Nuffnang Ads

Wednesday, December 29, 2021

UPKK TAHUN 2021

Keputusan UPKK Tahun 2021...tahniah anakda bongsu...



 

Thursday, December 23, 2021

Banjir di Puchong


Kesan selepas banjir di Kampung Sri Aman,Puchong,Selangor pada 19 Disember 2021 di rakam dari dalam LRT


 

Wednesday, November 17, 2021

Booster Dose...Suntikan Vaksin COVID-19

  Vaksin COVID-19 diberi bagi mengawal penularan COVID-19 di negara ini.Apabila semakin ramai orang mendapat vaksinasi ,semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan seterusnya mengurangkan kebaragkalian kejadian penyakit COVID-19 yang lebih teruk.Secara tidak langsung kita boleh melindungi golongan berisiko yang tidak layak menerima suntikan vaksin.

Majlis Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang pada 3 Disember 2020 mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Suntikan ini kebiasaannya diberi pada otot bahu kecuali dalam keadaan tertentu.Jenis vaksin yang diberikan bergantung kepada bekalan vaksin semasa.

Pengambilan Vaksin COVID-19 ini juga mungkin akan mengakibatkan  kesan sampingan yang ringan dan kesan sampingan lain yang akan dilaporkan dari semasa ke semasa.

Di simpan di sini sijil digital untuk kenangan....

Jenama vaksin COVID-19 yang akan dibekalkan oleh Kerajaan Malaysia untuk rakyat adalah seperti berikut,setakat ini:

* Pfizer-BioNTech

*Astra Zeneca

*Sinovac


 

Friday, September 24, 2021

STEM ONLINE CHALLENGE 2021


Tahniah...! Nurul Putri Balqis Binti Ahmad Tahir drp;Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana,Puchong,Selangor,telah menyertai dengan jayanya acara Mathematic Online Quiz Competition (Peringkat Daerah)



 

Tuesday, September 14, 2021

SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 IDCC SHAH ALAM

Ibu kepada Akmal Hakim,Farah Diyana dan Putri Balqis telah selesai suntikan vaksin Covid-19 yang ke dua bertarikh 14.09.2021 bertempat di HCO B,IDCC SHAH ALAM,SElANGOR.Suntikan vaksin kali pertama bertempat di PPV  DEWAN MBSJ PUCHONG INDAH,SELANGOR.,bertarikh 24.08.2021
Puan Zaliha Shaari telah selesai divaksin di IDCC

di temani oleh anak sulongnya....

sedang menunggu giliran.....

selesai sudah suntikan vaksin  dan pulang ke Puchong Prima.....

 

Saturday, September 11, 2021

Kenangan budak (SMT)SM Temenggong Kati

Kenangan 10 orang  budak-budak tingkatan 3 SMT Kati,Kuala Kangsar,Perak tahun 1975.Bergambar berlatar belakangkan sekolah.Sebahagian antara mereka telah pun meninggal dunia...Semasa ini mereka berusia 15 tahun dan sekarang sudah usia warga emas....,semoga kesemuanya yang masih tinggal diberkati usia dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat.....

 

Saturday, August 14, 2021

Tokoh Kemerdekaan

Koleksi buku skrap Tokoh Kemerdekaan,Kelab Rukun Negara,Sek.Keb.Puchong Perdana dihasilkan oleh Nurul Putri Balqis Binti Ahmad Tahir ,Tahun 5USM 2021













 

Thursday, July 22, 2021

Farah Diyana Tahir

Farah DiyanaTahir telah divaksin di UM




 

Friday, May 21, 2021

MISI ANGKASA





Model Roket Angkasa Pendidikan Seni Visual Tahun 5   dihasilkan oleh adik Nurul Putri Balqis Binti Ahmad Tahir Tahun 5 USM,SK Puchong Perdana,Puchong,Selangor.

Model ialah objek tiga dimensi serta mempunyai ruang dan isi padu.Model dihasilkan untuk menentukan teknik binaan dan bahan yang bersesuaian mengikut rekaan yang telah dipilih. Binaan model dijadikan rujukan penting sebelum objek sebenar dibina.
 


  PAVILION   Dibina pada tahun 1920, menara ini terletak di Jalan Bendahara, Kuala Kangsar. Menara ini telah dibina berhampiran Kelab Polo Iskandar,.


Saturday, May 8, 2021

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA BULAN RAMADHAN 1442H/2021

Majlis Khatam Al-Quran bertempat di Surau Al-Mawaddah,Taman Puchong Prima,Puchong,Selangor.Di adakan pada masa PKP bertarikh 26 Ramadhan 1442H/8 May 2021 pada hari Sabtu.



Perserta Cik Nurul Farah Diyana Binti Ahmad Tahir di wakili oleh bondanya Puan Zaliha Binti Shaari.








 

Monday, March 15, 2021

Karya Putri Balqis 2021

Hasil karya Nurul Putri Balqis Binti Ahmad Tahir
Tahun 5 USM
SK Puchong Perdana
Puchong,Selangor.


 

Saturday, February 20, 2021

MODEL BURUJ

Aktiviti membuat model buruj 'Minggu Panitia Sains 2021,bagi murid Tahun 5 SK Puchong Perdana,Selangor.


Hasil kerja anak bongsu teman Nurul Putri Balqis Binti Ahmad Tahir,Tahun 5USM,SKPP.

Buruj Biduk
Buruj Biduk terbentuk daripada gugusan tujuh bintang.Buruj ini membentuk corak seperti gayung atau senduk.

Buruj Belantik
Buruj Belantik membentuk corak seperti pemburu yang memakai tali pinggang dan memegang senjata.

Buruj Pari
Buruj Pari merupakan buruj yang paling kecil.Buruj ini terdiri daripada gugusan empat bintang yang membentuk corak seperti layang-layang.

Buruj Skorpio
Buruj Skorpio terdiri daripada gugusan bintang yang membentuk corak seperti kala jengking. 


INFO SAINS
Buruj Biduk merupakan sebahagian daripada buruj Ursa Major atau beruang besar.

 

Friday, February 19, 2021

BUDAK TINGKATAN 4 SMT KATI,KUALA KANGSAR

Cerita bebudak Tingkatan 4A(Sains)  1976, Sekolah Menengah Temenggong,Kati,Kuala Kangsar,Perak.,seronok berendam dalam laut di Pulau Pangkor,Perak.. 
Rombongan sekolah di ketuai oleh Guru Kelas 4A(Sains) AY Cikgu Adnan...yang berendam dari kiri Nazri Aziz,Ahmad Tahir,Azmi Rahim,Sabri(Cher),Zaki dan Abdul Kahar.....dan    bebudak yang lain   perempuan serta sebahagian lelaki takut berendam.....kenangan tahun 1976 ....dalam usia 16 tahun.....

 

Saturday, February 6, 2021

Kereta Pertama Ku...........................

Kereta pertama ku beli semasa bertugas di Jabatan Telekom Malaysia,Kuala Kangsar Perak...awal tahun 1982.......
Nombor cantik AE 9988....kawin 9 dan kawin 8./.....

 

Sunday, January 31, 2021

Koleksi Tarikh Luput


 Koleksi tarikh luput/Guna Sbl.....roti Gardenia dikumpul sejak tahun 2010.....



....sebanyak ini roti Gardenia yang di beli  sempat disimpan klipnya  daripada tarikh GUNA SBL 20 JUN 2010  hingga 04 FEB 2021




Monday, January 18, 2021

SEMPOA.....

"'Sempoa"  tiga beradik jumpa di Pekan Kuala Kangsar.......dibawa balik ke Puchong........"