Paparan kali ini cuma beberapa buah lancana yang pernah teman semat di sebelah atas poket baju pada satu ketika dahulu bagi mengimbau kenangan lama....

Tanda nama Pegawai Teknik KOAM dipakai semasa bertugas di kejohanan olahraga yang melibatkan KOAM.Teman merupakan Pegawai Teknik KOAM seumor hidup....

Lencana Pengadil Sepaktakraw Negeri Perak ini dipakai semasa teman aktif dalam Persatuan Sepaktakraw di Negeri Perak sekitar tahun 1980-an hingga 1990-an.

Lencana ini dipakai ketika teman menjadi Pengadil Kejohanan Sepaktakraw,Hari Bandaraya Ipoh,pada 28-29 Mei 1988.

Lencana ini dipakai ketika teman menjadi Pegawai Sukan Tahunan kali 1,SK.Temong,Kuala Kangsar,Perak,sekitar tahun 1980-an.

Kenangan memakai lencana besi ini semasa menjadi Perwakilan Mesyuarat Agong ke 23,MAYC Perak dalam tahun 1981 di Ipoh.

semuanya menjadi nostalgia ,dulu belia sekarang dah tua...
tua bukan sebarang tua,
ReplyDeletetua collector banyak khazanahnya.
betul tak bro...