Wednesday, February 2, 2011

ILMU HISAB MENENGAH MALAYSIA

Paparan teman kali ini sebuah buku lama, untuk mengimbau kenangan semasa bersekolah puluhan tahun yang sudah berlalu.
Semasa teman bersekolah sekitar tahun 1967 - 1977 salah satu mata pelajaran yang wajib adalah ILMU HISAB dan sekarang sudah bertukar nama kepada MATEMATIK.
Buku teks ILMU HISAB MENENGAH MALAYSIA ini pertama kali dicetak pada tahun 1971 oleh DBP.(Ejaan Cetak ditulis CHETAK)
Ejaan dalam buku teks ini masih menggunakan 'ejaan lama'
Semu jenis ukuran masih menggunakan sistem lama seperti;- Inci,kaki,depa,ela,rantai,batu,koyan,kati,tahil,mayang,cupak,gantang dan sebagainya.Berkemungkinan besar anak2 cucu masa kini tadak mengatahui akan wujudnya sistem ukuran lama ini.

No comments:

Post a Comment