Saturday, March 5, 2011

tapis dan periuk yang berjasa..

Di zaman arus teknologi yang semakin berkembang ini menyebabkan masyarakat masa kini semakin tidak mengenali peralatan-peralatan tradisional yang digunakan pada zaman dahulu kala. Kebanyakan peralatan tersebut telah diubahsuai mengikut teknologi yang moden.Paparan teman cukup ringkas cuma tapis kelapa lama dan periuk lama yang telah digunakan oleh emak sejak teman bebudak lagi sekitar tahun 1970-an hingga kini kadang2 turut digunakan oleh emak kepada 3 orang anak2 teman.
Tapis kelapa ini diperbuat daripada besi dan mempunyai pemegang. Badan tapis kelapa ini berbentuk bulat dengan lubang yang ditebuk kecil-kecil dan rapat-rapat agar santan tidak bercampur dengan hampas kelapa..
Tapis kelapa juga merupakan salah satu peralatan tradisional yang digunakan di dapur bagi mengasingkan santan daripada hampas kelapa. Kelapa yang telah dikukur atau diparut akan diramas-ramas dan diletakkan ke dalam penapis serta diperah melalui tapis kelapa tersebut.
periuk lama cap buaya masih tahan walaupun usianya sudah tua,.manakala tuan asalnyapun sudah meninggalkan dunia dan kau tetap berjasa lagi...
daripada dapur kayu sehingga kedapur gas dan kau tetap setia...
Di antara kegunaan periuk ini selain daripada bertanak/masak nasi ialah bagi memasak air gula melaka/merah bersama santan kelapa sebagai bahan penyediaan kuih tradisional Melayu.

1 comment:

  1. As salam..
    Kunjungan ptg minggu dari Teratak Usang
    Di kampung masih ada lagi penapis tu dan periuk cap buaya telinga dua tu pun ada saya simpan, masih putih berkilat lagi sebab sayang nak guna..

    ReplyDelete