Nuffnang Ads

Thursday, March 31, 2011

piring hitam love without end....

N3 teman cuma sebuah piring hitam lama bertajuk love without end yang dikeluarkan oleh Ruby Record Industries,Singapore.

Disimpan untuk kenangan dan tatapan kita bersama....

wang semasa jepun jajah malaya...

wang one dollar semasa jepun jajah malaya, disimpan untuk tatapan dan kenangan kita bersama...
sebelah atas bahagian depan dan sebelah bawah bahagian belakang wang..

Dolar Malaya telah diutarakan oleh Badan Pesuruhanjaya Mata wang Malaya, sewaktu zaman kependudukan Jepun (1942–1945). Pada zaman ini, wang kertas telah diusulkan ke dalam sen dan dolar. Mata wang ini dilaraskan ke 1 dolar = 1 Yen Jepun, berbandingkan dengan suatu kadar 1:2 sebelum perang. Sewaktu perang, mata wang zaman kependudukan Jepun telah diumumkan tidak bernilai dan Dolar Malaya terdahulunya mendapatkan nilainya berkaitan dengan sterling.

Pada tahun 1952 perbadanan tersebut telah dinamakan Badan Pesuruhanjaya Mata Wang Malaya dan British Borneo. Badan ini bermula mengusulkan nota bank pada 1953.

Wednesday, March 30, 2011

Koleksi Pinggan Mangkuk Ayan lama...

Koleksi pinggan mangkuk ayan merupakan satu kenangan pada satu ketika dahulu..
Enamel Drinking Mug W/Cover....
Enamel Drinking Mug W/Cover....
Enamel Rice Plate 26cm....
Enamel Basin 26cm....

Saturday, March 26, 2011

Pelita Cempeni lama....

N3 teman kali ini adalah sebuah pelita cempeni lama.
Pelita cempeni ini lebih cangih berbanding dengan pelita catuk , kerana ianya dilengkapi dengan ciri ciri keselamatan kepada penggunanya. Komponennya terdiri dari tangki minyak yang diperbuat dari tembaga , sumbu dari kain, alat laras kecik besar nyalaan api bagi tujuan cerah dan malap. Penutup keselamatan atau cempeni yg berfungsi menghadang tiupan angin supaya api tidak padam tiba tibakilauan waran pelita begitu cantik dan menawan..
pelita ini buatan Hong Kong...

Friday, March 25, 2011

SIJIL KELAHIRAN LAMA

Hari ini teman paparkan sijil kelahiran lama(Perakuan Beranak) bertarikh pada 8-5-1968 yang mana bayi ini telah lahir pada 27-4-1968.Pada sijil kelahiran ini tetera 'BORANG A, NEGERI2 TANAH MELAYU,PERAKUAN BERANAK'.
bahagian atas ialah muka surat depan manakala bahagian bawah muka surat belakang.(ukuran sijil:10.5cm x 20cm)
Teman paparkan untuk kita bezakan diantara sijil kelahiran sekarang dengan yang lama serta untuk tatapan kepada mereka2 yang tiada kesempatan menggunakan dan melihatnya...

Thursday, March 24, 2011

KAYU WANGI KIPAS GANTUNG

Paparan teman kali ini cuma sebuah kipas lama iaitu 'kipas gantung kayu wangi'buatan negara China.Kipas ini satu ketika dahulu begitu diminati oleh gadis2 manis berbangsa cina.
kotak bekas kipas telah uzur dimamah usia...
bau kayunya sangat wangi pada ketika itu namun sekarang wangi baunya semakin berkurangan..
kipas ini juga begitu akrab dengan gadis2 pelakun wayang cina..
tetapi kipas ini tetap utoh walaupun usianya dah lama...
dipaparankan untuk kenangan kita bersama....

Tuesday, March 22, 2011

Buku nyanyian dan ikatan untuk pengakap muda

Paparan teman hari ini sekadar sebuah buku lama, Nyanyian dan Ikatan untuk Pengakap Muda.Buku ini telah dicetak pada tahun 1986 dan dijual dengan harga $2-80(sekarang RM 2.80).
Kulit buku yang mengambarkan kegiatan pengakap pada masa itu..
Buku ini telah disusun suai oleh M.Anwar Rahman,Pengerusi Pengakap Kelana Bakti Kelantan dan diterbit oleh Penerbitan Asia,12,Jalan 14,Desa Jaya,52100 Kepong,Kuala Lumpur.Buku ini telah diedar oleh MABAR TRADING,No.1-5,Tingkat Pertama,Kompleks Mara,Jalan Dato'Pati,Kota Bharu,Kelantan.
sebahagian daripada nyanyian yang biasa dinyanyikan oleh pengakap muda..
sebahagian daripada ikatan yang dipelajari oleh pengakap muda....

Saturday, March 19, 2011

Gumba lama...

Gumba adalah alat untuk mengepam minyak dll keluar dari bekasnya...
dipamirkan untuk mengimbau kenangan masa lampau serta untuk tatapan kpd mereka2 yg tidak pernah melihat dan menggunakan...
pandangan dari atas..
gumba masih kelihatan cantik tanpa berkarat...
Biasanya gumba ini digunakan oleh pekedai2 runcit pada masa dahulu untuk mengepam minyak tanah dan minyak masak.

Tuesday, March 15, 2011

Labu Air Kaca...

Paparan teman hari ini dua biji Labu Air Kaca lama yang telah dimiliki oleh arwah emak teman sekitar tahun 1950-an lagi.Dipaparkan kerana ada diantara anak2 serta cucu-cicit kita tidak pernah melihatnya..
pandangan bahagian penutup kaca labu air...
pandangan labu air kaca daripada atas...
Labu air kaca begitu menarik dan terpesona mata memandangnya...
Labu ini telah berpindah tempat dari Kuala Kangsar,Perak ke Puchong,Selangor......

Saturday, March 12, 2011

HORLICKS

Paparan teman kali ini cuma sebiji balang HORLICKS,begitu puas pencarian teman dan hari ini dapat juga teman memilikinya.
balang dan penutup masih baik dan cantik...
tetera perkataan HORLICKS pada balang kacanya...
begitu cantik dan mempersonakan mata melihatnya...
Horlicks is the name of a company and of a malted milk hot drink. It is manufactured by GlaxoSmithKline in the United Kingdom, South Africa, New Zealand, Bangladesh,India, Pakistan and Jamaica, and under licence in the Philippines and Malaysia.

cukai jalan 31 Ogos 1993

Paparan yang begitu ringkas pada kali ini, iaitu cukai jalan lama JPJ untuk tatapan kepada mereka2 yang tidak pernah melihat dan menggunakan..
Cukai Jalan Motosikal BCY9869 $55.00, bertarikh 31 Ogos 1993 bersamaan tarikh hari kemerdekaan Malaysia ....

Friday, March 11, 2011

Nostalgia cermin mata era tahun 1960-an..

Nostalgia cermin mata era tahun 1960-an paparan ringkas teman kali ini.
cermin mata berjenama'ATALIA' ...
Bingkai cermin mata dibuat daripada plastik.

Kanta dibuat daripada kaca tetapi kebanyakan kanta sekarang dibuat daripada plastik logam.
sungguh menawan & bergaya pemakainya pada era 1960-an..
cermin mata berjenama 'COMET'..

Cermin mata merupakan bingkai yang mempunyai gelas kanta yang berada di depan mata, ia merupakan alat bantuan penglihatan, perlindungan mata, atau untuk perlindungan daripada sinaran UV.

Cermin mata moden lazimnya mempunyai pelapik pada hidung dan tangkal diletakkan pada telinga. Jenis terdahulu pula termasuk cermin mata letak, cermin mata sebelah, lornyet, dan cermin mata gunting.


bunga kangkung pemberian Iqbal...

N3 teman kali ini cuma sebiji pinggan bunga kangkung pemberian daripada seorang sahabat En Iqbal dari Klang,Selangor.
Menurut ceritanya pinggan ini telah lama diguna pakai oleh kedua ibubapa En Iqbal semenjak dia kecil lagi sehinggakan sekarang En Iqbal juga telah mempunyai keluarga sendiri dan pinggan2 ini masih kekal berada dirumah mereka.
Disebabkan terlalu banyak bilangan pinggan ini,maka sebiji daripadanya dihadiahkan kepada teman.
Dibelakang pinggan ini tetera dengan tulisan 'MADE IN CHINA'.

Thursday, March 10, 2011

Nostalgia penceduk air panas aluminium..

Nostalgia penceduk air panas aluminium.Terkenang sekitar tahun 1970-an dan 1980-an penceduk air ini begitu banyak pengunaan di kedai2 minuman cina hailam dan mamak.
air panas yang mendidih dituang ke cawan untuk dibancuh kopi atau teh serta yang seangkatan dengan..nya menggunakan penceduk inilah...
kini penggunaan penceduk air ini telah beransur2 ditinggalkan oleh pembancuh air...
kini teman simpan bekas penceduk air ini takut2 satu masa nanti anak2 dan cucu-cicit kita tidak dapat melihatnya..

Wednesday, March 9, 2011

MENTOL PHILIPS LAMA.

Mentol lampu ialah sebuah sumber cahaya buatan. Ia merupakan lampu elektrik yang dibuat daripada kaca lut cahaya atau lut sinar sebagai balangnya dan terdapat dawai filamen di dalamnya yang akan mengeluarkan cahaya apabila dialiri arus elektrik. Filamen biasanya diperbuat daripada bahan tungsten.
mentol philips lama bersaiz kecil dan masih tetera dengan harga lama $ 2-40
mentol philips lama bersaiz kecil 28 X 62 mm & 15W...
mentol philips ini buatan Austria disimpan untuk kenangan dan tatapan kita semua...