Nuffnang Ads

Monday, July 1, 2013

2 lencana besi Parti S46 & UMNO

Lencana besi Parti S46 dan UMNO teman perolehi di Kampar,Perak.pada tarikh 1 Julai 2013 



Parti Melayu Semangat 46

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Parti Melayu Semangat 46 atau Semangat 46 (Singkatan: S46) merupakan sebuah parti politik serpihan UMNO. S46 ditubuhkan pada tahun 1988 selepas kekalahan Tengku Razaleigh Hamzah menentang Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan PresidenUMNO dengan majoriti 43 undi. Selepas itu Tengku Razaleigh mendakwa UMNO dan memenangi kes ini, menyebabkan pendaftaran UMNO dilucutkan.
Selepas ini, Tengku Razaleigh menubuhkan Parti Semangat 46 bersama dengan Dato' Seri Utama Rais Yatim. Maksud "Semangat 46" ialah, meneruskan semangat penubuhan UMNO yang ada pada tahun 1946. Manakala Datuk Seri Dr Mahathir menubuhkan UMNO Baru ketika itu, untuk menggantikan UMNO yang diharamkan sebelum itu.
Tengku Razaleigh mendakwa bahawa parti Semangat 46 ini ialah parti UMNO yang sebenar dan asal, manakala UMNO Baru yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir itu merupakan satu tiruan sahaja.
Parti Melayu Semangat 46 bekerjasama dengan PASBERJASAHAMIM, dan KIMMA untuk menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah demi bertanding dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1990 dan Pilihanraya Umum Malaysia 1995. Namun setakat itu mereka cuma mampu memenangi kuasa pemerintahan negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS di sana, pada tahun 1990. Pada masa yang sama, S46 juga bekerjasama dengan DAPPBS, danPRM untuk menubuhkan Gagasan Rakyat demi bertanding dalam Pilihanraya Umum 1990.
Selepas Semangat 46 dibubarkan pada bulan Mei 1996Tengku Razaleigh Hamzah dan Dato' Seri Utama Rais Yatim menyertai UMNO Baru. Oleh sebab itu, Mahathir Mohamed menyeru PAS supaya mengikut jejak S46 dan menyertai UMNO demi menyatukan semula bangsa Melayu di bawah satu parti.

No comments:

Post a Comment