Saturday, July 2, 2011

Tukang Ayan Kuala Kangsar.

Tarikh 27.6.2011 penat sudah kaki teman berjalan2 disekitar pekan Kuala Kangsar dengan niat mencari kedai ayan yang satu ketika dahulu terdapat berpuloh2 buah tetapi sekarang cuma tinggal 1 buah sahaja tetapi telah pindah ketempat lain.Mujurlah tinggal seorang tukang ayan bisu berumur lebih 80 tahun teman kenali sejak kecil lagi sekitar tahun 1965.Teman beli beberapa barang daripadanya;-...
Tong bekas susu getah.
Baldi air.
Timba air.
Penceduk apajua seperti beras,gula,kekacang dan...sebagainya.
Gumba minyak tanah/minyak kelapa.
Pelita panjut.
Pancur pokok getah....
Teman simpan untuk mengimbau masa lalu dan untuk dilihat oleh anak2 cucu serta mereka yang tiada kesempatan melihat barangan ayan ini.

1 comment:

  1. Wow, memang benda yang menarik.
    Tak hairan jika ramai oarng muda kini belum pernah tengok benda benda ini.
    Tahniah Ahmad Tahir :)

    ReplyDelete