Koleksi tikam-tikam nostalgia dan sekiranya ada yang berminat sila hubungi: 019 7126722..
Wednesday, December 2, 2015
Tuesday, September 15, 2015
Cenderahati YAB MB Pahang Ketigabelas
Koleksi cenderahati perkahwinan anakda YAB MB Pahang Ketigabelas pada 17-4-1999.
YAB. MENTERI BESAR PAHANG
Nama : Tan Sri Haji Mohd Khalil Bin Yaakob SSAP., SIMP., PSM.,
DSAP., JSM., SMP.
DSAP., JSM., SMP.
Tarikh : 14.08.1986 - 22.05.1999
Mohd Khalil Yaakob
Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob (lahir 29 Disember 1937) merupakan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-6. Beliau merupakan bekas Menteri Besar Pahang dan bekas Setiausaha Agung UMNO.
Tun dilantik sebagai Yang Di-Pertua Negeri Melaka ke-6 pada 1 Jun 2004 bagi menggantikan Tun Syed Ahmad Shahabudin, bekas Menteri Besar Kedah. Pada 1 Jun 2012, beliau mengangkat sumpah menyambung khidmat jawatan tersebut bagi penggal ketiga di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara.
.
Beliau yang dilahirkan di Kuantan, Pahang mendapat pendidikan awal di Sekolah Ahmad Shah kemudian meneruskan pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar[ dan melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya.
Politik
Beliau yang menyertai UMNO pada 1962, telah mula bertanding di Dewan Undangan Negeri Pahang Bukit Ibam pada tahun 1978. Kemudian bertanding di Parlimen Maran .
Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan (1982-1984) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1984-1986) .Pada 14 Ogos 1986 beliau dilantik menjawat jawatan Menteri Besar Pahang menggantikan Dato Seri Mohd Najib Tun Razak sehingga 22 Mei 1999. Kemudian beliau dilantik sebagai Menteri Penerangan menggantikan Dato Mohamad Rahmat. Beliau pernah dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO dari 25 Mei 1999 hingga 31 Mei 2004. Pada 4 Jun 2004, beliau dilantik sebagai Yang Di-Pertua Negeri Melaka.
Sunday, September 6, 2015
NUFFNANG SDN BHD...
Menerima bayaran daripada Nuffnang atas iklan yang dimuatkan di blog...
Pak Mat Tahir Puchong
GLITTERATI
Apa itu "Nuffnanger Eksklusif"??
Seorang "Nuffnanger" merupakan blogger Nuffnang yang mempunyai TIADA iklan-iklan dari, memperkatakan tentang, atau memaut kepada rangkaian iklan lain dari Asia Tenggara, atau sebarang rangkaian iklan yang disifatkan sebagai pesaing atas blog anda.
How do I apply for the Nuffnang Glitterati club?
Anda tidak perlu membuat permohonan, anda secara automatik akan menjadi ahli Glitterati Nuffnang selagi anda tidak mempunyai sebarang iklan dari, memperkatakan tentang, atau memaut kepada rangkaian iklan lain dari Asia Tenggara atau sebarang rangkaian iklan yang kami sifatkan sebagai pesaing atas blog anda. Crawler kami akan secara automatik menyertakan blog anda dalam kelab dalam tempoh 7 hari.
Harap maklum bahawa sekiranya iklan daripada, ataupun memaut kepada, jaringan pesaing disertakan dalam blog anda pada bila-bila masa, crawler kami akan mengesannya dalam 4 hari dan anda akan dikeluarkan dari kelab secara automatik.
Mengapa Anda Patut Sertai Komuniti Glitterati Nuffnang
KADAR BAYARAN UNTUK KEDUA-DUA KEMPEN CPUV (COST-PER-UNIQUE-VISITOR) DAN CPC (COST-PER-CLICK).
Semakin kurang iklan seorang blogger paparkan atas blognya, semakin tinggi suara setiap iklan kerana ia tidak perlu bersaing dalam ruang sempit. Maka, semakin tinggi CTR (Click-Through-Ratio) dan semakin tinggi nilai ruang iklan dalam blog tersebut.Sebagai contoh, anda tidak akan mungkin jumpa 8 iklan berbeza di atas satu halaman surat khabar yang sama kecuali di bahagian Classifieds di mana setiap pengiklan membayar jumlah yang kecil. Akibatnya, ahli Nuffnang Glitterati akan menjana pendapatan sebanyak 20-40% lebih daripada blogger yang memenuhi blog mereka dengan iklan-iklan lain.TERMA PEMBAYARAN
Nuffnang membayar ahli-ahli Glitterati 30 hari selepas setiap hujung bulan tarikh permohonan cashout. Dari situ, cek tersebut akan dikumpulkan dan dihantar ke bank untuk pemprosesan guaman sebelum dihantar kepada alamat yang didaftarkan. Pemprosesan dan penghantaran oleh pihak bank akan mengambil lebih kurang 2 minggu.Sebaliknya, Nuffnang mengambil selama 60 hari untuk memproses pembayaran cashout untuk ahli bukan-Glitterati. Dalam kata lain, ahli Glitterati akan menerima pendapatan mereka dalam tempoh masa yang lebih singkat.PELUANG ADVERTORIAL
Ramai blogger sedia maklum bahawa kempen iklan banner menjana pendapatan yang stabil, namun sebenarnya advertorial yang menawarkan bayaran yang paling lumayan. Setiap advertorial, bergantung kepada pihak pengiklan, komitmen dan trafik blog, mampu membawa bayaran yang amat lumayan sekali. Tambahan lagi, kadang kala pengiklan akan memberi hadiah percuma juga!Sebelum ini, peluang advertorial terbuka kepada kesemua Nuffnangers. Namun, disebabkan permintaan tinggi untuk advertorial dan keperluan untuk kami mencari blogger mana dari beribu-ribu untuk diberi advertorial, kini hanya blogger ekslusif akan layak diberi advertorial.ACARA KOMUNITI
Nuffnang dikenali dalam menganjurkan antara acara komuniti yang paling meriah seperti tayangan filem, review makanan, pelancaran media dan banyak lagi acara ekslusif. Seingin kami untuk melanjutkan jemputan acara-acara kami kepada kesemua Nuffnangers, ia sering sukar untuk menampung kesemua orang.Disebabkan itu, Nuffang ingin memberikan ahli Glitteratinya keutamaan yang paling tinggi apabila memberikan jemputan kepada acara-acara yang dilatakan tadi.PERADUAN
Nuffnang telah menjadi hos kepada peraduan dan pemberian hadiah, di mana blogger-blogger menerima hadiah seperti baucar diskaun, hamper produk, telefon bimbit, camera and juga lawatan ke luar negara dimana kesemua perbelanjaan telah ditanggung Nuffnang!Dengan permintaan tinggi untuk peraduan-peraduan seperti ini, Nuffnang akan memberi keutamaan kepada ahli Glitterati sebelum membuka kepada ahli bukan-Glitterati.
Sunday, July 5, 2015
Tin Coca-Cola koleksi Sukan Olimpik Musim Panas 2008
Tin Coca-Cola koleksi Sukan Olimpik Musim Panas 2008 saja yang teman jumpa pada 19 Ramadan 1436.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sukan Olimpik 2008 atau secara rasminya dalam bahasa Inggeris: Games of the XXIX Olympiad (Sukan Olimpiad XXIX) merupakan sukan antarabangsa utama yang diadakan di Beijing, Republik Rakyat China dari 8 Ogos hingga 24 Ogos 2008. Seramai 11,028 atlet dari 204 negara (JOK) bertanding dalam 302 acara dalam 28 sukan. Upacara perasmian bermula tepat pada jam 08:08:08 pm CST (12:08:08 UTC) di Stadium Nasional Beijing. Ini merupakan kali pertama China menjadi tuan rumah Sukan Olimpik, serta kali ketiga bagi negara Asia, selepas Tokyo pada 1964 dan Seoul pada 1988.
Terdapat banyak juga acara sukan yang dipertandingkan di luar Beijing iaitubola sepak (di Qinhuangdao, Shenyang, dan Tianjin), ekuestrian (di Hong Kong), dan kapal layar (di Qingdao). Ia Olimpik yang ketiga yang dianjurkan dua negara NOC berlainan (Hong Kong dan tanah besar China menganjurkan Olimpik bersama).
Beijing dipilih sebagai tuan rumah oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsapada 13 Julai 2001. Logo rasmi temasya sukan (dinamai "Beijing Menari") menyerupai perkataan 京 (pinyin: jīng, ibu kota), merujuk kepada bandar raya Beijing. Beberapa JOK baru juga didaftarkan oleh IOC.
Kerajaan China menjayakan temasya ini dengan dilengkapi prasarana baru dan sistem pengangkutan yang canggih.[2][3] Sebanyak 37 lokasi digunakan untuk mengadakan temasya ini di samping 12 lokasi yang baru dibina. China yang dipilih sebagai tuan rumah menjadi medan kritikan dan tohmahan oleh segelintir ahli politik dan NGO yang menyelar akan rekod hak asasi manusia di China.[4][5] China dan yang lain, sementara itu, memberikan amaran supaya tidak mempolitikkan Sukan Olimpik.[6][7]
Temasya ini memperlihatkan 43 rekod dunia yang baru dan 132 rekod Olimpik yang baru dipecahkan.[8] 87 negara direkodkan memenangi sekurang-kurangnya satu pingat semasa temasya ini berlangsung. Michael Phelpsmemecahkan rekod dalam memenangi banyak pingat emas dalam seseuatu temasya Olimpik dan pingat emas terbanyak bagi kerjaya seseorang atlet Olimpik. Usain Bolt menggondol gelaran tradisi iaitu "Manusia Terpantas di Dunia" dengan mencatat rekod dunia dalam perlumbaan acara 100m dan 200m.
Saturday, May 16, 2015
LESEN VOKASIONAL GDL & PSV LAMA.
Jenuh mencari akhirnya jumpa di Bayan Lepas,Pulau Pinang.,Lesen Vokasional Kenderaan Barangan (GDL) , Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) lama.Dedulu lesen ini di sangkut pada baju pemandu.
Permohonan untuk mendapatkan Lesen Vokasional Kenderaan Barangan (GDL) , Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan Konduktor boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPJ Negeri dan Pejabat JPJ Cawangan sahaja.
Dokumen yang diperlukan:
- Kad Pengenalan/Pasport (asal dan salinan).
- Lesen Memandu Kompeten(CDL) asal.
- Borang JPJL8 yang lengkap. Sila download JPJ L8
- Resit bayaran pengesahan pemeriksaan kesihatan dari klinik.
- Sijil Kursus Vokasional (JPJL2C ) selepas mengikuti kursus di institut memandu.
Bayaran:
- Bayaran yang dikenakan mengikut urusniaga.
Monday, March 16, 2015
Foot Pump Bee Brand
Foot Pump,Bee Brand dapat di P.D,Negeri Sembilan,......
made in The People's-Republic of China,...............cantik dengan balutan kertas sebagai bungkusan,.......
....disimpan untuk menambah koleksi barang lama,..........
Wednesday, February 11, 2015
Smiles Driver Rewards
Wednesday, January 14, 2015
Koleksi Pemetek "FONG YUON"
Koleksi Pemetik Api lama S.P, .............
'PEMETIK API',Orang Indonesia menyebutnya korek api..............lighters
13.02.2015,menerima tambahan 10 lagi pemetik api..
8.8.2015 dapat 1kotak isi 60 pemetik api di Butterworth..