Nuffnang Ads

Thursday, February 16, 2012

Labu sayong

Koleksi labu sayong teman perolehi ketika berkunjung ke bandar Kuala Kangsar sekitar tahun 1998.

Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labu berwarna hitam yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam Mukim Sayong, iaitu sebuah desa yang terletak 1 kilometer dari Kuala Kangsar, Negeri Perak. Dari kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung tersebut.

Lanjutan daripada ini, perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di kalangan waris asal pembuat tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar.

Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti. Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjung, padi,senduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung

1 comment:

  1. bmmg oldskool betul blog ni.Terkenang semasa dulu.Boleh la saya tunjuk kat anak2 melalui blog encik ahmad ni.

    ReplyDelete