'Tidak sanggup dihumban...'
HOBI unik Pak Mat Tahir, 53, pernah merunsingkan isterinya, Zaliha Shaari, 45, satu ketika dahulu. Dari ruang tamu hingga ke dapur, dipenuhi barangan lama milik Pak Mat Tahir.
Sekali sekala, Pak Mat Tahir diamkan sahaja bila isterinya bersuara. Lama-kelamaan, dia sedar perlu lakukan sesuatu sebelum koleksi antik kesayangannya itu jadi mangsa. Kalau dia kena tidur luar tidak mengapa, tapi kalau barangan antiknya yang dihumban keluar, dia tidak sanggup!
“Saya ambil keputusan pindahkan sebahagiannya ke kampung saya di Kampung Kati, Kuala Kangsar, Perak. Rumah tu tempat saya membesar tapi sekarang dah tak berpenghuni.
"Sekali-sekala, saya pulang ke sana untuk tengok-tengokkan rumah dan koleksi saya,” katanya membuka bicara.

Pak Mat Tahir atau nama penuhnya Ahmad Tahir Abdul Rahman menganggap dirinya pemburu barangan nostalgik. Antara barangan kesayangannya adalah penimbang kati, duit lama, botol, barangan elektrik, perabot dan pinggan mangkuk.
Jika diteliti koleksi simpanan Pak Mat Tahir dan coretannya di blog, koleksioldskool.blogspot.com, boleh dikatakan setiap barangan terkait rapat dengan memori hidupnya. Setiap barang membuatkannya mengingati peristiwa manis dalam hidup.
Pak Mat Tahir akan mencatat sebab dan mengapa dia mula berminat mengumpul barang itu, meskipun ia barang baru dan banyak di pasaran.
Kumpul hadiah sabun
Pak Mat Tahir turut mempunyai koleksi pinggan dan mug melalui hasil pembelian sabun dan makanan segera. Turut dikumpulkan koleksi pinggan keluaran minuman berkarbonat Coca-Cola.
“Saya beli setiap warna dan corak barangan hadiah tu. Kalau singgah kedai mesti beli. Lagipun setiap pek hadiahnya berbeza. Selagi tak dapat warna lain, selagi tu saya akan cari dan beli. Walaupun di rumah masih ada sabun.
Kalau ada 12 warna dan corak, 12 sabunlah saya beli!” katanya.
Pak Mat Tahir tidak menyangka hobi secara suka-sukanya akan bertukar serius. Sebelum ini dia terlebih dahulu mengumpul lencana sekolah yang ditukar secara suka sama suka dengan rakan sekolah lain sejak tingkatan satu.

“Saya jadi seronok bila barang semakin banyak dan nak tambah lagi. Kalau nak ikutkan kehendak, asal ada produk yang tawarkan hadiah percuma, saya mahu beli," katanya.
Bapa tiga anak ini memulakan karier sebagai kakitangan awam di Jabatan Kerja Raya sebelum bertugas sebagai kakitangan swasta sehingga kini.
Dia bersyukur kerana hobinya itu boleh menambahkan pendapatan sampingan dengan menjual barang secara online. Antara barang antik pernah dijual adalah seterika arang lama yang berharga RM1,500.
Barangan lain dijual mengikut bidaan dan budi bicara semasa berunding dengan pembeli. Namun kebanyakannya Pak Mat Tahir tidak terlalu menekankan soal harga. Ada kalanya hasil jualan keseluruhan untuk seminggu mencecah ribuan ringgit.

Anak Pat Mat Tahir ialah Nurul Farah Diyana, 22, Ahmad Akmal Hakim, 19, dan Nurul Puteri Balqis, tiga tahun lima bulan.
Anak jati Kampung Kati Kuala Kangsar ini berhijrah ke Kuala Lumpur pada usia 38 tahun bersama keluarganya.
Berkongsi pengalaman hidup, Pak Mat Tahir juga sangat teruja dapat bertemu dengan orang tertinggi dan terbesar di dunia pada 2004.
“Mereka datang ke sini untuk jumpa kawan. Apa lagi, terus Pak Mat ambil gambar bersama.
"Ketinggian saya setakat pinggang mereka sahaja,” katanya diiringi ketawa.
"Ketinggian saya setakat pinggang mereka sahaja,” katanya diiringi ketawa.
No comments:
Post a Comment