Nuffnang Ads

Monday, February 28, 2011

Lesung batu turun temurun..

N3 teman kali ini cuma Lesung batu turun temurun iaitu seingat teman sejak teman bebudak lagi arwah emak teman sudah menggunakan sehingga kini diturunkan penggunaan kepada isteri teman.Sehingakan telah terserpih/pecah sebahagian daripada badan lesung ini dan telah kehilangan anak lesung/batu penumbuknya.

Lesung batu ini telah banyak jasanya dalam penyedian ramuan masakan dan seberapa banyak jenis sambal....

Lesung batu merupakan lesung yang diperbuat daripada batu yang sering digunakan pada suatu masa dahulu bagi menumbuk ramuan untuk memasak. Ia merupakan satu kemestian bagi setiap rumah untuk memilikinya, dan sering kali digunakan bagi menumbuk antara lain, sambal belacan.

Penggunaannya mudah, cepat dan tidak memerlukan kuasa eletrik. Ia juga boleh dijadikan senjata.

No comments:

Post a Comment