Friday, April 8, 2011

BISKUT OSBORNE

Biskut Osborne mengingat kembali kenangan semasa era tahun 1960-an hingga tahun 1970-an semasa teman bebudak tinggal dikampung.Kebiasaan ketika dikampung pada ketika itu biskut inilah menjadi makanan waktu sarapan pagi dan minum petang dikebanyakan rumah.Biskut ini juga ada yang mengelarkan sebagai 'biskut mayat'kerana kebiasan jika ada kematian biskut ini merupakan sajian utama.
biskut ini mudah disajikan cuma direndam didalam air teh atau kopi dan ada juga ibu2 yang membuatnya sebagai bubur atau pengat...
biskut ini di kilang oleh "KHIAN GUAN BISCUIT MANUFACTURING CO.,SDN.BHD. 3738 Jalan Siram,12100 Butterworth,Pulau Pinang.
deposit tin sebanyak RM 8.00 dikenakan sekiranya kita membeli biskut dengan tin sekali...
Ramuan biskut:Tepung Gandum,Tepung Ubi/Jagung,Minyak Sayuran(Minyak Kelapa Sawit),Garam,Serbuk Penaik dan Ragi...
Osborne oh osborne....

2 comments:

  1. lama x makan biskut nih... ade lg satu biskut mcm biskut osbon tp lagi rapuh , wangi dan sedap..tp x ingat namanya.

    ReplyDelete
  2. kat area kuching masih jual lagi biskut ni....

    ReplyDelete