Nuffnang Ads

Sunday, January 30, 2011

Pembekal Rasmi Telefon Sukan Komanwel ke XVI' 98

N3 kali ini tetera tulisan di atas telefon' OFFICIAL PROVIDER*TELECOMMUNICATIONS,KUALA LUMPUR 98', 11-21 September 1998.
Telekom Malaysia adalah pembekal rasmi telefon pada Sukan Komanwel ke XVI tahun 1998 di Kuala Lumpur.
Telekom Malaysia sudah bertukar jenama ke-TM
setiap tempat/venue di temasya sukan tersebut dipenuhi oleh telefon ini,terima kasih Telekom Malaysia.
Teman adalah salah seorang daripada sukarelawan/volunteer pada Sukan Komanwel ke XVI,1998 di Kuala Lumpur.

Saturday, January 29, 2011

BERPINDAH MILIK DI BOTOLOGI HI TEA

BARANGAN INI TELAH BERPINDAH MILIK KEPADA TEMAN DI 1 MALAYA COLLECTORS HI-TEA PADA 29hb JANUARY 2011 @ IPOH STATION ANTIQUE CAFE,PUCHONG,SELANGOR.






Sos tomato & cili ini telah luput tarikh pada 13 Apr 1989 telah berpindah milik drp Blues Riders kpd teman.
Hak ini pun telah berpindah milik drp Blues Riders kpd teman juga...

Tuesday, January 25, 2011

Nostalgia Kad Terup Permainan Kanak2....

N3 teman kali ini nostalgia kad terup permainan kanak2 yang begitu populer di era tahun 1970-an.Baru2 ini teman ke kedai runcit cina yang terletak di Pekan Puchong Perdana,dan didalam kesibukan mencari biskut tiba2 mata teman terpandang beberapa keping bungkusan mengandungi kad terup permainan ini terletak di atas rak bersebelahan dengan biskut OSBORNE yang teman cari.
tertera dengan harganya 10 sen bagi satu keping dan kad ini terdapat 60 keping dalam satu bungkus berharga RM 6.00 sahaja.
biasanya di main dengan menepuk kad,sekiranya gambar yang jatuh terbalik ianya dikira kalah
kad dengan gambar X MeN
Memang seronok bermain pada ketika itu dengan bergelak ketawa bersama2 kekawan tanpa ada unsur2 perjudian...

Friday, January 21, 2011

Surat Khabar Bintang Timur 22/12/1981

Kepada pembaca yang pernah melalui kehidupan di tahun2 1970-80an dahulu tentunya tidak akan melupai Surat Khabar Bintang Timur.N3 kali ini cuma kenangan semasa teman dan kekawan turut serta dalam KHEMAH KERJA BELIA MAYC DAERAH KUALA KANGSAR pada tarikh 22/12/1981 yang disiarkan dalam akhbar ini.Ramai diantara perserta2 nya telah berusia emas dan ada antaranya telah meninggal dunia begitu juga dengan ADUN Lubuk Merbau YB Hj.Mior Aris.
lapuran di tulis oleh Osman Rani

piring peninggalan orang tua.

N3 kali ini adalah piring lama yang telah teman gunakan semasa kecil dalam tahun 1970-an dan juga merupakan harta peninggalan orang tua teman.
piring bunga rose berukuran garispusat 17 sm.
piring bunga kangkong berukuran garispusat 17 sm.
piring lepir bunga kangkong berukuran garispusat 17 sm.

Wednesday, January 19, 2011

NOSTALGIA RADIO SONY

NOSTALGIA RADIO SONY ini kerana tarikh dimiliki sama dengan tarikh perkahwinan teman pada tahun 1989.
Usia radio ini sama dengan usia perkahwinan tuan punya....nya.

teko bunga timbul

Tuesday, January 18, 2011

Sukan Wanita COLGATE 1985

N3 kali ini cuma perisai peninggalan semasa teman menguruskan Pasukan Bola Jaring Persatuan Belia Ikatan Murni(PERBIM),Kampung Temong,Kuala Kangsar,Perak, tahun 1985.Pasukan yang teman bawa telah berjaya mendapat tempat ketiga Peringkat Daerah Kuala Kangsar(SUKAN WANITA COLGATE 1985).
Perisai Sukan Wanita Colgate 1985 dalam ingatan...PERBIM pun sekarang sudah tiada lagi...

Monday, January 17, 2011

Minyak Rambut Poken

Sejenis minyak rambut yang tidaklah begitu terkenal atau diiklankan secara meluas. Namun jenama Poken ini yang berbentuk krim padat berwarna hijau mempunyai peminatnya yang tersendiri walaupun ada yang tidak menggemarinya kerana bau wangiannya yang terlalu kuat sekiranya dipakai terlalu banyak. Didatangkan dalam bekas "besi" tidak seperti jenama-jenama lain yang lebih terkenal. Minyak rambut ini banyak dijual di kedai runcit, pasar malam, mahu pun supermarket. Kini minyak rambut ini tidak lagi ramai yang menggayakan rambut mereka dengan "minyak" sebegini yang telah pun dianggap ketinggalan zaman.
Dibuat oleh: Chin Paris,4,Lorong Jelawat(2),Taman Sungai Abong,84000,Muar,Johor,W.Malaysia.
Teman suka membaca ayat di belakang minyak rambut ini:-
'Poken' Membuatkan anda segak sepanjang hari.(Keeps you smart the whole day long).

Minyak Rambut VITALIS Super Control

Cecair rambut Vitalis mula memasuki pasaran tempatan pada era 1970-an. Tiga jenis variasi Vitalis dijual di Malaysia iaitu Super Control, Protein dan Medicated. Vitalis Super Control adalah untuk mereka yang mahu mengekalkan bentuk dandanan rambut.
Ciri Vitalis ini tidak sama seperti Code 10 atau Brylcreem. Ia tidak berminyak, bebas dari gris dan tidak melekit seperti minyak rambut lain yang berbentuk emulsion. Vitalis lebih kepada bentuk cecair tetapi tidak lekit seperti gel rambut.Teman tidak pasti mengapa Vitalis sudah tiada lagi di pasaran menjelang tahun 1990 sedangkan ianya begitu popular dikalangan pemuda2 samada yang bujang mahupun sudah berkawin.

Sunday, January 16, 2011

harta peninggalan teman

N3 kali ini cuma harta peninggalan semasa teman bersekolah sekitar tahun 1967 hingga tahun 1977 iaitu dua botol dakwat dan dua batang pen.
Dakwat jenama Youth buatan China
Harga dakwat(INK) cuma 60 sen & 70 sen sahaja pada ketika itu
Pen jenama HERB buatan China
Pen jenama HERO buatan Shanghai China

Saturday, January 15, 2011

koleksi pelita nyonya

N3 hari ini pelita nyonya ia itu hasil pencarian di sekitar batu 14 Puchong.Teman telah diberi oleh seorang wanita cina warga emas berusia 88 tahun 2 buah pelita nyonya yang di milikinya sejak tahun 1960-an lagi.
pelita pemberian wanita cina warga emas berusia 88 tahun di guna sekitar tahun 1960-an
pelita pemberian wanita cina warga emas berusia 88 tahun di guna sekitar tahun 1960-an
koleksi pelita nyonya teman....

Congkak

Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli
.

Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa:

  1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.
  2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.
  3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.
  4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.
  5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah.


Teman perolehi papan congkak ini dari Bandar Di Raja Kuala Kangsar,Perak sekitar tahun 1990-an.

Friday, January 14, 2011

Hon penjual roti..


Terkenang era2 tahun 1960-an ke 1970-an di mana kebanyakan penjual roti adalah Bai & India yang berjambang dan bermisai tebal dengan mengayuh basikal tua.





Hon seperti ini lah yang kedengaran daripada penjual roti untuk memaklumkan bahawa mereka sudah sampai...

Terserempak peti Coca Cola & botol2nya...

N3 kali ini hasil daripada teman terserempak & terpandang dibawah rumah seorang bekas pekedai makanan dibawah pokok rambutan batu 14 Puchong,Selangor.
hasilnya dapat sebuah peti merah Coca Cola & botol2 kaca F&N,Sprite dan Coca Cola...

Wednesday, January 12, 2011

Tarik2 Tali

Tarik..tarik...tarik anak lelaki teman Ahmad Akmal Hakim begitu minat dalam sukan tarik tali dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah.....
Naib Johan Tarik Tali Sekolah Menengah Teknik Kajang tahun 2010

Johan Tarik Tali Sekolah Men.Keb.Puchong Perdana,tahun 2009

Naib Johan Tarik Tali Sek.Keb.Puchong Perdana,tahun 2006