Nuffnang Ads

Saturday, November 16, 2013

Irama Ilham P.Ramlee..

Koleksi kaset Irama Ilham P.Ramlee Isketambola,teman jumpa di Pasar Seni,KL..



 ARKIB : 09/11/1998

Isketambola meminati P. Ramlee

Nama P. Ramlee terus hidup dalam kenangan peminat-peminatnya. Meskipun telah kembali ke rahmatullah 25 tahun lalu tetapi lagu-lagu dan filem lakonannya terus diterima oleh peminat.
Malah peminat juga tidak jemu-jemu memberi sokongan kepada mereka yang tampil dengan imej dan suara yang mirip seniman itu.
Minat dan rasa kagum terhadap kebolehan P. Ramlee telah membawa kepada penubuhan kumpulan Isketambola. Kumpulan ini dianggotai oleh lima artis yang terdiri daripada Musly, S. Azli, Rahim Dalmiah, Nazri Phangyaou dan Hamidah.
Mereka menghargai seniman itu dan menghidupkan kembali zaman kegemilangannya dengan mengadakan semula persembahan 'ala P. Ramlee'.
Kumpulan ini telah mengikat kontrak sebagai artis syarikat Munofazah Enterprise yang dimilik oleh bekas Ketua Pengarah Arkib Negara, Datuk Zakiah Hanum.
Menurut Musly, kumpulan ini ditubuhkan pada Julai tahun atas inisiatif Zakiah yang begitu menghargai karya seni P. Ramlee.
''Beliau mencadangkan kepada kami supaya menubuhkan sebuah kumpulan. Daripada situ kami bergerak dan mengadakan persembahan untuk mengembalikan kegemilangan P. Ramlee, '' jelasnya.
Isketambola menerima undangan untuk mengadakan persembahan di seluruh negara. Persembahan mereka lebih berkonsep sketsa yang dipetik daripada babak-babak tertentu melalui filem-filem popular P. Ramlee seperti Labi Labi, Ibu Mertuaku, Penarik Beca dan Do Re Mi.
Bagi menyesuaikan dengan keadaaan semasa, dialog-dialog yang terdapat di dalam sketsa itu diubah secara spontan oleh anggota kumpulan ini.
Persembahan itu juga diselangseli dengan nyanyian lagu-lagu popular P. Ramlee seperti Bunyi Gitar, Jangan Tinggal daku, Getaran Jiwa dan Taman Firdausi.
Anggota kumpulan ini dianggap sebagai mempunyai ciri-ciri yang sama dengan kebolehan seniman agung itu seperti boleh menyanyi, berlakon dan berlawak.
Malah melihat gaya percakapan dan perawakan Musly sendiri ada mirip P. Ramlee pada zaman mudanya.
Bagimanapun Musly dan rakan-rakannya yang lain tidak senang jika mereka dianggap sebagai jelmaan P. Ramlee.
''Tugas kami hanya untuk menghiburkan peminat melalui lagu-lagu P. Ramlee. Kami hanya meminjam gayanya untuk dipersembahkan kepada khalayak yang merinduinya.
''Kami tidak mahu dianggap P. Ramlee kedua atau ketiga. Kami juga bukan jelmaan P. Ramlee. Kami adalah insan seni yang mahu mengembalikan semula kegemilangan seniman yang menjadi kebangaan semua,'' jelasnya berkali-kali.
Sebagai menghargai peminat seniman itu juga, Isketambola telah merakamkan sebuah album sketsa yang akan dipasarkan tidak lama lagi.
Album ini berjudul Irama Ilham P. Ramlee Isketambola. Antara lagu yang terdapat di dalam album ini ialah Kisah Rumahtangga, Saat Yang Bahagia, Rukun Islam, Hancur Badan Dikandung Tanah dan Assalamualaikum.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=1109&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=et_02.htm#ixzz2krWAHCcj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, October 30, 2013

Koleksi dari Kota Bharu...

Terjumpa koleksi ketika hadir ke Majlis Konvokesyen Ke-3 UMK 26-27 Oktober 2013 / 21-22 Zulhijjah 1434H di Kota Bharu,Kelantan.














Sunday, October 20, 2013

Edisi terhad Coca-Cola

Lengkap sudah  3 set edisi terhad Coca-Cola..










Saturday, October 19, 2013

Koleksi Hari Tashriq 1434..

Koleksi yang teman dapat pada hari tashriq 1434,di sekitar kawasan  Puchong......
Lesen Perniagaan Am..(Majlis Daerah Petaling sebelum MPSJ).
Jam Orient keluaran tahun 1978
Telephone JT
2 pasang kasut Bata lama..
Kasut 5 Kambing..(Five Goats)
Gloss Paint Cap Bunga Raya,Isian Bersih 250ml...


Friday, September 13, 2013

Kad Pesara Kerajaan Malaysia

Teman sudah lama besara dengan kerajaan Malaysia rupanya ....
Bank Pembayar : 02 - Maybank Berhad
Skim : B
Tarikh Bersara : 01/01/1987
Kad Pesara Kerajaan Malaysia dikeluarkan di bawahSeksyen 23, Peraturan-peraturan Pencen 1980 bagi pesara/penerima pencen Perkhidmatan Awam atau Seksyen 20, Peraturan-peraturan Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan bagi pesara/penerima pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan.
Kad Pesara merupakan Pengenalan Diri bagi membolehkan pesara memperolehi kemudahan perubatan di Klinik/Hospital Kerajaan. Kemudahan Kad Pesara ini layak dinikmati oleh pesara/penerima pencen, juga kepada isteri/suami penerima pencen dan anak yang berumur bawah 21 tahun (yang belum berkahwin). Bagi anak cacat akal atau jasmani kekal yang tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, tiada had umur dikenakan.

Mereka yang menyalahguna Kad Pesara boleh didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 24 Peraturan-peraturan Pencen 1980 atau Seksyen 21 Peraturan-peraturan Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan.

Jika terdapat sebarang kerosakan atau kesilapan butiran di dalam kad pesara, sila hubungi 03-88854786 atau alamatkan permohonan ke Unit Kecil Kad Pesara, Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam untuk penggantian kad baru.
Kad Pesara ini hendaklah diserahkan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam apabila pemiliknya hilang kelayakan menerima pencen.

Sunday, September 1, 2013

Pencarian yang dapat di-hari merdeka ke 56

Koleksi air minuman soda F&N 4 botol...


Fraser and Neave
TypePublic
Traded asSGX: F99
IndustryConglomerate
Founded1883 (as Singapore and Straits Aerated Water Company)
Founder(s)John Fraser
David Chalmers Neave
HeadquartersSingapore
Area servedWorldwide
Key peopleCharoen Sirivadhanabhakdi, Chairman
ProductsFood and Beverage, Brewing, Property,Publishing
RevenueIncrease $5,697 million USD (March 2011)[1]
ProfitIncrease $584 million USD (March 2011)[1]
Total assets$14 billion[2]
Employees>17,000[2]
SubsidiariesFraser & Neave Holdings Bhd,
Frasers Centrepoint Group,
Times Publishing Group
Websitewww.fraserandneave.com

 Koleksi 2 karton rokok 555 Made in South Africa under Authority of Ardath Tobacco Co.Ltd,
*Sekiranya ada yang berminat dengan koleksi rokok 555 atau Air F&N 400ml boleh hubungi 0133626722...*