Nuffnang Ads

Sunday, October 19, 2014

SUKMA 2008 TERENGGANU

Koleksi rantai kunci SUKMA XII Terengganu 2008,..

Sukan Malaysia 2008 atau ringkasnya SUKMA XII Terengganu 2008 adalah sebuah temasya sukan nasional yang diadakan di TerengganuMalaysia. Kejohanan ke-12 ini berlangsung dari 31 Mei hingga 9 Jun 2008 dan dimenangi oeh tuan rumah Terengganu.

Reka bentuk logo yang dihasilkan adalah berbentuk huruf "T" iaitu huruf pertama bagi ejaan Terengganu dan menjadi teras utama penghasilan logo yang membawa maksud Terengganu.
Reka bentuk huruf "T" itu sendiri juga memperlihatkan strok figura dalam keadaan spontan dan menunjukkan ciri-ciri kecergasan, ketangkasan, serta semangat.
Keseluruhan reka bentuk ini juga berbentuk seperti sauh yang dikaitkan dengan sauh "perahu besar" yang pada suatu masa dahulu memang terkenal di negeri Terengganu. Sejarah telah membuktikan bahawa ramai anak-anak Terengganu yang hebat telah berjaya menakluki negara luar melalui pelayaran.
Empat warna diterapkan dalam penghasilan logo iaitu hitam, bagi menyerlahkan imej Terengganu selaku tuan rumah SUKMA XII 2008. Merah pula menunjukkan semangat juang yang tinggi yang sentiasa membara pada atlet-atlet dalam mengejar kemenangan. Biru mencerminkan nilai perpaduan serta juga melambangkan laut yang kaya dengan hasil minyak, perikanan dan sumber tarikan negeri Terengganu melalui perlancongan yang berasaskan laut yang melibatkan banyak pulau-pulau yang indah. Manakala kuning pula membayangkan kesungguhan dan keikhlasan setiap yang terlibat dalam menjayakan SUKMA XII dan kuning juga melambangkan negeri Terengganu yang berdaulat, beraja dan berpelembagaan.
Maskot yang dipilih bagi SUKMA XII - Terengganu Darul Iman 2008 adalah spesis Ocellaris Clownfish (Amphiprion Ocellaris) atau False Percula Clownfish, False Clown Anemonefish, dan Anemone Demoiselle. Spesies marin ini banyak terdapat di perairan kepulauan indo-pasifik termasuk di perairan kepulauan di Terengganu. Ia juga merupakan antara daya tarikan peminat-peminat hidupan laut terutamanya di Pulau Perhentian.
Spesis Ocellaris Clownfish ini berwatakan agak lincah, bertenaga dan agresif dan ia amat bersesuaian dengan sukan yang memerlukan atlet yang bersemangat sedemikian.
Bendera Terengganu dikibar bagi menterjemahkan semangat yang membara serta peranan Terengganu sebagai tuan rumah SUKMA XII.
Secara keseluruhan, imej-imej maskot dan logo bagi setiap sukan yang dipaparkan dapat mencerminkan aktiviti sukan yang digayakan. Elemen kemeriahan atau keseronokan SUKMA XII juga jelas digambarkan pada wajah maskot yang sentiasa tersenyum.
Si Diman menjadi nama timangan bagi maskot SUKMA XII Terengganu 2008. Si Diman merujuk kepada "bisexual mascot" iaitu boleh merujuk kepada maskot jantan atau maskot betina.
Diman adalah nama singkatan Darul Iman yang memberi pengertian yang sinonim dengan Negeri Terengganu Darul Iman. Singkatan perkataan yang mempunyai dua suku kata akan mudah disebut dan mudah diingat.
Perkataan dasar "iman" yang menjadi pegangan umat Islam dan juga melambangkan Islam yang menjadi agama rasmi negeri Terengganu. Diman juga berdasarkan mitos pahlawan terhebat di negeri Terengganu pada masa dahulu.

No comments:

Post a Comment