Nuffnang Ads

Saturday, May 28, 2011

kukur kelapa lama.

N3 teman hari ini hanya sebuah kukur kelapa lama yang semakin di pinggirkan oleh masyarakat masa kini.
kayunya berat dan keras.
Kukuran ialah sejenis alat yang bergerigi digunakan untuk mengukur, mengeruk (mengikis) isi kelapa. Ia merupakan salah satu alat terpenting dalam kehidupan masyarakat Melayu terutamanya di kawasan kampung. Kukuran merupakan alat yang tidak mungkin dapat dipisahkan dengan masyarakat Melayu tradisional kerana sebahagian besar resepi masakan masyarakat Melayu menggunakan santan kelapa. Meskipun penggunaan kukuran semakin dilupakan oleh penduduk kota yang lebih cenderung menggunakan peralatan moden, namun penggunaannya masih lagi diteruskan di kampung-kampung.

No comments:

Post a Comment