Tinggal memori,...bagi warga kota yang membesar sekitar tahun 1970-an hingga 1998 pasti sudah masak dengan kerenah pemandu dan konduktor-konduktor bas mini.
Senang cerita,bas mini memang luar biasa pantas berbanding bas-bas lain.Keistimewaan tersebut sudah cukup membuktikan betapa bas kecil berwarna piawai merah jambu-putih itu gah sebagai 'raja jalanan'.Namun,bas yang satu ketika dahulu menjadi identiti dan nadi pengangkutan awam di ibu negara,hanya tinggal kenangan apabila perkhidmatannya ditamatkan pada 1 Julai 1998.
Perkhidmatan bas mini yang berkeliaran secara bersimpang siur di ibu kota telah ditukar dengan perkhidmatan yang lebih berdisplin oleh bas Intrakota dan kemudian RapaidKL(2005).
No comments:
Post a Comment