Pada masa kini, kita menggunakan kalkulator untuk mengira. Tetapi adakah kalkulator telah wujud beribu tahun dahulu? Sudah tentu tidak. Oleh itu orang zaman dahulu telah menggunakan sempoa untuk mengira.
Apa itu sempoa? Sempoa adalah sejenis alat yang terdiri daripada rangka kayu dan manik-manik. Sempoa telah diubahsuai sehinggalah menjadi bentuk moden seperti di bawah.
Sempoa dalam bahasa inggeris disebut abacus yang diambil daripada perkataan Yunani bermaksud papan yang berdebu. Sempoa telah dijumpai di China diantara kurun ke-12 dan 13. Setelah itu, penggunaan sempoa telah sampai ke Korea dan Jepun melalui pedagang. Di Eropah pula sempoa telah digunakan sehingga kurun ke-18.
Pengiraan menggunakan sempoa melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.
sempoa cokelat dibawah ini teman perolehi dari seorang peniaga kedai runcit berbangsa cina di Bt.12,Puchong.
No comments:
Post a Comment