Nuffnang Ads
Sunday, March 20, 2022
Thursday, March 17, 2022
Tuesday, February 22, 2022
DA'IE CILIK BM(P) 2020
Mahrajan Al-Quran Sekolah-sekolah (MQSS) KPM Tahun 2020
Aktiviti berbentuk pertandingan bertemakan Al-Quran bagi mengembangkan potensi murid dalam seni tarannum, hafazan Al-Quran dan pengucapan awam. Sasaran adalah semua murid sekolah rendah dan menengah KPM.
Matlamat
Meningkatkan interaksi murid dengan Al-Quran melalui tilawah, hafazan, tadabbur.
Objektif
Mengembangkan potensi murid dalam seni tarannum Al-Quran.
Mengembangkan potensi murid dalam bidang hafazan Al-Quran.
Mengembangkan potensi murid dalam bidang pengucapan awam.
Pengisian Acara
1. Tilawah Al-Quran Sekolah Rendah ( Lelaki / Perempuan )
2. Tilawah Al-Quran Sekolah Menengah ( Lelaki / Perempuan )
3. Hafazan Al-Quran Sekolah Rendah ( Lelaki/ Perempuan)
4. Hafazan Al-Quran Sekolah Menengah ( Lelaki / Perempuan)
5. Hafazan Al-Quran Terbuka (Juzuk 1- 15 / Juzuk 1 - 30)
6. Daie Cilik Sekolah Rendah ( Lelaki / Perempuan)
Penilaian
Penghakiman bagi acara Tilawah dan Hafazan Al-Quran
Penjurian bagi acara Daie Cilik
Tuesday, January 25, 2022
Kenangan bersama ...Nurul Putri Balqis dengan Datuk Dr.Zulkifli
Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri (lahir 16 Januari 1968) merupakan seorang ulama Islam dan ahli Dewan Negara di Malaysia. Dalam Kabinet Malaysia 2020, beliau menyandang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Beliau merupakan Mufti Wilayah Persekutuan ke-7[2][3]. Beliau juga adalah pengasas kepada Pondok Moden al-'Abaqirah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.[4] dan sebuah institusi hadith baru iaitu Ma'alim al-Sunan li Dirasati al-Sunnah al-Nabawiyyah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Kini, beliau merupakan anggota Muslim Council of Elders berpusat di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu yang dipimpin oleh Shaikh Dr. Ahmed el-Tayeb dan anggota The Assembly of Muslim Jurists of America, serta masih aktif membentangkan kertas kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
