Sunday, July 31, 2011

Nostalgia Kati Pekan terpinggir..

Pekan Kati bak kata orang'hidup segan mati tak mahu'dan ianya bukan sebegini disekitar sebelum tahun 1980-an.Dimasa itu pekan kecil ini adalah pusat segala-galanya bagi penduduk dikampung sekitarnya.Di Pekan Kati terdapat segala jenis perniagaan & perusahaan.Di antaranya terdapat kedai emas,getah,perabut,runcit,pelbagai makanan,tukang jahit pakaian dan pelbagai kedai lagi serta sebuah Kilang Padi.Di sini juga terdapat Sekolah Kebangsaan,Sek.Jenis Keb(China) dan Sekolah Menengah serta Balai Polis,Ibusawat Telekom dan Klinik Desa.Salah satu sebab terjadinya sebegini kerana kewujudan sebatang jalan baru dari Grik ke Kuala Kangsar yang tidak melalui pekan ini.
Papan tanda kilang padi ditulis dengan ejaan lama cukup old skool.
Bangunan kayu atap zing hampir menyembah bumi..
Pekan Kati banyak meninggalkan kenangan..
Kedai runcit old skool...
Banyak antara kedai sudah tutup..
Ada diantara tuan punya kedai sudah pindah atau pindah terus dari muka bumi ini...
Gambar nostalgia ini teman ambil seketika berkunjung pada 26/6/2011.

2 comments:

  1. Salam... terima kasih En Ahmad Tahir... 1st photo tu adalah Kedai arwah Atok Hamid (atok saya)..terima kasih...^^

    ReplyDelete
  2. Tempat teman mike tunjuk, mmg best

    ReplyDelete