Nuffnang Ads

Wednesday, June 26, 2013

Tabung tin BSN

Koleksi tabung tin Bank Simpanan Nasional






Sejarah


  Permulaan Bank Simpanan Nasional

Kemunculan Perkhidmatan Bank Simpanan di Malaysia bermula pada akhir abad ke-19. Bank yang pertama, khususnya Bank Simpanan Perak dan Bank Simpanan Selangor, masing-masing dimulakan pada 1888 dan 1893, dan ditadbir oleh Khazanah Negeri masing-masing sehingga diambil alih oleh Jabatan Pos. Pada 1907, Bank Simpanan Perak dan Selangor dibubarkan dan diletakkan di bawah Bank Simpanan Pejabat Pos Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang juga menyediakan perkhidmatan di Negeri Sembilan dan Pahang. Pada masa itu, ia mempunyai 3,320 penyimpan yang memiliki simpanan sekitar RM340,000.

Perkhidmatan Bank Simpanan yang berasingan di bawah Bank Simpanan Pejabat Pos Negeri-Negeri Selat wujud di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura seawal 1902, manakala Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu mempunyai Bank Simpanan Pejabat Pos sendiri pada tahun-tahun sebelum Perang Dunia Kedua.

Semenjak 1949, simpanan di Bank Simpanan Pejabat Pos semakin meningkat. Pada 1949 ia mempunyai 229,652 penyimpan dengan simpanan berjumlah RM47.2 juta. Ketika pelancaran Bank Simpanan Nasional Malaysia pada 1 Disember 1974, ia mempunyai lebih daripada 2.5 juta penyimpan. Aset terkumpulnya melebihi RM537 juta, dan daripada jumlah itu, lebih daripada RM526 juta merupakan sekuriti Kerajaan. Jumlah kredit penyimpan melebihi RM511 juta. Pada akhir 1981, BSN mempunyai lebih 4.3 juta penyimpan dengan nilai aset terkumpul melebihi RM1.2 bilion.

Dengan tertubuhnya Bank Simpanan Nasional, bermula satu babak baru dalam sejarah institusi simpanan awam di negara ini. Akta Bank Simpanan Nasional, 1974 memperuntukkan pemindahan kuasa pengurusan daripada Jabatan Perkhidmatan Pos kepada Lembaga Pengarah yang mengambil alih fungsi dan tanggungjawab mengikut matlamat Akta tersebut.

Kemajuan
Pada tahun pertama operasinya semenjak mengambil alih daripada Bank Simpanan Pejabat Pos pada 1 Disember 1974, Bank Simpanan Nasional menumpukan usaha menstruktur semula dan memperkemas organisasinya serta memudahkan prosedur bagi menyediakan kemudahan dan perkhidmatan lebih baik kepada penyimpan. Bagi mencapai matlamat ini, BSN merancang mengagihkan kuasa pusat pentadbiran dan kawalan aktivitinya dengan menubuhkan pejabat cawangan di bandar besar seluruh negara. Bagi kawasan yang dikira tidak memerlukan pejabat cawangan, pejabat pos dan van pos dengan kemudahan bank simpanan terus digunakan untuk menggembleng simpanan.

Sementara itu, kempen publisiti intensif bagi menggalakkan tabiat menyimpan dan berjimat cermat serta simpanan oleh orang awam dijalankan di seluruh negara. Pegawai promosi wilayah melawat ke sekolah dan pusat niaga bagi mempromosi perkhidmatan yang ditawarkan Bank dan menggalakkan orang ramai menyimpan dengannya. Pada 1975, BSN terus berkhidmat kepada penyimpannya melalui 526 pejabat pos, termasuk 135 unit pos bergerak yang bertindak sebagai ejen Bank. Simpanan bersih dengan BSN meningkat sebanyak 6.2 peratus atau RM32.5 juta pada 1975.

Pada 1976, Bank Simpanan Nasional menambah tiga unit bergerak baharu, meningkatkan jumlahnya kepada lima unit. Unit ini serta 538 pejabat pos yang mempunyai kemudahan bank simpanan, termasuk 147 unit bergerak, membolehkan Bank menyediakan rangkaian lebih luas bagi memberi perkhidmatan kepada penyimpan, terutamanya di pekan kecil dan kawasan luar bandar.

No comments:

Post a Comment