Hari ini,terjumpa koleksi rantai kunci 'SEA GAMES XV-KUALA LUMPUR-'89.
Sukan Asia Tenggara 1989
Sukan Asia Tenggara 1989 atau Sukan Asia Tenggara ke-15 telah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 20 Ogos - 31 Ogos 1989. Temasya ini dirasmikan oleh Sultan Azlan Shah, Yang di-Pertuan Agong ke-9. WalaupunKemboja tidak mengambil bahagian, Laos kembali mengambil bahagian dalam temasya Sukan SEA kali pertama di bawah sebuah persekutuan baru pada edisi kali ini. Vietnam juga mengesahkan tempat untuk mengambil bahagian buat kali pertama.