Tuesday, December 28, 2010

Warga emas 110 tahun cari calon isteri.


Lagi wanita warga emas sudi jadi teman Ahmad
Zainab Salleh
KEMAMAN 3 Jan. - Warga emas berusia 110 tahun, Ahmad Md. Isa (gambar) mempunyai lebih pilihan dalam mencari teman hidup untuk mengubat kesepian apabila seorang lagi wanita menawarkan diri untuk menjadi isterinya.
Wanita berkenaan, Zainab Salleh, 70, lebih muda 12 tahun daripada Sanah Ahmad, 82, dari Kuala Lumpur yang mula-mula menawarkan diri untuk menjadi isteri Ahmad selepas membaca kisahnya mencari teman hidup di akhbar baru-baru ini.
Zainab dari Kampung Telaga Papan, Kerteh dekat sini yang tersentuh dengan kisah Ahmad menyatakan kesediaan untuk menjadi isterinya agar usia tua tidak lagi dilalui secara bersendirian.
"Sunyi itu sakit. Jika dia terima, saya sedia tinggal bersamanya di Kedah," ujar Zainab yang kematian suami 15 tahun lalu.
Ibu kepada lapan orang anak berusia 30 hingga 53 tahun itu berkata, dia memahami mengapa dalam usia yang begitu lanjut Ahmad masih memerlukan teman.
Zainab kini tinggal berseorangan selepas anak perempuan yang menemaninya selama ini berkahwin beberapa bulan lalu dan berpindah mengikut suaminya.
Sebelum ini kata Zainab, dia pernah berkenalan dengan seorang lelaki dari Pasir Puteh, Kelantan dan merancang untuk berkahwin, namun hasrat itu tidak kesampaian kerana lelaki itu tidak serius.
"Anak-anak belum tahu mengenai hasrat ini dan saya harap mereka dapat menerimanya. Kalau boleh saya mahu seorang peneman hidup, sekurang-kurangnya dapat berbual dan berkongsi rasa," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sebelum ini Utusan Malaysia menyiarkan tentang keinginan Ahmad untuk berkahwin lagi bagi mengubat kesunyian.
Tahap kesihatan Ahmad yang menetap di Kampung Alor Mengkudu, Alor Setar, Kedah bagaimanapun dilaporkan agak menurun kebelakangan ini.
Ditanya mengenai hajat Sanah yang turut menyuarakan hasrat menjadi isteri Ahmad, Zainab menyerahkan perkara itu kepada takdir.
''Saya maklum ada seorang lagi wanita yang ingin menjadi isteri Ahmad dan saya tidak kisah kerana percaya kepada ketentuan jodoh," katanya.
Zainab yang kelihatan masih bertenaga berkata, tahap kesihatan Ahmad tidak menjadi soal kerana dalam usia emas tiada seorang pun yang sihat berpanjangan
sumber:Utusan Malaysia 04/01/2011





warga emas 110 tahun cari calon isteri lapuran bersambung2 dlm Utusan Malaysia.





Ahmad gembira 'lamaran' Sanah Ahmad

ALOR SETAR 1 Jan. - "Suka... mahu (kahwin) jika ada yang berkenan."

Demikian kata warga emas Ahmad Md. Isa yang berusia lebih 100 tahun ekoran kesudian seorang wanita dari Kuala Lumpur untuk menjadi calon isterinya.

Malah Ahmad turut melahirkan rasa gembira dan terkejut apabila mengetahui masih ada wanita yang bersedia untuk menjadi teman hidupnya.

"Tak kisahlah siapa dia, asal boleh tanak nasi, masak gulai untuk saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Alor Mengkudu di sini hari ini.

Akhbar ini hari ini melaporkan Sanah Ahmad , 82, dari Kuala Lumpur melahirkan hasratnya untuk menjadi isteri kepada Ahmad setelah terbaca kisahnya yang ingin mencari teman hidup baru-baru ini.

Sanah yang hidup sendirian sejak kematian suami 30 tahun lalu itu juga menyatakan keinginannya untuk bertemu Ahmad di sini.

Dalam pada itu Ahmad memberitahu, selepas mendirikan rumah tangga beliau berhajat untuk terus menetap di rumahnya di sini.

"Sekali-sekala mungkin boleh pergi ke rumah perempuan," katanya.

Sementara itu menurut anak perempuan Ahmad, Fatimah, 64, keluarganya sangat terkejut dan berbesar hati dengan hasrat Sanah.

"Namun kami bimbang masalah kesihatan yang dihadapi bapa boleh menimbulkan kesukaran kepada bakal wanita yang mahu mengahwininya itu nanti.

"Sejak kebelakangan ini bapa sering diserang lelah dan batuk," katanya.

Bagaimanapun kata Fatimah, sekiranya keluarga wanita itu benar-benar serius, perbincangan lanjut mengenai perkara itu boleh dilakukan dengan cara baik.

"Apa pun kedua-dua belah keluarga perlu berbincang supaya tidak timbul masalah di kemudian hari," katanya.

Menurut Fatimah, keluarga menyerahkan kepada takdir dan ketentuan Tuhan jika masih ada jodoh bapanya untuk berkahwin lagi.

"Jodoh pertemuan di tangan Tuhan, saya menyerahkannya kepada ketentuan takdir," katanya.

Sumber Utusan Malaysia:02/01/2011


Sanah sedia jadi teman hidup Ahmad




SANAH Ahmad menunjukkan akhbar Utusan Malaysia yang memaparkan berita mengenai Ahmad Md. Isa yang ingin mencari calon isteri di rumahnya di Taman Desa Rejang Setapak Jaya, Kuala Lumpur, semalam. - utusan/ismail kamadin




KUALA LUMPUR 31 Dis. - Cinta yang hadir melalui pandang pertama di dalam akhbar telah cukup membuka ruang di hati seorang wanita warga emas menawarkan dirinya untuk berkongsi hidup dengan Ahmad Md. Isa berusia 110 tahun di Kedah.

Bagi Sanah Ahmad, 82, yang telah menjanda sejak 30 tahun lalu, hatinya terpaut dengan Ahmad dari Kampung Alor Mengkudu, Alor Setar, sebaik sahaja terpandang wajahnya di akhbar, kelmarin.

Menurutnya, dia yang mengetahui niat Ahmad untuk mencari calon isteri segera menyatakan hajatnya untuk menjadi teman hidup lelaki tersebut kepada anak bongsunya, Sabaha Ahmad, 42.

Katanya, dia juga meminta Sabaha agar segera menghubungi keluarga pihak lelaki terbabit untuk mendapat persetujuan menjadi calon isterinya.

"Sejurus terpandang wajahnya, hati saya terpaut kerana mirip mukanya seperti arwah suami saya sebelum ini terutama di bahagian mata.

"Malah namanya juga sama iaitu Ahmad," ujarnya ketika ditemui di rumahnya di Taman Desa Rejang Setapak Jaya, di sini hari ini.

Jelas Sanah, dia bersedia menjadi isteri kepada Ahmad bagi menemaninya sepanjang hidup selain menjaga makan dan minumnya.

Kelmarin akhbar memaparkan kisah Ahmad yang menyatakan keinginannya untuk mencari calon isteri sebagai peneman hidupnya.

Menurut Ahmad, dia pernah berkahwin sebanyak lima kali dan empat daripada isterinya telah meninggal dunia dan hanya bercerai sekali dalam perkahwinannya iaitu dengan isteri kelimanya.

Sabaha pula memberitahu, pada mulanya dia menyangka ibunya berseloroh apabila menyatakan hasrat untuk berumahtangga dengan lelaki itu.

Katanya, sebelum ini ada juga yang berniat untuk mengahwini ibunya namun ditolak kerana hatinya belum terbuka.

"Itulah saya pun pelik juga bila emak melihat wajah encik Ahmad dalam surat khabar, dia terus terbuka hati," katanya.

Sabaha berkata, ibunya juga tidak kisah jika bertemu jodoh dengan Ahmad walaupun lelaki itu ada menyatakan pandangannya rabun dan pendengarannya sedikit terjejas.

"Malah, kami kesemua adik-beradik bersetuju dengan keputusan emak walaupun pada mulanya kami agak terkejut kerana menyangka emak hanya bergurau.

"Namun, kami tidak akan menghalang sekiranya ia adalah untuk kebahagiaan emak," ujarnya.

Sanah yang mempunyai sembilan anak hasil dua perkahwinan dibinanya sebelum ini telah kehilangan suami sejak 1980 lagi.

"Sejak itulah emak mula hidup keseorangan dan merasa kesunyian kerana tiada teman hidup yang menemaninya sepanjang masa.

"Jadi kalau ada jodoh antara emak dan Ahmad bolehlah diibaratkan cinta utara bertemu selatan memandangkan kami berasal dari Johor," ujarnya.

sumber utusan malaysia:01/01/2011


Warga emas 110 tahun cari calon isteri





AHMAD Md. Isa yang gemar makan sireh meluahkan hasrat mahu mencari seorang calon isteri bagi mengubat kesunyian di rumahnya di Kampung Alor Mengkudu, Alor Setar, semalam.




ALOR SETAR 28 Dis. - Biarpun usia seorang warga emas di Kampung Alor Mengkudu di sini dianggarkan menjangkau usia 110 tahun, namun keinginan untuk hidup bersama seorang isteri di sisi tidak pernah pudar.

Ahmad Md. Isa, masih sihat dan mampu menguruskan diri sendiri walaupun matanya rabun dan pendengarannya sedikit terjejas.

Dia juga mempunyai pemikiran yang cerdas dan tidak nyanyuk serta masih mampu mengingati setiap kisah silam yang berlaku dalam hidupnya.

Jelasnya, walaupun anak perempuannya, Fatimah, 64, sentiasa menjaga makan minumnya dengan baik namun dia tetap punya keinginan untuk berkahwin lagi.

"Sunyi hidup seorang diri, nak tidur seorang diri di rumah pun takut. Kalau ada seorang isteri bolehlah menjaga saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Menurut Ahmad, dia pernah berkahwin sebanyak lima kali dan empat daripada isterinya telah meninggal dunia dan hanya bercerai sekali dalam perkahwinannya iaitu dengan isteri kelimanya.

"Hampir setahun saya hidup seorang diri dan saya tidak menetapkan sebarang ciri untuk isteri saya.

"Bagi saya biarlah dapat seorang isteri yang setaraf dengan saya, tapi kalau dapat yang muda, kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan," ujarnya sambil ketawa.

Ahmad yang mempunyai lima anak, 20 cucu dan 40 cicit berkata, dia tidak mengamalkan sebarang rahsia untuk kekal sihat.

"Saya makan apa saja yang dihidangkan oleh anak dan isteri dahulu namun saya tidak makan organ dalaman haiwan.

"Hati kena bersih dan jangan buat benda yang dilarang oleh agama serta saling membantu jika ada orang dalam kesusahan tak kira bangsa apa sekalipun," katanya.

Dalam pada itu, cucu Ahmad, Shafinaz Wan Shaban, 33, berkata, datuknya senang diuruskan dan tidak cerewet.

"Paling dia suka ialah kunyah sirih dan bercerita kepada anak cucu yang datang melawatnya.

"Mungkin dia kesunyian apabila kami semua bekerja jadi sebab itulah dia ingin berkahwin semula," ujarnya

sumber:Utusan Malaysia.29/12/2010

Monday, December 27, 2010

pemetik api lama

Pemetik api ini teman perolehi daripada seorang tokey kedai lama di Batu 14,Jalan Puchong,Selangor.Menurut tokey cina ini kedua2 pemetik api ini telah berada di dalam kedainya sekitar tahun 1970-an lagi.

lampu suluh cap kepala harimau(tiger- head)

Di kampung-kampung dahulu sewaktu belum ada bekalan elektrik rata-rata disetiap rumah mesti memiliki sekurang-kurangnya satu lampu suluh.
Lampu suluh jenama TIGER-HEAD buatan GUANGZHOU CHINA ini begitu terkenal sekitar tahun 1970-an dan masih berfungsi lagi sehingga kini.

Biasa digunakan didusun semasa musim buah durian gugur, untuk menyuluh buah durian pada waktu malam.
Lampu suluh ini begitu akrab dengan jaga/pengawal keselamatan.

sayangi jalan persekutuan


N3 kali ini agak simple sahaja tetapi teman rasa amat berguna sebagai info asas berkenaan monumen ini, telah dilihat secara tidak sengaja ketika berkunjung ke Cawangan Serahan,Pos Malaysia Berhad,Pusat Bandar Puchong,Selangor.Monumen KM 0 ini merupakan asas pengukuran jarak jalan persekutuan,laluan 217 dari Puchong ke Sungai Besi seperti yang telah diwartakan didalam warta kerjaan seperti berikut:-
Laluan 217 : Puchong ke Sungai Besi
No.Warta : P.U.(A)83
Tarikh Warta : 11/2/2004

Monumen KM 0 ini terletak berhadapan dengan Cawangan Serahan,Pos Malaysia Berhad,Pusat Bandar Puchong,Selangor.

Friday, December 24, 2010

Wednesday, December 22, 2010

khemah kerja mayc k.kangsar 22/12/1981

Lapuran akhbar Bintang Timur keluaran 22 December 1981(Selasa) oleh Osman Rani.
Khemah kerja MAYC ini diadakan disekitar Kg Lubuk Merbau,Kuala Kangsar,Perak.
Kenangan semasa aktif dalam Persatuan Belia MAYC,ramai diantara perserta khemah kerja yang telah berusia emas dan ada antaranya telah meninggal dunia.

Saturday, December 18, 2010

cabutan bertuah hari keluarga 1136

Hari Ahad jam 10.00pagi 19/12/2010 adalah hari bertuah bagi teman kerana menang cabutan nombor bertuah 1136 semasa sambutan hari keluarga warga Orchid,Tmn.Puchong Prima,Puchong,Selangor.

Friday, December 17, 2010

yogurt nestle bliss

Promosi gelas plastik 5 warna apabila kita beli minuman yogurt Nestle Bliss dengan berat berseh 700g.



Tuesday, December 14, 2010

koleksi beg kulit lama.

Koleksi beg kulit lama ini teman perolehi dari sebuah kedai di pekan kecil karai dalam daerah kuala kangsar,perak sekitar tahun 1970an.


baju lama pegawai teknik koam & pengadil sepaktakraw

Koleksi baju pegawai teknik KOAM & baju pengadil sepaktakraw negeri perak adalah untuk teman mengimbau kembali kenangan semasa aktif dalam kedua2 sukan tersebut dalam tahun 1980an hingga tahun 1990an.
koleksi baju lama pegawai teknik KOAM.
koleksi baju lama pengadil sepaktakraw negeri perak.

Sunday, December 12, 2010

edisi terhad mesin taip canon KL98

N3 teman kali ini mengimbau kenangan sukan komanwel ke XVI KL98.Mesin taip elektrik edisi terhad jenama Canon ini cuma di keluarkan semasa sukan komanwel pada september 1998 sahaja.


2010 FIFA WORLD CUP

N3 kali ini koleksi 6 tin 325mL caca cola,2010 FIFA WORLD CUP.......


pisau cukur king brand


Pisau cukur king brand buatan china,teman dapat dari sebuah kedai runcit lama yang hampir runtuh di batu 12, Puchong,Selangor.

tepak sireh tembaga

tepak sireh ini adalah peninggalan arwah emak teman hajah nasibah bt khatib saaid...




Wednesday, December 8, 2010

Memorandum Isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Selangor Darul Ehsan


Memorandum Isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Selangor Darul Ehsan

Kepada:

Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Al-Wathiqu Billah Al-Sultan Mizan Zainal Abidin
Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah
Yang Dipertuan Agong, Malaysia

Daripada:
Rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Kerajaan Negeri
Selangor Darul Ehsan
2010

Dengan nama Allah s.w.t., Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., pesuruh Allah s.w.t. yang sangat mencintai dan menggesa umatnya berlaku adil.

Assalamu'alaikum w.b.t.

Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.

Dengan keinsafan bahawa kehidupan asasi manusia cukup bergantung dengan akses kepada air yang bersih pada kadar harga munasabah,

Dengan kesedaran perkembangan kos sara hidup rakyat kian meningkat berbanding pendapatan,

Dengan ketegasan menentang penyelewengan, salah guna kuasa dan kepura-puraan,

Dengan iltizam menegakkan sebuah kepimpinan yang prihatin, telus, bertanggungjawab, cekap, dan menghormati semangat dan amalan Persekutuan;

Maka dengan ini kami, Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor, berkumpul marafak sembah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk menyampaikan suara hati kami terhadap isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Selangor Darul Ehsan.

Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.

1) Mengembalikan Hak Air kepada Rakyat

Kami, mewakili 150,000 rakyat Selangor yang telah menurunkan tandatangan sebagai tanda sokongan kepada Memorandum ini dan juga keseluruhan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mendapatkan perkhidmatan air yang sama, menuntut keadilan untuk diri kami membetulkan kesalahan dalam penswastaan Industri Perkhidmatan Air yang telah dibuat, sehingga menyebabkan kualiti dan perkhidmatan air yang teruk serta peningkatan tarif air pada kadar yang tidak munasabah. Justeru, kami menuntut kualiti air dan Perkhidmatan Air yang bersih pada kadar yang munasabah, dengan mengambil kira rakyat miskin serta mereka yang berpendapatan rendah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kami merafak sembah memohon Tuanku menitahkan agar Hak Air ini dikembalikan kepada rakyat melalui pengambil-alihan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

2) Mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006)

Kami merafak sembah memohon Tuanku mendokong semangat dan matlamat Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang telah menjelaskan keperluan Industri Perkhidmatan Air ini distrukturkan semula secara holistik dan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sesungguhnya, Akta ini telah dirangka dan diluluskan dengan tujuan membetulkan kesalahan yang dibuat semasa menswastakan Industri Perkhidmatan Air sebelumnya. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan Kerajaan Persekutuan agar tidak berdolak-dalik tentang keputusan ini.

3) Menghak-upayakan Rakyat

Perjanjian konsesi yang ditandatangani pada tahun 2004 antara Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (“SYABAS”), Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor mengandungi sejumlah persoalan yang jelas menunjukkan SYABAS tidak pedulikan kebajikan rakyat seperti kenaikan tarif air pada kadar yang tinggi (37% pada tahun 2009, dan 25%, 20%, 10% serta 5% pada 2012, 2015, 2018 dan 2021). Perjanjian ini seharusnya dirundingi dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana mereka adalah penerima kesan utama daripadanya. Kami merafak sembah memohon Tuanku menghak-upaya rakyat dengan memastikan bahawa sebarang perjanjian baru yang mahu dibuat perlulah dirunding dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sebelum dimuktamadkan.

4. Mengembalikan Kuasa Kerajaan Negeri

Perkhidmatan air yang telah dimasukkan dalam Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan 1957 memberikan kuasa bersama Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan dalam hal berkaitan. Kami mendesak Kerajaan Persekutuan untuk menghormati semangat Persekutuan ini dan kuasa yang dimiliki oleh Kerajaan negeri dalam isu berkaitan perkhidmatan air ini, dan jangan berdolak-dalik menentang Kerajaan Negeri Selangor. Kami merafak sembah memohon Tuanku untuk mengembalikan kuasa Kerajaan Negeri Selangor dalam hal ini.

5) Menghapuskan Kronisme

Telah menjadi persepsi umum bahawa Kerajaan Persekutuan mengambil sikap menyebelahi sektor swasta, dalam kes ini syarikat tertentu, yang boleh disabitkan dengan amalan kronisme. Telah terbukti bahawa usaha membolehkan syarikat-syarikat penerima konsesi ini mendapat sejumlah keuntungan tertentu, mereka dibenarkan untuk menaikkan kadar tarif yang tinggi dengan pemberian jaminan pinjaman Kerajaan Persekutuan yang bermaksud rakyatlah menjadi pembayarnya. Rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini perlu membayar kadar harga air yang tinggi, dan pembayar cukai Malaysia perlu menjamin risiko perniagaan SYABAS. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan janji Kerajaan Persekutuan untuk segera menghapuskan kronisme.

Dengan mandat diberikan rakyat, Kerajaan Negeri Selangor bertekad untuk memastikan nasib mereka terbela. Dengan pengambil-alihan Industri Perkhidmatan Air ini, Kerajaan Negeri Selangor berjanji untuk mengusahakannya dengan cara terbaik untuk manfaat semua.

Sekianlah penjelasan daripada Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bersama mendoakan dan menyokong tindakan penting ini.

Menjadi harapan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk melihat ia diambil perhatian serius oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Rakyat menjunjung kasih atas perhatian yang diberikan.

Sekian, terima kasih.
Daulat Tuanku.

Sunday, November 28, 2010

koleksi piring hitam

Piring hitam

Piring hitam (juga dikenali sebagai rekod gramofon, rekod fonograf atau hanya rekod) merujuk kepada kepingan peranti storan bahan audio berekod. Sekiranya dibuat daripada PVC, piring hitam juga dikenali sebagai rekod vinil.

Ia terdapat dalam pelbagai versi antaranya adalah :-

  • Yang memuatkan hanya satu atau dua lagu saja, ia dipanggil SP (Single Play)
  • Yang memuatkan empat lagu tu ialah dikenalai sebagai EP (Extended Play).
  • Yang memuatkan lebih dari itu dikenali sebagai LP (Long Play).

Bagi rekod piring hitam keluaran EMI, Malaysia sahaja:

  • Initial CHK pada nombor siri bermakna "Columbia Hong Kong", yakni di-press oleh Columbia

Records di Hong Kong sana.

  • Kebanyakan Lagu-lagu Melayu EMI dirakam di bawah label Perlophone Records. Kalau EP,

nombor sirinya bermula dengan EGEP (Mulai awal 1970an, dimulai dengan S-EGEP). Kalau SP sahaja, mesti dimula dengan DPE.

  • Kalau untuk LP, ia dirakam di bawah label Regal dengan nombor siri bermula dengan initial

S-REG.