N3 kali ini tetera tulisan di atas telefon' OFFICIAL PROVIDER*TELECOMMUNICATIONS,KUALA LUMPUR 98', 11-21 September 1998.
Nuffnang Ads
Sunday, January 30, 2011
Pembekal Rasmi Telefon Sukan Komanwel ke XVI' 98
Saturday, January 29, 2011
BERPINDAH MILIK DI BOTOLOGI HI TEA
BARANGAN INI TELAH BERPINDAH MILIK KEPADA TEMAN DI 1 MALAYA COLLECTORS HI-TEA PADA 29hb JANUARY 2011 @ IPOH STATION ANTIQUE CAFE,PUCHONG,SELANGOR.
Hak ini pun telah berpindah milik drp Blues Riders kpd teman juga...
Tuesday, January 25, 2011
Nostalgia Kad Terup Permainan Kanak2....
N3 teman kali ini nostalgia kad terup permainan kanak2 yang begitu populer di era tahun 1970-an.Baru2 ini teman ke kedai runcit cina yang terletak di Pekan Puchong Perdana,dan didalam kesibukan mencari biskut tiba2 mata teman terpandang beberapa keping bungkusan mengandungi kad terup permainan ini terletak di atas rak bersebelahan dengan biskut OSBORNE yang teman cari.
Friday, January 21, 2011
Surat Khabar Bintang Timur 22/12/1981
Kepada pembaca yang pernah melalui kehidupan di tahun2 1970-80an dahulu tentunya tidak akan melupai Surat Khabar Bintang Timur.N3 kali ini cuma kenangan semasa teman dan kekawan turut serta dalam KHEMAH KERJA BELIA MAYC DAERAH KUALA KANGSAR pada tarikh 22/12/1981 yang disiarkan dalam akhbar ini.Ramai diantara perserta2 nya telah berusia emas dan ada antaranya telah meninggal dunia begitu juga dengan ADUN Lubuk Merbau YB Hj.Mior Aris.

piring peninggalan orang tua.
Wednesday, January 19, 2011
NOSTALGIA RADIO SONY
Tuesday, January 18, 2011
Sukan Wanita COLGATE 1985
N3 kali ini cuma perisai peninggalan semasa teman menguruskan Pasukan Bola Jaring Persatuan Belia Ikatan Murni(PERBIM),Kampung Temong,Kuala Kangsar,Perak, tahun 1985.Pasukan yang teman bawa telah berjaya mendapat tempat ketiga Peringkat Daerah Kuala Kangsar(SUKAN WANITA COLGATE 1985).
Monday, January 17, 2011
Minyak Rambut Poken
Sejenis minyak rambut yang tidaklah begitu terkenal atau diiklankan secara meluas. Namun jenama Poken ini yang berbentuk krim padat berwarna hijau mempunyai peminatnya yang tersendiri walaupun ada yang tidak menggemarinya kerana bau wangiannya yang terlalu kuat sekiranya dipakai terlalu banyak. Didatangkan dalam bekas "besi" tidak seperti jenama-jenama lain yang lebih terkenal. Minyak rambut ini banyak dijual di kedai runcit, pasar malam, mahu pun supermarket. Kini minyak rambut ini tidak lagi ramai yang menggayakan rambut mereka dengan "minyak" sebegini yang telah pun dianggap ketinggalan zaman.
'Poken' Membuatkan anda segak sepanjang hari.(Keeps you smart the whole day long).
Minyak Rambut VITALIS Super Control
Cecair rambut Vitalis mula memasuki pasaran tempatan pada era 1970-an. Tiga jenis variasi Vitalis dijual di Malaysia iaitu Super Control, Protein dan Medicated. Vitalis Super Control adalah untuk mereka yang mahu mengekalkan bentuk dandanan rambut.
Sunday, January 16, 2011
harta peninggalan teman
Saturday, January 15, 2011
koleksi pelita nyonya
N3 hari ini pelita nyonya ia itu hasil pencarian di sekitar batu 14 Puchong.Teman telah diberi oleh seorang wanita cina warga emas berusia 88 tahun 2 buah pelita nyonya yang di milikinya sejak tahun 1960-an lagi.
Congkak
Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa:
- Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.
- Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.
- Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.
- Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.
- Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.
Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah.
Teman perolehi papan congkak ini dari Bandar Di Raja Kuala Kangsar,Perak sekitar tahun 1990-an.
Friday, January 14, 2011
Hon penjual roti..
Terserempak peti Coca Cola & botol2nya...
Wednesday, January 12, 2011
Tarik2 Tali
Tarik..tarik...tarik anak lelaki teman Ahmad Akmal Hakim begitu minat dalam sukan tarik tali dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah.....






Subscribe to:
Posts (Atom)