Nuffnang Ads

Monday, July 5, 2010

sebahagian duit syiling.....dahulu/lama dlm simpanan.




syling malaysia 1990 keluaran khas & terhad,..teman dapat dari bank negara cawangan ipoh,bank negara ini pun telah tidak wujud lagi di ipoh dan bangunan bank ini telah diambil alih oleh BSN


syling 50 sen malaysia keluaran tahun 1967(syling terbelah)



one rupee mauritius-1990


20 cent indochine francaise - 1941


syling australia 1974

syling lama singapore 10,20 & 50 cents

two dollars hong kong-1975


$1 malaysia tahun hijrah 1401

syiling ini keluaran tahun 1945(tidak tahu nilainya & dari negara mana)



one cent straits settlements 1887 queen victoria



syling $1,seratus tahun getah asli malaysia 1877-1977


1 PISO,REPUBLIKA NG PILIPINAS 1972


SYLING $1,DYMM SPB TUANKU ISMAIL NASIRUDDIN SHAH TAHUN KELUARAN 1969


SYLING SATU RINGGIT,NINTH SOUTHEAST ASIA GAMES,KUALA LUMPUR -1977



SYLING 1 RINGGIT ULANG TAHUN KE 25 KWSP MALAYSIA 1976

syling $1 rancangan malaysia ke 5 1986-1990



syling satu ringgit,rancangan malaysia ke3 tun abdul razak tahun keluaran 1980


$1,PATA 1986 MALAYSIA

1 ringgit malaysia keluaran tahun 1971


1 ringgit rancangan malaysia ke4,tun hussen onn(keluaran 1985)


1 ringgit 25 tahun merdeka,.tunku abdul rahman putra(keluaran 1982)


syling 1 cent malaya and british borneo 1962



syling 5 ringgit sukan asia tengara ke XV 1989 kuala lumpur


syling $1,30 tahun merdeka



syling lama $1 tahun 1991,.malaysia


syling 1 cents tahun 1920


duit syling 20 cents,malaya & british borneo tahun 1954 Queen Elizabeth the second,..

duit syling 20 cents,tahun 1948 malaya




syling 10 cents 1953 & 1958 malaya & british borneo ,Queen Elizabeth the second,..


syling 10 cents 1948 & 1950 commissioners of currency malaya,King George the sixth

TOK TEMONG (KERAMAT TOK TEMONG)

100 tahun Sekolah Kebangsaan Temong,Enggor,33600 Perak-(1906 - 2006)
DYMM SULTAN PERAK,Sultan Azlan Shah..di makam tok temong..


batu nisan makam tok temong..







TOK TEMONG (KERAMAT TOK TEMONG)
Mengikut buku sejarah 'Hulu Perak Dalam Sejarah' dan 'Sejarah Perak', tiada beberapa lama selepas Tun Saban meninggalkan Kampar (Sumatra) untuk kembali ke Tanah Melayu, beliau telah berhijrah ke Beredong Budi di Hulu Petani, kemudian berpindah pula ke Belum di Hulu Perak di mana beliau telah membuka sebuah kampung bernama Relap Reli. Tun Saban menjadi ketua di Belum dan seterusnya mangangkat seorang daripada adik perempuan beliau yang bernama Tun Perabu menjadi Ketua di tempat bernama Temong dan beliau dikenali dengan gelaran Tok Temong.
Ketika Tun Saban sampai di Perak, negeri ini belum beraja lagi. Kebanyakan penduduk-penduduknya terdiri daripada pedagang-pedagang dari Melaka, Selangor, Siak, Kampar dan Jambi. Di antara penduduk-penduduk ini ada seorang perempuan bernama Tok Masuka yang berasal dari Daik yang memelihara seorang bangsa Temusai bernama Nakhoda Kassim. Apabila Tok Masuka kembali ke rahmatullah, beliau berwasiat dan meminta tempat beliau digantikan dengan seorang Raja yang barasal dari anak cucu Sang Sapurba supaya zuriat Raja-raja yang turun dari Bukit Si-Gantung tiada terputus di Tanah Melayu. Tun Saban dan Nakhoda Kassim pun berangkat ke Kampar mengadap Sultan Mahmud Shah memohon supaya seorang putera Baginda menjadi Sultan Perak.
Sultan Mahmud Shah telah meminta puteranya yang bernama Raja Mudzaffar menjadi Sultan Perak dan pada tahun 1528. Baginda telah ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama. Semasa pertabalan, Tok Temong telah membawa persembahan sejenis tangkal azimat bernama MASTIKA EMBUN. MASTIKA EMBUN ini telah dijadikan salah satu Alat Kebesaran di-Raja Perak dan diguna dalam Istiadat Pertabalan di-Raja Perak.
Tok Temong telah datang menghadiri Istiadat Pertabalan Sultan Mudzaffar Shah dengan Tun Saban. Sebagai membalas persembahan Tok Temong, Sultan telah mengurniakan sebuah Puan bujur (bekas sireh) kepada Tok Temong, tetapi telah dikembalikan oleh Tok Temong. Tok Temong hanya berkehendakkan satu ikrar (janji) daripada Sultan, iaitu Baginda serta anak cucu Baginda hendaklah memerintah di sebelah kanan mudik Sungai Perak dan Tok Temong serta anak cucu beliau memerintah di sebelah kiri mundik Sungai Perak.
Dari itu didapati kota-kota Istana dan makam Sultan-sultan Perak di zaman dahulu terletak di sebelah kanan mudik Sungai Perak sehingga pemerintahan Almarhum Sultan Idris Murshidul 'adzam Shah yang mula-mula membuat kota Istana dan makan di sebelah kiri mudik Sungai Perak.
Tok Temong telah meninggal dunia di Kampung Temong dan dimakamkan di Temong. Makamnya digelar Keramat Tok Temong dan diziarahi oleh tiap-tiap Sultan Perak selepas Baginda ditabalkan.
Makamnya terletak di kampung Temong Ulu, Mukim Chegar Galah di daerah Kuala Kangsar, iaitu kira-kira 11 km ke utara, di antara Jalan Kota Lama ke Kati, berhampiran Jambatan Iskandar.




Saturday, July 3, 2010

koleksi teks ucapan,lesen2 & sijil2 lama yang sudah tak wujud lagi..

kad k/tangan lama syarikat telekom malaysia bhd,mula2 di swasta pada tahun 1987...kad ini sudah tiada keluar lagi,..disimpan untuk kenangan dan tatapan semua.'logo'nyapun lain dari sekarang...
lesen tukang paip,lembaga air perak keluaran 01/01/1991
lesen tukang paip,lembaga air perak tahun 1994

lesen kenderaan motor/cukai jalan lama yg sudah tidak dikeluarkan lagi..

sijil tamat belajar bahasa kebangsaan kelas dewasa arwah ibu hjh nasibah dalam tahun 1968 untuk tatapan anak2 & cucu2nya...

teks ucapan bekas pm tun abdullah

sijil GERAKAN MAJU tahun 1966 di tanda tangan oleh Dato'Ahmad Bin Said,MB Perak

sijil pelajar kelas dewasa tahun 1968...ejaan dalam ejaan lama untuk tatapan kita semua

sijil pendaftaran perniagaan lama yang sudah tidak wujud lagi.


perakuan pendaftaran perniagaan lama yang sudah tidak wujud lagi.