Penggunaan lampu pijar dihentikan mulai tahun depan.
Beliau berkata, dengan pelaksanaan dasar itu penggunaan tenaga elektrik negara dapat dijimatkan sebanyak RM336 juta setahun dan pengurangan penghasilan karbon sebanyak 40 peratus menjelang 2020.
"Penggantian lampu itu akan dilakukan secara berperingkat selama tempoh tiga tahun yang bermakna semua jenis lampu pijar yang mengeluarkan cahaya kekuningan itu tidak akan dijual mulai 2014.
"Pengguna adalah digalakkan menggunakan lampu yang lebih cekap tenaga seperti lampu kalimantang kompak, lampu lampu kalimantang silinder dan lampu dioda," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Peter Chin berkata, pelaksanaan dasar itu akan dilakukan dalam dua fasa iaitu pertama, menghentikan secara berperingkat pengeluaran, pengimportan dan penjualan lampu pijar dengan spesifikasi kuasa 100 Watt dan ke atas dalam tempoh satu tahun mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2011.
"Kedua, menghentikan pengeluaran, pengimportan dan penjualan semua jenis lampu pijar dalam tempoh dua tahun selepas fasa pertama, bermula 1 Januari 2012 hingga 31 Disember 2013," katanya.
Namun, beliau berkata pengecualian penggunaan lampu pijar untuk beberapa kegunaan khusus akan diberikan berdasarkan senarai yang diluluskan oleh kementerian.
Lampu jenis ini pasti akan pupus apabila penggunaan mereka diberhentikan.
ReplyDeleteEloknya simpan beberapa biji untuk dijadikan kenangan :)