Nuffnang Ads

Friday, December 6, 2013

Koleksi dari Kota Samarahan dan Kuching,Sarawak

Koleksi dari Kota Samarahan dan Kuching,Sarawak yang dapat teman angkut ketika ke sana pada 1- 4 Dec,2013.























Pemandangan indah bandar Kuching semasa menyusuri sepanjangSungai Kuching,Sarawak  dengan menaiki   River Cruise.






















Kuching

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bahagian Kuching merupakan salah satu bahagian di negeri Sarawak. Pusatnya ialah bandar Kuching, ibu negeri Sarawak. Penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum seperti CinaMelayuBidayuhIbanMelanauOrang Ulu dan lain-lain. Terdapat banyak tempat pelancongan yang menarik, dan ramai pelancong dari seluruh dunia yang melawat Kuching pada setiap tahun.

Secara amnya, Kuching merupakan bandar keempat terbesar di Malaysia [8]. Jumlah penduduk bandaraya Kuching setakat tahun 2009 dianggarkan sekitar 794 517 orang.[9]

Kuching telah diisytiharkan sebagai bandaraya pada 1 Ogos 1988. Namun keluasan bandaraya Kuching amat besar. Ia dibahagikan kepada dua kawasan iaitu Kuching Utara yang ditadbir oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) manakala Kuching Selatan yang ditadbir oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). Kuching adalah satu-satunya bandaraya di Malaysia yang memiliki dua Datuk Bandar yang mentadbir kedua-dua kawasan ini.



Sejarah.


Kuching mula dibuka pada awal kurun ke-17. Sebelum itu, Kuching merupakan sebuah wilayah ufti bagi kerajaan Majapahit yang ditadbir oleh Temagi di Temasik. Nama asal bagi Kuching ialah Sarawak, seperti yang diceritakan melalui beberapa versi, perkataan Sarawak itu bererti serah kepada awak, yang mengikut hikayatnya semasa Awang Alak Betatar mendapatkan wilayah ini ia terbahagi kepada 5 bahagian ufti yang menganjur dari Lidah Tanah sehingga ke wilayah Kalaka sekarang. Konsep serah yang diamalkan oleh kerajaan Hujung Tanah di Temasik itulah yang memberi nama baru kepada wilayah 5 serangkai itu tadi menjadi Sarawak. Versi lain ialah apabila Pengiran Muda Hashim dari Brunei menyerahkan wilayah-wilayah yang lima itu tadi kepada James Brooke yang melekatkan nama wilayah-wilayah itu menjadi Sarawak. Ada pula versi menyatakan bahawa perkataan Kuching berasal daripada pokok buah mata kucing yang tumbuh melata di Bukit Mata Kucing (Lokasi sekarang Taman Permata/Kereta dan Wisma Hasil) dimana terdapat sebatang sungai kecil mengalir (Sungai Kuching) ke sungai Sarawak. Kini, sungai tersebut telah mengecil dan tertimbus akibat arus pembangunan yang berlaku dari semasa ke semasa.
Akibat daripada pengaruh Islam yang berkembang pada kurun ke-15 dan 16 di wilayah-wilayah Majapahit, Kuching mula menerima pengaruh Islam yang disampaikan sendiri oleh beberapa pendakwah dari negara rantau Teluk yang singgah bersama-sama pedagang-pedagang Arab. Penduduk asal Kuching ialah masyarakat Bidayuhataupun lebih dikenali sebagai masyarakat Dayak Darat dan Orang-orang Saribasyang mendiami dan mengawal kawasan-kawasan lembah di sekitar Sungai Sarawakdan Sadong di Samarahan serta masyarakat Melayu yang menjadi patron kepada dua masyarakat itu tadi.
Perkembangan yang berlaku pada abad ke-19 megubah wajah Kuching yang mengambil alih peranan Lidah Tanah sebgai pusat pentadbiran. Kuching diperintah secara langsung oleh wakil Sultan Brunei sebelum kedatangan Brooke.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching





Kuching International Airport
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
KIA Control Tower.jpg
IATAKCH – ICAOWBGG
Rumusan
Jenis lapangan terbangPublic
PengendaliMalaysia Airports Holdings Berhad
DestinasiKuchingSarawakMalaysia
Ketinggian AMSL89 ft / 27 m
Koordinat01°29′04″U 110°20′48″T
Landasan
ArahPanjangPermukaan
mft
07/253,7808,051 (12,402 - In Expansion)Asphalt

Saturday, November 30, 2013

OREO Bus Tin

OREO BUS TIN....







Product Name:OREO Bus Tin
Material          :Tin Plate
Origin             :Made in China
Agency           :Shanghai Ji Jia International Trading Co.,Ltd.
Tel                  :0086-21-62870128
Address          :22C,Sanhe Building,No.121
                        Yanping Road,Shanghai,200042



Lesen L gantung lama

Lesen L era tahun 1970/1980-an digantung dihadapan dan belakang motor.

Lesen Memandu Pelajar (LDL) - diperolehi pelajar sekolah memandu. Lesen ini hanya membenarkan pemegang lesen mengendalikan kereta yang memaparkan plat L yang dimiliki oleh sekolah memandu di bawah pengawasan guru sekolah memandu. Bagi pemegang lesen pelajar motosikal, mereka dibenarkan menunggang motosikal tanpa pembonceng. Lesen boleh diperbaharui setiap 3 atau 6 bulan dengan tempoh maksimum 2 tahun. Selepas tempoh tamat 2 tahun, pemegang lesen perlu mengulangi semula prosedur pelajaran memandu dari mula.

Terdapat beberapa kelas lesen memandu iaitu:-
  • A - Kenderaan orang cacat
  • B - Motosikal melebihi 500 cc
    • B1 - Motosikal tidak melebihi 500 cc
    • B2 - Motosikal tidak melebihi 250 cc
  • C - Motosikal roda tiga
  • D - Motokar dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 3000 kg
  • E - Motokar berat dengan BTM melebihi 7500 kg
    • E1 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 7500 kg
    • E2 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
  • F - Traktor / Jentera bermotor ringan (beroda) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
  • G - Traktor / Jentera bermotor ringan (berantai) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
  • H - Traktor / Jentera bermotor berat (beroda) dengan BTM melebihi 5000 kg
  • I - Traktor / Jentera bermotor berat (berantai) dengan BTM tidak 5000 kg

Tuesday, November 19, 2013

Majlis Konvokesyen Ke-3 UMK.

Majlis Konvokesyen Ke-3 UMK 26-27 Oktober 2013 / 21-22 Zulhijjah 1434H anak sulung teman bertempat di Hotel Grand Riverview,Kota Bharu.




Saturday, November 16, 2013

Irama Ilham P.Ramlee..

Koleksi kaset Irama Ilham P.Ramlee Isketambola,teman jumpa di Pasar Seni,KL..



 ARKIB : 09/11/1998

Isketambola meminati P. Ramlee

Nama P. Ramlee terus hidup dalam kenangan peminat-peminatnya. Meskipun telah kembali ke rahmatullah 25 tahun lalu tetapi lagu-lagu dan filem lakonannya terus diterima oleh peminat.
Malah peminat juga tidak jemu-jemu memberi sokongan kepada mereka yang tampil dengan imej dan suara yang mirip seniman itu.
Minat dan rasa kagum terhadap kebolehan P. Ramlee telah membawa kepada penubuhan kumpulan Isketambola. Kumpulan ini dianggotai oleh lima artis yang terdiri daripada Musly, S. Azli, Rahim Dalmiah, Nazri Phangyaou dan Hamidah.
Mereka menghargai seniman itu dan menghidupkan kembali zaman kegemilangannya dengan mengadakan semula persembahan 'ala P. Ramlee'.
Kumpulan ini telah mengikat kontrak sebagai artis syarikat Munofazah Enterprise yang dimilik oleh bekas Ketua Pengarah Arkib Negara, Datuk Zakiah Hanum.
Menurut Musly, kumpulan ini ditubuhkan pada Julai tahun atas inisiatif Zakiah yang begitu menghargai karya seni P. Ramlee.
''Beliau mencadangkan kepada kami supaya menubuhkan sebuah kumpulan. Daripada situ kami bergerak dan mengadakan persembahan untuk mengembalikan kegemilangan P. Ramlee, '' jelasnya.
Isketambola menerima undangan untuk mengadakan persembahan di seluruh negara. Persembahan mereka lebih berkonsep sketsa yang dipetik daripada babak-babak tertentu melalui filem-filem popular P. Ramlee seperti Labi Labi, Ibu Mertuaku, Penarik Beca dan Do Re Mi.
Bagi menyesuaikan dengan keadaaan semasa, dialog-dialog yang terdapat di dalam sketsa itu diubah secara spontan oleh anggota kumpulan ini.
Persembahan itu juga diselangseli dengan nyanyian lagu-lagu popular P. Ramlee seperti Bunyi Gitar, Jangan Tinggal daku, Getaran Jiwa dan Taman Firdausi.
Anggota kumpulan ini dianggap sebagai mempunyai ciri-ciri yang sama dengan kebolehan seniman agung itu seperti boleh menyanyi, berlakon dan berlawak.
Malah melihat gaya percakapan dan perawakan Musly sendiri ada mirip P. Ramlee pada zaman mudanya.
Bagimanapun Musly dan rakan-rakannya yang lain tidak senang jika mereka dianggap sebagai jelmaan P. Ramlee.
''Tugas kami hanya untuk menghiburkan peminat melalui lagu-lagu P. Ramlee. Kami hanya meminjam gayanya untuk dipersembahkan kepada khalayak yang merinduinya.
''Kami tidak mahu dianggap P. Ramlee kedua atau ketiga. Kami juga bukan jelmaan P. Ramlee. Kami adalah insan seni yang mahu mengembalikan semula kegemilangan seniman yang menjadi kebangaan semua,'' jelasnya berkali-kali.
Sebagai menghargai peminat seniman itu juga, Isketambola telah merakamkan sebuah album sketsa yang akan dipasarkan tidak lama lagi.
Album ini berjudul Irama Ilham P. Ramlee Isketambola. Antara lagu yang terdapat di dalam album ini ialah Kisah Rumahtangga, Saat Yang Bahagia, Rukun Islam, Hancur Badan Dikandung Tanah dan Assalamualaikum.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=1109&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=et_02.htm#ixzz2krWAHCcj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, October 30, 2013

Koleksi dari Kota Bharu...

Terjumpa koleksi ketika hadir ke Majlis Konvokesyen Ke-3 UMK 26-27 Oktober 2013 / 21-22 Zulhijjah 1434H di Kota Bharu,Kelantan.














Sunday, October 20, 2013

Edisi terhad Coca-Cola

Lengkap sudah  3 set edisi terhad Coca-Cola..