Wednesday, May 29, 2013

Produk Carrefour yang di selamatkan...

Krimer Manis salah satu produk Carrefour yang dapat teman selamatkan sebelum ianya di ambil alih oleh AEON BIG(M)Sdn.Bhd.


AEON selesai beli saham operasi Carrefour Malaysia

2012/11/01 - 19:16:23 PM
KUALA LUMPUR: Syarikat peruncitan utama Jepun, AEON Co Ltd, hari ini mengumumkan mengenai penyelesaian pembelian saham operasi Carrefour Malaysia yang membabitkan kira-kira 15.1 bilion yen. 

AEON menandatangani perjanjian pembelian saham untuk mengambil alih 100 peratus saham anak syarikat operasi pasar raya besar Carrefour Malaysia, Magnificient Diagraph Sdn Bhd, dan Carrefour Malaysia Sdn Bhd, yang mempunyai 9.3 peratus hak pengundian dalam Carrefour Malaysia daripada Carrefour S.A dan anak-anak syarikatnya. 
AEON dalam kenyataan berkata, pengambilalihan itu akan dibiayai menerusi tunai sedia ada dalam tangan. 


AEON Malaysia ialah peruncit ketiga terbesar di Malaysia. 

AEON Asia Sdn Bhd, syarikat baharu yang mengawal dan menyokong Syarikat kumpulan di Asean, akan beribu pejabat di Kuala Lumpur, dan memulakan operasi hari ini. 

AEON sudah berada dalam pasaran Malaysia sejak 1984 dan mempunyai 25 kedai barangan umum dan empat pasar raya, menerusi anak syarikatnya AEON Co. (M) Bhd. 
Aeon kini beroperasi di enam negara Asean, termasuk Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam dan Kemboja. 
Menerusi Pelan Pengurusan Jangka Sederhana tiga tahun kumpulan itu mulai tahun fiskal 2011 hingga 2013, AEON melihat "Peralihan ke Pasaran Asia" sebagai usaha penting dalam merealisasikan pertumbuhan di luar pasaran Jepun. 

AEON juga mengumumkan nama korporat Magnificent Diagraph Sdn Bhd, ditukar kepada AEON BIG (M) Sdn Bhd. 

Menerusi pengambilalihan Carrefour Malaysia, AEON menjadi kumpulan peruncit kedua terbesar di Malaysia. 

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif perniagaan Asia, AEON Co Ltd, Nagahisa Oyama berkata jumlah pelaburan yang diperuntukkan untuk peluasan perniagaan di Vietnam, Indonesia dan Kamboja berjumlah 30 bilion yen. 

Oyama berkata, penyelesaian pengambilalihan Carrefour Malaysia bakal memperlihatkan proses penjenamaan semula, dengan pasar raya dikenali sebagai AEON Big. 

"Kami merancang membuka 100 pasar raya di Malaysia menerusi kumpulan Aeon menjelang 2020," katanya pada taklimat media bagi mengumumkan strategi perniagaan AEON di Malaysia. 

Aeon Co (M) Bhd di senarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia. 

Pada 4.20 petang, saham AEON Co. (M) Bhd susut 18 sen kepada RM12.30. - BERNAMA 

1 comment:

  1. Salam alaik, Tuan.

    Tuan ada menyimpan/menjual koleksi lama bola sepak tempatan seperti majalah atau jersi? Terima kasih.

    ReplyDelete