Friday, May 31, 2013

Komik Pi Mai Pi Mai Tang Tu

Koleksi Komik Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Ciptaan:Hatta Azad Khan,Penulis/Pelukis:Imuda ,keluaran Berita Publishing Sdn.Bhd.Kuala Lumpur 1996.



Pi Mai Pi Mai Tang Tu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pi Mai Pi Mai Tang Tu merupakan sebuah sitkom yang pernah disiarkan di TV3. Sitkom ini merupakan idea daripada Hatta Azad Khan yang menceritakan mengenai kehidupan seharian penduduk di Flat Seri Wangi.
Kisah ini juga telah dipentaskan sebagai pementasan muzikal pada tahun 2006[1] serta dijadikan siri komik strip mingguan di dalam akhbar Berita Minggu.

[sunting]Pelakon

Wednesday, May 29, 2013

Produk Carrefour yang di selamatkan...

Krimer Manis salah satu produk Carrefour yang dapat teman selamatkan sebelum ianya di ambil alih oleh AEON BIG(M)Sdn.Bhd.


AEON selesai beli saham operasi Carrefour Malaysia

2012/11/01 - 19:16:23 PM
KUALA LUMPUR: Syarikat peruncitan utama Jepun, AEON Co Ltd, hari ini mengumumkan mengenai penyelesaian pembelian saham operasi Carrefour Malaysia yang membabitkan kira-kira 15.1 bilion yen. 

AEON menandatangani perjanjian pembelian saham untuk mengambil alih 100 peratus saham anak syarikat operasi pasar raya besar Carrefour Malaysia, Magnificient Diagraph Sdn Bhd, dan Carrefour Malaysia Sdn Bhd, yang mempunyai 9.3 peratus hak pengundian dalam Carrefour Malaysia daripada Carrefour S.A dan anak-anak syarikatnya. 
AEON dalam kenyataan berkata, pengambilalihan itu akan dibiayai menerusi tunai sedia ada dalam tangan. 


AEON Malaysia ialah peruncit ketiga terbesar di Malaysia. 

AEON Asia Sdn Bhd, syarikat baharu yang mengawal dan menyokong Syarikat kumpulan di Asean, akan beribu pejabat di Kuala Lumpur, dan memulakan operasi hari ini. 

AEON sudah berada dalam pasaran Malaysia sejak 1984 dan mempunyai 25 kedai barangan umum dan empat pasar raya, menerusi anak syarikatnya AEON Co. (M) Bhd. 
Aeon kini beroperasi di enam negara Asean, termasuk Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam dan Kemboja. 
Menerusi Pelan Pengurusan Jangka Sederhana tiga tahun kumpulan itu mulai tahun fiskal 2011 hingga 2013, AEON melihat "Peralihan ke Pasaran Asia" sebagai usaha penting dalam merealisasikan pertumbuhan di luar pasaran Jepun. 

AEON juga mengumumkan nama korporat Magnificent Diagraph Sdn Bhd, ditukar kepada AEON BIG (M) Sdn Bhd. 

Menerusi pengambilalihan Carrefour Malaysia, AEON menjadi kumpulan peruncit kedua terbesar di Malaysia. 

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif perniagaan Asia, AEON Co Ltd, Nagahisa Oyama berkata jumlah pelaburan yang diperuntukkan untuk peluasan perniagaan di Vietnam, Indonesia dan Kamboja berjumlah 30 bilion yen. 

Oyama berkata, penyelesaian pengambilalihan Carrefour Malaysia bakal memperlihatkan proses penjenamaan semula, dengan pasar raya dikenali sebagai AEON Big. 

"Kami merancang membuka 100 pasar raya di Malaysia menerusi kumpulan Aeon menjelang 2020," katanya pada taklimat media bagi mengumumkan strategi perniagaan AEON di Malaysia. 

Aeon Co (M) Bhd di senarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia. 

Pada 4.20 petang, saham AEON Co. (M) Bhd susut 18 sen kepada RM12.30. - BERNAMA 

Sunday, May 26, 2013

Koleksi Eksklusif Dato'Lee Chong Wei(100 PLUS)

REBUTLAH SEKARANG!..
                                 Koleksi Eksklusif Dato'Lee Chong Wei


Promosi On The Move 100 PLUS...

100 PLUS

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


100plus (kadang-kadang dieja sebagai 100 PLUS atau 100 plus) ialah sejenisminuman sukan isotonik yang dijual di Malaysia dan Singapura. Sejak dari tahun2007, terdapat lima kelainan, iaitu 'Asli' (Original), 'Limau Lemon', 'Limau Tangerin', 'Aqtiv', dan 'Kuasa' (Power).

Jenama minuman ini amat dikenali di kalangan orang Malaysia tetapi tidak begitu dikenali di luar negara. Minuman sukan seperti 100 PLUS dan Gatorade harus tidak dikelirukan dengan minuman-minuman tenaga. Minuman sukan bertujuan untuk menambah lagi elektrolitgula, dan air, serta juga nutrien-nutrien yang lain, dan biasanya bersifat isotonik (mengandungi perkadaran kandungan yang sama dengan kandungan di dalam badan manusia). Sebaliknya, minuman tenaga hanya memberikan gula, dan kafeina.

Wednesday, May 22, 2013

Koleksi kotak kosong Dunhill 10 batang dari Batang Berjuntai.

Pencarian kotak kosong Dunhill 10 batang,teman jumpa di sebuah pekan kecil Batang Berjuntai,Kuala Selangor.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bestari Jaya (dahulunya Batang Berjuntai) adalah sebuah pekan kecil diSelangorMalaysia. Ia terletak di daerah Kuala Selangor.

Sejarah 

Nama lama "Batang Berjuntai"

"Batang Berjuntai" merupakan satu istilah dalam bahasa Melayu. Ia digunakan kerana kawasan itu menmpunyai landasan kereta api antara Batang Berjuntai dengan Batu Arang dan seterusnya pada ke laluan utama Landasan Kereta Api Melayu di Kuang. Laluan antara bandar dan Batu Arang telah dimusnahkan oleh askar Jepun sepanjang Perang Dunia Kedua dan tidak pernah dibina semula.

Nama baru "Bestari Jaya" 

Pada tahun 2007, kerajaan negeri Selangor secara rasminya telah membuat penamaan semula Batang Berjuntai kepada "Bestari Jaya". Antara penukaran adalah bagi menjaga nama tempat tersebut supaya tempat dan masyarakat disana tidak disalah ertikan dengan tanggapan yang tidak senonoh. Selain itu ia sebagai salah satu inisiatif bagi mewujudkan perkampungan ilmu berikutan terbina kampus utama Universiti Selangor (UNISEL) disitu.

Sunday, May 19, 2013

LENCANA SEKOLAH PELEK

Lencana besi sekolah Sungai Pelek begitu unik kerana tetera tulisan "DARJAH MEN KEBANGSAAN"....
                                 bawah gambar sebelah belakang lencana besi....
Lencana besi lama LLN-Lembaga Letrik Negara,.
-kini LLN telah berubah nama kepada TNB-Tenaga Nasional Berhad..

Saturday, May 18, 2013

Mencari"KATI"jumpa di Beranang..

Alat timbangan dacing ini menggunakan sistem imperial untuk sukatan berat dalam Tahil dan Kati...
                                                    1 kg .. .. .. = 1.653466 kati
                                                       1 g .. .. .. = 0.0264554 tahil
SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 13 TAHUN 1977

Penukaran ke Sistem Metrik Bagi Perolehan Semua Barang-Barang


1. Pendahuluan Akta Timbang dan Sukat, 1972 telah pun diwartakan didalam Warta Kerajaan
pada 30hb. Mac, 1972 dan 10 tahun telah diperuntukan untuk menukarkan kesistem metrik.
Ketua Setiausaha Negara di dalam Surat Pekeliling bertarikh 5hb. Januari, 1973 telah
mengarahkan supaya semua Kementerian, Jabatan Persekutuan dan Jabatan Kerajaan Negeri
menggunakan yunit-yunit sistem metrik didalam perkara-perkara timbangan, sukatan dan ukuran.
Sungguh pun sebilangan Kementerian dan Jabatan Kerajaan telah pun mengambil tindakan untuk
menukar kesistem metrik dengan penuhnya tetapi masih ada lagi beberapa Kementerian dan
Jabatan yang belum lagi mengambil apa-apa tindakan untuk menukar atau menggunakan
yunit-yunit metrik didalam semua bidang kerja mereka. Walau pun penukaran ini akan
dilaksanakan sepenuhnya menjelang tahun 1981, tetapi usaha-usaha penukaran kesistem ini
hendaklah dibuat pada masa sekarang supaya ini dapat dilaksanakan dengan licinnya.

Dacing setelah di baik pulih....
Cantik bagaikan baru..........

Friday, May 17, 2013

Legasi jambatan kereta api tertua Utusan Malaysia 16 Mei 2013


Legasi jambatan kereta api tertua

JAMBATAN Victoria di Karai, Kuala Kangsar ini masih tersergam kukuh dan membangkitkan pelbagai nostalgia kepada penduduk daerah tersebut.
KUALA KANGSAR 15 Mei - Sekilas pandang, pekan Karai di sini yang terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar raya Ipoh, hanyalah sebuah pekan kecil di tepi tebing Sungai Perak.
Tidak seperti dua kawasan berhampiran iaitu Sungai Siput dan Padang Rengas yang dilihat lebih pesat berkembang, Karai umpama sebuah pekan mati.
Sedangkan satu ketika dahulu, nama Karai amat terkenal sehingga wujud dalam peta-peta lama negeri Perak berbanding dengan bandar-bandar lain di Malaysia.
Namun, di sebalik keadaannya itu, tersembunyi keistimewaan yang menyebabkan kawasan tersebut tetap menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.
Salah satu tarikan yang terdapat di Karai ialah Jambatan Victoria iaitu jambatan yang mengambil nama Queen Victoria dan merupakan antara binaan terbaik dari segi kejuruteraan satu ketika dahulu.
Menurut seorang penduduk, Ahmad Tahir Abdul Rahman, jambatan kereta api itu disebut juga Jambatan Enggor kerana letaknya di Enggor di sini.
“Semasa zaman kanak-kanak iaitu sekitar tahun 1970-an, di jambatan itulah saya dan kawan-kawan bermain dan berbasikal untuk menyeberangi Sungai Perak ke pekan Karai.
“Dan boleh dikatakan setiap malam juga kami akan menggunakan jambatan ini untuk melepak di kedai kopi mamak sambil makan kundas dan mendengar alunan radiogram dan ada antara kawan-kawan saya yang berjoget lambak. Namun itu dulu, kini jambatan ini semakin dilupakan," luah Ahmad Tahir yang merupakan pengumpul barang-barang antik dan klasik.
Mengikut sejarahnya, kata Ahmad Tahir, jambatan yang merentangi Sungai Perak ini mula dibina pada Disember 1897 tetapi tidak dapat disiapkan tepat pada masanya kerana berlaku banjir besar ketika itu.
Banjir yang melanda menyebabkan air Sungai Perak naik mendadak dan melimpah sehingga ke tebing.
Jurutera yang bertanggungjawab terhadap pembinaan jambatan ini iaitu GW Fryer, Divisional Engineer dan CR Hanso telah mengarahkan agar kerja-kerja pembinaan ditunda.
Hanya pada tahun 1900 jambatan itu siap dibina dan kemudiannya dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Idris Murshidul Azam Shah pada 21 Mac 1900.
Dengan siapnya jambatan ini, maka lengkaplah perjalanan kereta api dari Enggor ke Kuala Kangsar sebelum mula digunakan sepenuhnya bagi perjalanan dari Perai, Pulau Pinang ke Johor Bahru, Johor pada tahun 1910.
“Pembukaan jambatan ini telah membawa banyak faedah kepada perkembangan ekonomi dan membuka laluan bagi pembangunan lebih pesat dan pertumbuhan bandar-bandar timah di Semenanjung Tanah Melayu.
“Semasa serangan tentera Jepun di Perak pada tahun 1941, tentera British telah meletupkan jambatan ini untuk melambatkan kemaraan tentera Jepun," kata Ahmad Tahir.
Sehingga kini, terdapat beberapa kubu asal yang dibina oleh tentera British untuk mengawal jambatan ini.
Bagaimanapun, pada 2002, sebuah jambatan konkrit yang baharu telah dibina bagi menggantikan jambatan yang telah berusia lebih dari 100 tahun itu.
Pembinaan jambatan baharu itu menyebabkan peranan Jambatan Viktoria semakin dipinggirkan.
“Sehinggalah ketika ini jambatan ini hanya digunakan oleh penduduk di seberang Sungai Perak untuk membeli barangan harian di pekan Karai.
“Jambatan ini juga dijadikan lokasi kepada pengamal fotografi untuk mengabadikan seni bina ini di dalam koleksi gambar mereka. Saya rasa sesuatu perlu dilakukan supaya sejarah dan peranan jambatan ini mampu dijadikan satu sejarah negara untuk generasi masa depan," katanya.
Menurut beliau, sutradara terkenal, Mamat Khalid juga pernah memilih Jambatan Victoria sebagai latar pengembaraan filem Zombi Kampung Pisang pada 2007.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20130516/wu_01/Legasi-jambatan-kereta-api-tertua#ixzz2Tc5xCQYp
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tahir pemburu barangan nostalgik Kosmo 12 Mei 2013


RENCANA UTAMA

Tahir pemburu barangan nostalgik

LELAKI ini mula mengumpul barangan antik sejak lebih 30 tahun lalu.


RUANG tamu rumah Ahmad Tahir Abdul Rahman, 53, di Puchong Prima, Selangor bagaikan muzium barangan terpakai. Rumah pangsa tiga bilik tidur itu sarat dengan bermacam-macam barangan lama.
Sebaik sahaja melangkah masuk, lelaki yang mempunyai tiga orang anak ini terus bercerita tentang obsesnya itu.
“Semasa mula-mula berkahwin dahulu, isteri sering merungut kerana rumah ini daripada ruang tamu, dapur hingga bilik tidur, penuh dengan barangan lama.
“Dia bising sebab saya banyak habiskan duit untuk membeli barangan antik berbanding membelikan barang kemas untuknya,” kata Tahir.
Setakat ini, Tahir telah membelanjakan kira-kira RM60,000 untuk hobinya itu.
“Barangan lama ini mudah mengingatkan saya kepada kenangan lalu sekali gus mendorong saya bermuhasabah tentang diri saya sekarang,” jelas pesara kerajaan ini.

BEKAS tiket yang pernah digunakan konduktor bas Red Yellow Omnibus di Perak masih tersimpan elok.


Hobi
Sebagai contoh kata Tahir, lencana sekolah-sekolah di sekitar Perak yang disimpannya akan mengingatkan dia mengenai suasana persekolahan pada zaman dahulu yang berbeza daripada sekarang.
“Hobi ini akan saya teruskan hingga ke akhir hayat,” katanya.
Koleksi barangan antik yang dimiliki Tahir termasuklah set televisyen, radio, kamera, rantai kunci dan lencana yang jarang-jarang diperoleh kini.
“Itu pun ada yang ditinggalkan di rumah saya di kampung kerana tidak cukup ruang di sini,” katanya yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak.
Tahir teruja menceritakan bibit permulaan dia terlibat dengan dunia barangan antik pada 30 tahun lalu.
“Sebenarnya minat itu berputik semasa sekolah menengah. Pada masa itu, saya suka mengumpul lencana, baju sekolah, tanda nama dan topi.
“Minat itu kemudian beralih kepada peralatan elektrik, produk makanan, minuman serta aksesori dapur,” terangnya.
Tetapi Tahir bersyukur hobinya itu membolehkan dia meraih pendapatan sampingan yang agak lumayan menerusi penjualan barangan lama itu secara dalam talian.
KOLEKSI lencana sekolah mengimbau zaman remaja.


Dikejar anjing
“Syukurlah jualan melalui medium online boleh mencecah ratusan malah ribuan ringgit sebulan.
“Setakat ini, barangan termahal yang dijual ialah seterika arang iaitu pada harga RM1,500 tahun lepas,” ujarnya.
Tambahnya, hasil jualannya pernah mencecah ribuan ringgit dalam dalam tempoh kurang seminggu.
Tahir berkata, kebanyakan barangan lama tersebut adalah hasil pemberian keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan.
“Ada juga yang dibeli di pasar-pasar yang menjual barangan antik di sekitar Ipoh, Perak dan Shah Alam, Selangor. Lokasi lain ialah di kedai-kedai menjual barang-barang lama.
“Kebanyakan orang tidak tahu nilai barangan ini malah menganggapnya seperti sampah,” ujarnya.
Tahir tidak dapat melupakan pengalaman dikejar sekawan anjing semasa dia asyik mencari barangan kegilaannya itu di kawasan bekas lombong di Kampar, Perak.
“Mujurlah pada masa itu saya sempat masuk ke sebuah rumah milik seorang lelaki Cina. Dia kemudian bertindak menghalau haiwan itu, kalau tak, tak tahulah apa yang terjadi,” katanya ketawa.
Semasa mencari barangan lama itu juga Tahir dapat bertemu kembali rakan-rakan sekolah yang sudah lama terputus hubungan.
Kenderaan jenis Perodua Viva pula menjadi pengangkutan utama Tahir untuk membawa barangan tersebut. Kalau barangan itu bersaiz besar, van atau lori akan digunakan.
“Kebanyakan barangan itu diletakkan di rumah kampung saya di Kampung Kati, Kuala Kangsar.
“Walaupun rumah itu tiada penghuni, saya akan pulang sebulan sekali untuk membersihkannya,” jelasnya.


Zippo Genuine Flints

 Koleksi Batu Api Pemetik Api Zippo.


Zippo Manufacturing Company
Bradford,PA 16701
Made in USA.

Saturday, May 11, 2013

jam alarm milo fuze

Koleksi jam alarm milo fuze ini teman jumpa di 

Barter Corner No. 8-1A, Jalan Bandar 2, Pusat Bandar Puchong,, Puchong Selangor





Milo (minuman)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Milo ialah jenama untuk sejenis minuman susu yang ditambahkan dengan coklat danmalt. Dikeluarkan oleh syarikat Nestlé, minuman ini berasal dari Australia tetapi kini dikilangkan di berbagai-bagai negara, termasuk SingapuraFilipinaNew ZealandIndia,VietnamAfrika SelatanJamaicaJepunChileThailandMalaysiaIndonesiaNigeria,KenyaSyria, dan Ghana.
Minuman Milo dinamai sempena nama Milo dari Croton, ahli olahraga Yunani yang terkenal kerana kekuatan legendanya.

Milo dicipta pada tahun 1934 selepas amat banyak penyelidikan oleh Thomas Mayne[1] Pada asalnya, ia dikeluarkan dari sebuah kilang yang terletak di Smithtown, berhampiran denganKempseyNew South WalesAustralia.
Pada tahun 2004, Nestlé meraikan hari ulang tahunnya yang ke-70.

Tuesday, May 7, 2013

Keputusan Kerusi Terhangat PRU13!

Keputusan Kerusi Terhangat! PRU13 tarikh Ahad,5.5.2013..Harian Metro 7.5.2013





Pilihan raya umum Malaysia ke-13 (PRU-13) telah diadakan pada 5 Mei 2013 setelah parlimen dibubarkan pada 3 April. Tempoh penggal parlimen mengikutPerlembagaan Malaysia ialah lima tahun sejak mula bersidang, iaitu sehingga 28 April 2013. Namun parlimen hanya akan terbubar secara automatik pada 30 April kerana 28 April ialah hari Ahad.[1] Yang di-Pertuan Agong bagaimanapun boleh membubarkan parlimen lebih awal dengan nasihat Perdana Menteri. Bagi pilihan raya serentak seluruh negara (parlimen dan DUN), pilihan raya perlu diadakan selewat-lewatnya 28 Mei.[2] Pilihan raya umum Malaysiamenggunakan sistem undian pemenang undi terbanyak. Pilihan raya akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Walaupun daripada segi teori mana-mana negeri boleh membubarkan Dewan Undangan Negerinyasecara berasingan daripada Parlimen, secara tradisinya DUN dibubarkan sekali dengan Parlimen, kecuali Sarawak.[3]
Pada 3 April 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran parlimen menerusi ucapan khas yang disiarkan secara langsung di televisyen kira-kira pukul 11.30 pagi.[4] Beliau juga memberi jaminan sebarang perubahan kuasa sama ada di peringkat persekutuan atau negeri akan berjalan dengan aman.[5]
Pada 10 April 2013, SPR mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon ialah 20 April dan pilihan raya pada 5 Mei, hari Ahad.[6]
Pada awal pagi 6 Mei, Barisan Nasional secara muktamad diumumkan kekal berkuasa, dengan majoriti yang berkurang. Bagaimanapun, ia berjaya merampas kembali negeri Kedah daripada Pakatan Rakyat.


Saturday, May 4, 2013

Koleksi kotak sarung luar roti Gardenia.


 Cantik kotak sarung luar roti Gardenia..............
Sepintas lalu sejarah Gardenia


Pada tahun 1969, Horatio Sye Slocum, seorang warga America, telah dihantar oleh ‘International Executive Service Corp’ (IESC) ke Malaysia Timur untuk membuka kilang membuat roti. Mr. Slocum membawa bersamanya 35 tahun pengalaman yang diperolehi dari salah satu rangkaian kilang pengeluaran roti yang terbesar di Amerika. Maka lahirlah Gardenia.
Roti pertama Gardenia Bakeries (KL) Sdn.Bhd. telah diuli buat pertama kali dikilang pengeluarannya pada tahun 1986. Hanya di dalam masa 4 tahun sahaja ianya berjaya menerajui pasaran roti, satu pencapaian yang amat mengkagumkan dengan kadar 99 % ’brand recall ’ dan 80 % ’top-of-mind recall’.
Tahun demi tahun dan langkah demi langkah, Gardenia berjaya berkembang dan mengeluarkan pelbagai citarasa produk. Dengan kekuatan jenamanya, Gardenia kini telah menghasilkan rangkaian produk untuk memenuhi permintaan orang ramai.