Nuffnang Ads

Wednesday, September 1, 2010

Koperasi Pertama Ditubuhkan Di Malaysia Tahun 1922



Sejarah Koperasi Telekom Malaysia Berhad (Kota Mas)
Sejarah Penubuhan Koperasi Telekom Malaysia Berhad (Kota Mas)
Ideologi Koperasi mula bertapak di Negeri-negeri Tanah Melayu semenjak tahun 1907. Sir Arthur Young adalah orang pertama yang membuat percubaan untuk memperkenalkan ideologi Koperasi di kalangan penduduk Negeri-negeri Tanah Melayu dahulu hasil daripada kajian pergerakan ini di Cyprus. Walaupun beliau gagal dalam percubaan ini, beliau tidak berputus asa dan apabila beliau dilantik sebagai Chief Secretary di Negeri-negeri Tanah Melayu Bersekutu pada tahun 1911, beliau menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas untuk membuat kajian lanjut dalam perkara tersebut.
Sungguhpun perakuan-perakuan Jawatankuasa berkenaan tidak mendapat maklumbalas yang baik daripada masyarakat pada waktu itu, namun Sir George Maxwell selaku Chief Secretary bersama Sir Arthur Young telah menghantar Mr.C.Cavendish dari The Malayan Civil Service ke negara Burma pada 14hb. April, 1921 untuk mengkaji kejayaan pergerakan koperasi di negara tersebut. Sekembalinya dari Burma, beliau telah membuat beberapa perakuan. Perakuan tersebut telah menghasilkan kelulusan suatu undang-undang baru yang dikenali sebagai The Co-operative Societies Enactment, 1922.
Koperasi Jimat Cermat dan Pinjaman Telekom Malaysia Berhad atau ringkasnya Kota Mas Berhad ditubuhkan pada 21hb. Julai, 1922 dan diasaskan oleh 175 anggota dengan modal sebanyak RM987.00. Nombor pendaftaran Koperasi ialah 1/1922 (Koperasi yang pertama ditubuhkan). Justeru itu, Kota Mas bukan sahaja berdiri teguh sebagai sebuah koperasi pelopor dalam gerakan koperasi di negara ini bahkan telah menjadi perintis terhadap pembangunan koperasi di negara ini. Presiden koperasi yang pertama ialah Mr.T.A.Melville.
Nama Koperasi ini pada mulanya ialah The Federated Malay States Posts and Telegraphs Co-operative Thrift & Loan Society, Limited. Nama tersebut teleh diubah beberapa kali seperti berikut:
The Postal and Telecommunications Co-operative Thrift and Loan Society, West Malaysia Limited, mulai 15.12.1979.
Koperasi Telekom Malaysia Berhad atau Kota Mas Berhad mulai 24hb. Okt. 1986.
Koperasi Jimat Cermat dan Pinjaman Telekom Malaysia Berhad mulai 12hb. Jan. 1995.
Koperasi Telekom Malaysia Berhad mulai 20hb. Mei, 1998.

2 comments:

  1. salam...seronok mengimbau kembali koleksi lampau...saya pun macam2 koleksi ade...tapi yang lama2 ni banyak dah arwah ! TK follow AGK,tapi bila saya nak follow sini - tak boleh ! tak tahu macamana nak buat dah...


    selamat hari raya

    ReplyDelete
  2. Sertai Rakan Koperasi 1kubsb ...dapatkan diskaun, baucar dan rebat tunai untuk koperasi tuan/puan. Cepat, tawaran TERHAD!

    ReplyDelete