Lesen L era tahun 1970/1980-an digantung dihadapan dan belakang motor.
Lesen Memandu Pelajar (LDL) - diperolehi pelajar sekolah memandu. Lesen ini hanya membenarkan pemegang lesen mengendalikan kereta yang memaparkan plat L yang dimiliki oleh sekolah memandu di bawah pengawasan guru sekolah memandu. Bagi pemegang lesen pelajar motosikal, mereka dibenarkan menunggang motosikal tanpa pembonceng. Lesen boleh diperbaharui setiap 3 atau 6 bulan dengan tempoh maksimum 2 tahun. Selepas tempoh tamat 2 tahun, pemegang lesen perlu mengulangi semula prosedur pelajaran memandu dari mula.
Terdapat beberapa kelas lesen memandu iaitu:-
- A - Kenderaan orang cacat
- B - Motosikal melebihi 500 cc
- B1 - Motosikal tidak melebihi 500 cc
- B2 - Motosikal tidak melebihi 250 cc
- C - Motosikal roda tiga
- D - Motokar dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 3000 kg
- E - Motokar berat dengan BTM melebihi 7500 kg
- E1 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 7500 kg
- E2 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
- F - Traktor / Jentera bermotor ringan (beroda) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
- G - Traktor / Jentera bermotor ringan (berantai) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
- H - Traktor / Jentera bermotor berat (beroda) dengan BTM melebihi 5000 kg
- I - Traktor / Jentera bermotor berat (berantai) dengan BTM tidak 5000 kg
No comments:
Post a Comment