Nuffnang Ads

Thursday, March 13, 2014

Bernostalgia Dengan Disket.





Cakera liut

Cakera liut, juga dikenali sebagai floppy atau disket..
Cakera liut (floppy disk) adalah peranti menyimpan data yang terdiri dari kepingan bulat nipis mudah lentur (liut) medium storan bermagnet disarung oleh bekas plastik segi empat sama atau segi empat bujur. Cakera liut dibaca atau ditulis dengan menggunakanpemacu cakera liut.

Tuesday, February 25, 2014

Lencana Kain Sekolah...

Hobi baru bermula Januari 2014...berhasrat nak mencari 1000 buah lencana sekolah disampin meraih simpati kekawan.....!
Hendak membeli di kedai cina,
Sampai di kedai barang dicari,
Sukanya hati terima lencana,
Syukur terima kasih pada pemberi...
Nak menyumbang boleh hubungi 013-3626722 atau emil: temong@ymail.com...terima kasih.

Sunday, February 9, 2014

Rezeki merayau di Hentian Kajang...

Rezeki merayau di Hentian Kajang dapat sebuah PIONEER PL 660 ,...
DIRECT DRIVE STEREO TURNTABLE  PIONEER ELECTRONIC CORP,...
 Made in Japan,...


Saturday, January 25, 2014

Hasil merayau di sekitar Puchong.

Hasil merayau di petang Sabtu 25.01.2014 dapat sepasang kasut All Amerrica,Slam America,Robbin,FK(Fung Keong),Bata 'SPARX' ,4 buah lampu suloh(JOHNLITE) dan Super Tumbling Truck....keluaran sekitar tahun 1980-an.
Kasut All Amerrica
Kasut Slam America
Kasut Robbin
Kasut FK(Fung Keong)
Lampu suloh(JOHNLITE)
 Super Tumbling Truck

Kasut Bata SPARX....

Tuesday, January 21, 2014

Koleksi Lencana Sekolah Seiras

Sekolah Wawasan di USJ 15,Subang Jaya,mempunyai lencana seiras antara satu sama lain.
SK Dato Onn Jaafar
SJK (Cina) Tun Tan Cheng Lock
SJK (Tamil) Tun Sambanthan
Sekolah Wawasan USJ 15 merupakan salah satu daripada enam sekolah wawasan yang dibina oleh kerajaan yang menempatkan Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil dalam satu premis...

Kompleks USJ 15 - Tiga sekolah satu wawasan

Terdapat 3 sekolah rendah yang ditempatkan di sini iaitu:
SK Dato Onn Jaafar
SJK (Cina) Tun Tan Cheng Lock
SJK (Tamil) Tun Sambanthan

Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (link-way).

Sunday, December 29, 2013

Jumpa koleksi lama di Shah Alam..

 Koleksi majalah 'mastika' tahun 1999 lengkap Januari hingga Disember.
Sejarah penerbitan majalahnya bermula semenjak tahun 1941 apabila majalah Melayu pertama diterbitkan iaitu majalah Mastika.  Peranan yang dimainkan oleh majalah seiring dengan peranan akhbar meniup semangat nasionalisme Melayu berjuang untuk kemerdekaan negara ini.
Kalender tahun 1978 "YEE HIN HUP KEE"..

Koleksi jam Universiti Pertanian Malaysia.., 
Pada 3 April 1997 Universiti Pertanian Malaysia ditukar nama kepada Universiti Putra Malaysia.