N3 kali ini agak simple sahaja tetapi teman rasa amat berguna sebagai info asas berkenaan monumen ini, telah dilihat secara tidak sengaja ketika berkunjung ke Cawangan Serahan,Pos Malaysia Berhad,Pusat Bandar Puchong,Selangor.
Monumen KM 0 ini merupakan asas pengukuran jarak jalan persekutuan,laluan 217 dari Puchong ke Sungai Besi seperti yang telah diwartakan didalam warta kerjaan seperti berikut:-
Laluan 217 : Puchong ke Sungai Besi
No.Warta : P.U.(A)83
Tarikh Warta : 11/2/2004
Monumen KM 0 ini terletak berhadapan dengan
Cawangan Serahan,Pos Malaysia Berhad,Pusat Bandar Puchong,Selangor.
No comments:
Post a Comment