUH RIBU RUPIAH-Gambar CENDERAWASIH MERAH.- muka depan.
wang kertas ini dikeluarkan pada tahun 1995-Gambar CENGKEH - muka belakang.

Thursday, June 2, 2011

free coca cola can glass

Genap sudah penantian selama 6 minggu bagi koleksi 6 biji gelas coca cola dari McD.
koleksi gelas2 coca-cola yang menarik dari McD....
CHARCOAL 28 APRIL 2011
PURPLE 5 MAY 2011
BLUE 12 MAY 2011
PINK 19 MAY 2011
LIME 26 MAY 2011
GREEN 2 JUNE 2011

Wednesday, June 1, 2011

pam basikal zaman dahulu

N3 teman kali ini merupakan pam basikal keluaran zaman dahulu.Pam ini diperbuat daripada logam besi dan teman perolehi dari seorang kenalan di Puncak Jalil,Kuala Lumpur.
(Pam ini telah berpindah tuan kepada Dato'Mohd Nasir,Pengarah Kastam Negeri Melaka pada 8/9/2011)