Koleksi sekotak berukuran 44cm x 28cm x 28cm ,Kad Undangan Perkahwinan sejak tahun 1989..
Nuffnang Ads
Tuesday, December 16, 2014
Friday, December 5, 2014
Koleksi barangan Nescafe
Koleksi tin Nescafe Classic berukuran 12cm x 11.5cm x 8.5cm cantik dan menarik,............
Andai kata ada yang berminat,sila hubungi telefon bernombor 013-3626722.........
Saturday, November 1, 2014
Lima Kupang 1967.68 & 1969 Parlimen
Mengasingkan Duit Syiling lima kupang Parlimen tahun 1967,68 dan 1969 daripada tabung,.....
Senarai Tahun Keluaran & Mintage Duit 50 sen Parlimen:
1967 -15,000,000 pcs
1968 -12,000,000 pcs
1969 -2,000,000 pcs
1971 -8,403,563 pcs
1973 -50,134,655 pcs
1977 -17,719,888 pcs
1978 -11,033,439 pcs
1979 -5,361,146 pcs
1979 -Extra dot
1980 -15,911,367 pcs
1981 -22,969,297 pcs
1982 -20,584,998 pcs
1983 -11,560,300 pcs
1984 -10,193,478 pcs
1985 -7,115,162 pcs
1986 -8,193,478 pcs
1987 -7,696,117 pcs
1988 -26,788,183 pcs
1988 -Extra dot on Parliament house
Tahun tiada keluaran:
1970, 1972, 1974, 1975 & 1976
Sunday, October 19, 2014
SUKMA 2008 TERENGGANU
Koleksi rantai kunci SUKMA XII Terengganu 2008,..
Sukan Malaysia 2008 atau ringkasnya SUKMA XII Terengganu 2008 adalah sebuah temasya sukan nasional yang diadakan di Terengganu, Malaysia. Kejohanan ke-12 ini berlangsung dari 31 Mei hingga 9 Jun 2008 dan dimenangi oeh tuan rumah Terengganu.
Reka bentuk logo yang dihasilkan adalah berbentuk huruf "T" iaitu huruf pertama bagi ejaan Terengganu dan menjadi teras utama penghasilan logo yang membawa maksud Terengganu.
Reka bentuk huruf "T" itu sendiri juga memperlihatkan strok figura dalam keadaan spontan dan menunjukkan ciri-ciri kecergasan, ketangkasan, serta semangat.
Keseluruhan reka bentuk ini juga berbentuk seperti sauh yang dikaitkan dengan sauh "perahu besar" yang pada suatu masa dahulu memang terkenal di negeri Terengganu. Sejarah telah membuktikan bahawa ramai anak-anak Terengganu yang hebat telah berjaya menakluki negara luar melalui pelayaran.
Empat warna diterapkan dalam penghasilan logo iaitu hitam, bagi menyerlahkan imej Terengganu selaku tuan rumah SUKMA XII 2008. Merah pula menunjukkan semangat juang yang tinggi yang sentiasa membara pada atlet-atlet dalam mengejar kemenangan. Biru mencerminkan nilai perpaduan serta juga melambangkan laut yang kaya dengan hasil minyak, perikanan dan sumber tarikan negeri Terengganu melalui perlancongan yang berasaskan laut yang melibatkan banyak pulau-pulau yang indah. Manakala kuning pula membayangkan kesungguhan dan keikhlasan setiap yang terlibat dalam menjayakan SUKMA XII dan kuning juga melambangkan negeri Terengganu yang berdaulat, beraja dan berpelembagaan.
Maskot yang dipilih bagi SUKMA XII - Terengganu Darul Iman 2008 adalah spesis Ocellaris Clownfish (Amphiprion Ocellaris) atau False Percula Clownfish, False Clown Anemonefish, dan Anemone Demoiselle. Spesies marin ini banyak terdapat di perairan kepulauan indo-pasifik termasuk di perairan kepulauan di Terengganu. Ia juga merupakan antara daya tarikan peminat-peminat hidupan laut terutamanya di Pulau Perhentian.
Spesis Ocellaris Clownfish ini berwatakan agak lincah, bertenaga dan agresif dan ia amat bersesuaian dengan sukan yang memerlukan atlet yang bersemangat sedemikian.
Bendera Terengganu dikibar bagi menterjemahkan semangat yang membara serta peranan Terengganu sebagai tuan rumah SUKMA XII.
Secara keseluruhan, imej-imej maskot dan logo bagi setiap sukan yang dipaparkan dapat mencerminkan aktiviti sukan yang digayakan. Elemen kemeriahan atau keseronokan SUKMA XII juga jelas digambarkan pada wajah maskot yang sentiasa tersenyum.
Si Diman menjadi nama timangan bagi maskot SUKMA XII Terengganu 2008. Si Diman merujuk kepada "bisexual mascot" iaitu boleh merujuk kepada maskot jantan atau maskot betina.
Diman adalah nama singkatan Darul Iman yang memberi pengertian yang sinonim dengan Negeri Terengganu Darul Iman. Singkatan perkataan yang mempunyai dua suku kata akan mudah disebut dan mudah diingat.
Perkataan dasar "iman" yang menjadi pegangan umat Islam dan juga melambangkan Islam yang menjadi agama rasmi negeri Terengganu. Diman juga berdasarkan mitos pahlawan terhebat di negeri Terengganu pada masa dahulu.
Friday, October 17, 2014
Cawan Kopitiam Royal Classic Porcelain
Cawan Kopitiam ROYAL CLASSIC
1/2 Dozen Masih Berseri-seri... .dan sekiranya ada yang berminat sila hubungi 013-3626722
Tuesday, October 14, 2014
Koleksi Mainan Tikam-tikam
* Sekiranya ada yang berminat dengan koleksi ini,sila hubungi tel:013-3626722*
Saturday, September 20, 2014
Jam Gantung MILO
Jam gantung MILO teman jumpa dan dapat diangkut,ketika merayau-rayau sekitar kawasan Puchong,pada petang Sabtu 20/09/2014...
Milo ialah jenama untuk sejenis minuman susu yang ditambahkan dengancoklat dan malt. Dikeluarkan oleh syarikat Nestlé, minuman ini berasal dariAustralia tetapi kini dikilangkan di berbagai-bagai negara, termasuk Singapura,Filipina, New Zealand, India, Vietnam, Afrika Selatan, Jamaica, Jepun, Chile,Thailand, Malaysia, Indonesia, Nigeria, Kenya, Syria, dan Ghana.
Minuman Milo dinamai sempena nama Milo dari Croton, ahli olahraga Yunaniyang terkenal kerana kekuatan legendanya
Subscribe to:
Posts (Atom)


