Nuffnang Ads

Thursday, January 5, 2012

XVI Commonwealth Games Kuala Lumpur 98...

Sukan Komanwel XVI 1998 teman merupakan salah seorang sukarelawan pada temasya tersebut dan menerima pelbagai cenderahati tetapi yang masih tersimpan sehingga kini cuma sehelai baju ini sahaja,....



Sukan Komanwel XVI 1998 merupakan Sukan Komanwel telah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia dari 11 hingga 21 September 1998 yang merupakan tuan rumah negara Asia yang pertama dan Sukan Komanwel terakhir untuk abad ke-20. Satu rekod 70 negara (34 daripanya memperoleh pingat) membekalkan 3638 atlet.


Logo Sukan Komanwel ke-16 ini diinspirasikan daripada bunga kebangsaan Malaysia, bunga raya. Ini adalah pertama kali warna kuning digunakan dalam lambang logo. Sebelum ini hanya warna biru dan merah digunakan sebagai lambang bendera Union Jack.

Maskot rasmi bagi Sukan Komanwel di Kuala Lumpur ialah Wira, seekor Orang Utan. Maskot ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohammad pada 13 April 1994.

1 comment:

  1. Sy ade topi kalau berkenan nak buat koleksi.. Wasap sy 01111414233

    ReplyDelete