N3 teman hanya sekotak 'kayu penyepit pakaian' buatan "PEOPLE'S REPUBLIC OF CHINA"yang semakin kurang digunakan sekarang.
Nuffnang Ads
Saturday, April 30, 2011
Friday, April 29, 2011
Telefon Simens..
Thursday, April 28, 2011
Dinamo Basikal
N3 teman cuma Dinamo Basikal, dipaparkan kerana kebanyakan basikal2 keluaran kini sudah tiada berlampu.Dinamo ini teman terima daripada seorang kenalan di Sungai Kantan,Kajang,Selangor.
Kebiasaan diwaktu malam ,sekiranya kayuhan basikal itu laju maka dinamo akan berputar laju dan lampu akan menjadi lebih terang..Dinamo Basikal
- Dinamo basikal menghasilkan voltan 6 volt - 12 volt
- Arus elektrik yang dihasilkan oleh dinamo ialah arus ulang alik (AU/AC)
- Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh dinamo ialah hasil daripada aruhan kemagnetan
Wednesday, April 27, 2011
Tray sign minyak cap kapak
Tuesday, April 26, 2011
koleksi kotak rokok lama...
Thursday, April 21, 2011
permainan kuda kayu
Nostalgia permainan kuda kayu bagi kanak2 pada masa dahulu.Dipaparkan bertujuan untuk dikongsi bersama kenangan semasa kita ketika kanak2 menunggang kuda kayu ini dan untuk dilihat oleh mereka yang tidak merasa menggunakan permainan ini.
Adik Nurul Putri Balqis sedang asyik menunggang kuda kayu...
permainan kuda kayu ini telah di baiki dan di cat baru...
Wednesday, April 20, 2011
Kepuasan dengan setiap MAMEE Sllrrrp!
Paparan teman kali ini adalah"Kepuasan dengan setiap MAMEE Sllrrrp!"merupakan salah satu daripada koleksi beg kertas.
Asmawi Ani atau Mawi merupakan salah seorang penyanyi yang semakin popular dengan lagu Aduh Saliha itu dipilih menjadi duta mee segera baru Mamee Sllrrrp keluaran Mamee-Double Decker (m) Berhad.Namun kali ini Mawi berkongsi tuah bersama dua lagi rakan seperjuangannya iaitu naib juara AF3, Felix Agus dan pemenang tempat ketiga Amylea.
Saturday, April 16, 2011
mouse trap/perangkap tikus
Friday, April 15, 2011
mangkuk cina & teko 1960-an
N3 teman hari ini cuma mangkuk cina lama dan sebiji teko lama,diperolehi daripada seorang pekedai pekakas dapur di Bandar Kajang.Menurutnya kedua2 barang ini telah berada dikedainya semenjak daripada bapanya lagi iaitu sekitar tahun 1960-an.
tetera tulisan dibelakang mangkuk"Made in China"...mangkuk makan cina lama....era tahun 1960-an
dibawah teko bunga kangkung....
liquid paper atau correction fluid(Pelikan)
Paparan teman kini adalah liquid paper keluaran Pelikan .Teman rasa pasti ramai generasi era 1990-an tidak sempat menggunakan liquid paper jenis berus ini kerana masa itu liquid paper jenis goncang dulu ( bebola besi ) sudah mula masuk pasaran.
Bagi jenis ini mesti mempunyai thinner untuk mencairkan liquid paper yang sudah keras di dalam botol berberus tersebut sebelum kita menyapu pada tempat yang salah tulis atau taip.
Kita harus berhati2 ketika menuangkan beberapa titis thinner ke dalam botol berberus tersebut kerana sekiranya terkena kulit atau mata ianya akan terasa gatal2 dan pedih.
Disimpan untuk kenangan dan tatapan kepada mereka2 yang tidak sempat menggunakan dan melihatnya..
Wednesday, April 13, 2011
rokok camel
Saturday, April 9, 2011
talam ayan..
Friday, April 8, 2011
BISKUT OSBORNE
Biskut Osborne mengingat kembali kenangan semasa era tahun 1960-an hingga tahun 1970-an semasa teman bebudak tinggal dikampung.Kebiasaan ketika dikampung pada ketika itu biskut inilah menjadi makanan waktu sarapan pagi dan minum petang dikebanyakan rumah.Biskut ini juga ada yang mengelarkan sebagai 'biskut mayat'kerana kebiasan jika ada kematian biskut ini merupakan sajian utama.
biskut ini mudah disajikan cuma direndam didalam air teh atau kopi dan ada juga ibu2 yang membuatnya sebagai bubur atau pengat...biskut ini di kilang oleh "KHIAN GUAN BISCUIT MANUFACTURING CO.,SDN.BHD. 3738 Jalan Siram,12100 Butterworth,Pulau Pinang.
deposit tin sebanyak RM 8.00 dikenakan sekiranya kita membeli biskut dengan tin sekali...
Ramuan biskut:Tepung Gandum,Tepung Ubi/Jagung,Minyak Sayuran(Minyak Kelapa Sawit),Garam,Serbuk Penaik dan Ragi...
Osborne oh osborne....
Tuesday, April 5, 2011
timbang OHAUS,...
N3 teman kali ini hanya sebuah timbang lama oleh OHAUS SCALE CORPORATION,FLORHAM PARK,N.J.,USA.
timbang ini teman perolehi daripada seorang kenalan di Cheras,..Manufactured by,Ohaus Scale Corporation,Florham Park,N.J.,USA..
kapasiti timbang ini adalah 1600 Grams...
inilah bentuk sepenuh timbang lama buatan USA.....
Sunday, April 3, 2011
alat penimbang lama...
Friday, April 1, 2011
sabun cap kapak....
kotak sabun cap kapak 12 buku x 100 G
tertera tulisan pada kotaknya'LEMBUT DAN SESUAI UNTUK TANGAN DIPERBUAT DARIPADA MINYAK SAYUR-SAYURAN'...
Buatan Malaysia oleh Syrikat Lam Soon....
inilah ketulan2 buku sabun cap kapak.....
SABUN KAPAK LEMBUT DAN SESUAI UNTUK TANGAN DIPERBUAT DARIPADA MINYAK SAYUR-SAYURAN itulah ayat yang tetera dikotak sabun 12 buku X 100G. N3 sabun ini adalah untuk mengimbau kenangan diera tahun 1960an ke 1970an,sabun inilah yang digunakan oleh kebanyakaan kami dikampung.Sabun Kapak inilah merupakan sabun cuci pingan-mangkuk,cuci pakaian dan juga sabun mandi kami.Bekas sabun pula diperbuat dari tin susu yang ditebuk lubang dibawah tin serta bertangkaikan dawai.
tertera tulisan pada kotaknya'LEMBUT DAN SESUAI UNTUK TANGAN DIPERBUAT DARIPADA MINYAK SAYUR-SAYURAN'...
Buatan Malaysia oleh Syrikat Lam Soon....
inilah ketulan2 buku sabun cap kapak.....
SABUN KAPAK LEMBUT DAN SESUAI UNTUK TANGAN DIPERBUAT DARIPADA MINYAK SAYUR-SAYURAN itulah ayat yang tetera dikotak sabun 12 buku X 100G. N3 sabun ini adalah untuk mengimbau kenangan diera tahun 1960an ke 1970an,sabun inilah yang digunakan oleh kebanyakaan kami dikampung.Sabun Kapak inilah merupakan sabun cuci pingan-mangkuk,cuci pakaian dan juga sabun mandi kami.Bekas sabun pula diperbuat dari tin susu yang ditebuk lubang dibawah tin serta bertangkaikan dawai.
Subscribe to:
Posts (Atom)