Nuffnang Ads

Tuesday, January 25, 2022

Kenangan bersama ...Nurul Putri Balqis dengan Datuk Dr.Zulkifli

Zulkifli Mohamad Al-Bakri


 Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri (lahir 16 Januari 1968) merupakan seorang ulama Islam dan ahli Dewan Negara di Malaysia. Dalam Kabinet Malaysia 2020, beliau menyandang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Beliau merupakan Mufti Wilayah Persekutuan ke-7[2][3]. Beliau juga adalah pengasas kepada Pondok Moden al-'Abaqirah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.[4] dan sebuah institusi hadith baru iaitu Ma'alim al-Sunan li Dirasati al-Sunnah al-Nabawiyyah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Kini, beliau merupakan anggota Muslim Council of Elders berpusat di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu yang dipimpin oleh Shaikh Dr. Ahmed el-Tayeb dan anggota The Assembly of Muslim Jurists of America, serta masih aktif membentangkan kertas kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.